BAB 37 - Kanvas

629 47 6
                                    

SETELAH dipaksa dan disoalsiasat, akhirnya mereka yang tak sempat nak larikan diri lalu ditangkap di ofis tempoh hari buka mulut. Ceritakan apa yang mereka tahu tentang hal ini.

Rupa-rupanya mereka jugalah yang perkosa Lyn bersama pekerja Akiq yang sempat larikan diri. Gila! Aku rasa macam nak ludah muka jantan-jantan ini! Walaupun mereka dibayar untuk buat semua itu, tapi mereka mesti rela dan berbesar hati nak buat sekalipun percuma. Mana ada kucing tolak ikan!

Dan paling buatkan seluruh darahku menggelegak bila mereka beritahu yang ini memang sudah jadi kerja tetap mereka. 'Tuan' mereka upah untuk perangkap orang. Selalunya orang kaya. Tapi yang biasa-biasa pun jadi. Nampak mewah sikit pun terus on. Lyn sudah jadi salah satu mangsa mereka. 'Tuan' itu mula ugut untuk sebarkan video Lyn jika Akiq tak tarik semula kes ini.

Tapi tarik? Dia fikir ini kes cubit orang ke boleh main tarik-tarik? Mangsa mereka bukan satu, bukan tiga, lima atau sepuluh. Tapi sudah mencecah angka 21 orang untuk yang berjaya. Lelaki dan perempuan! Bila kerja berjaya, mereka akan dapat paling sikit RM 3000 seorang. Kalau dapat ikan besar, boleh cecah puluhan ribu.

Disebabkan video yang mereka ada, mangsa tak berani untuk ambil sebarang tindakan undang-undang kerana takut ia disebarkan ke media sosial dan sebagainya.

Akiq berjaya kumpulkan enam orang mangsa yang masih hidup sampai ke hari ini. Kerana ada tiga daripada mangsa pilih untuk bunuh diri seperti yang terjadi pada Kakak Sabrina. Yang lain, tak nak berkerjasama kerana takut video itu disebarkan. Mereka sudah berbini atau bersuami. Masing-masing takut.

Tapi aku faham.

Dan aku juga faham yang Kakak Sabrina juga diperangkap oleh teman lelakinya sendiri untuk dapatkan duit daripada Akiq.

Aku rasa Sabrina tak tahu hakikat yang sebenarnya teman lelaki kakak dia itu psycho. Gila. Mental. Mungkin lelaki itu dah cuci otak Sabrina cukup-cukup dengan tunding semuanya pada Akiq. Tapi kebenaran akan terbongkar. Ini hanya tentang masa. Akiq benar-benar serius kali ini.

Aku pandang Akiq yang sudah lebih 15 minit melekat dengan telefon di telinga. Dahinya sesekali berkerut. Sesekali Akiq akan duduk. Sesekali dia akan tekan-tekan komputer ribanya. Sesekali juga dia akan pandang aku yang setia menanti dia di sini.

Sudah lapan hari. Akiq masih berusaha. Orang yang diupahnya masih bekerja. Akiq bukan hanya nak bersihkan namanya, tapi dia juga mahu tolong semua mangsa-mangsa yang lain. Sebab itu hal ini jadi lama dan perlukan banyak kerja.

Lima minit kemudian, panggilan akhirnya ditamatkan. Tapi Akiq tak terus datang ke sini. Dia keluar seketika. Duduk di tepi kolam. Disebabkan itu, aku juga ikut keluar sama.

Akiq sedang duduk di atas kerusi. Aku pula terus bersila di tepi kolam. Aku tahu yang Akiq tengah pandang, tapi aku lantakkan saja. Mungkin dia sedang pelik kenapa aku tak duduk di atas kerusi juga.

Angin malam bertiup lembut. Selesa, tapi tak tenang. Mungkin kerana masalah ini, habis semua ketenangan ditarik sama. Tapi kalau aku tak tenang, Akiq akan berkali ganda tak tenang. Sebab dia yang hadap semuanya. Aku hanya kena tempias.

"Hani okey?"

Aku pandang Akiq bila dia menyoal. Lembut dan prihatin. Sampai aku tertanya sendiri. Bukan ke soalan itu sepatutnya aku yang tanya kepada dia?

"Abang okey?" Aku menyoal balas tanpa jawab soalan tadi.

"Abang okey. Cuma kusut sikit. Banyak mangsa tak nak bekerjasama dengan abang."

"Jadi apa plan abang?"

"Cari bukti, cari mangsa, jaga Hani."

Aw, terharu. Dia masih sibuk nak menjaga aku dalam keadaan seperti ini. Malahan dia memang sentiasa menjaga aku selama ini. Sebelum dan selepas kahwin. Itulah yang memikat. Naluri dia yang sentiasa ingin melindungi.

AKIQ [REVAMP]Kde žijí příběhy. Začni objevovat