Bab 31 - Diserang

523 47 5
                                    

AKU tutup api dapur bila dengar bunyi loceng yang ditekan bertalu-talu. Bingit bunyinya. Tak menyabar betul. Siapalah yang datang itu? Nak kata ibu atau babah, mustahil mereka kurang sopan sampai tekan loceng rumah orang macam nak ajak bergaduh.

Nak kata orang jahat, mustahil orang jahat tekan loceng!

Nak kata abang courier, lagilah mustahil. Di sini abang courier atau abang food delivery tak boleh masuk. Mereka hanya boleh lepas ke pondok pengawal saja. Lalu pengawal bertugas akan hantar barang ke lobi pada jam 6 petang setiap hari. Untuk makanan, pandai-pandailah orang yang pesan itu turun sendiri.

Hanya untuk barangan bukan makanan saja mereka kumpulkan lalu masukkan surat atau parcel ke dalam peti surat. Barang yang tiba selepas jam enam perlulah diambil sendiri atau ditunggu untuk jam enam keesokan harinya. Itu pun kalau kecil. Kalau besar, kamilah yang diseru untuk turun. Kalau tak nak turun, kena peramlah barang itu di pondok. Cukup tempoh matang, pengawal itu boleh ambil barang-barang yang tak dituntut.

Biasanya akulah yang turun ambil barang keluarga kami memandangkan aku sangat rajin untuk keluar ke taman atau meronda-ronda di sekitar sini sambil baca buku. Huhu.

Tudung disarung. Baru nak bergerak ke arah pintu rumah, tiba-tiba telefonku berdering pula. Kelam-kabut aku ke ruang tamu. Capai telefon sambil kaki berlari semula ke arah pintu. 'Suami betul-betul' terpapar pada skrin telefon.

Tiba di depan pintu, sekali gus panggilan Akiq dijawab. Kunci dibuka sambil mulut berhelo.

"Jangan buka pintu," kata Akiq. Tegas.

Tapi arahan itu lambat sesaat bila aku sudah terlebih dahulu menarik pintu. Wajah mak ngah dan Kak Anita muncul di depan pintu rumah. Memandang aku dengan mata yang mencerlung garang.

Erk...

"Hani dah buka pintu?" Suara Akiq menyoal di hujung sana kedengaran. Sempat mengeluh di hujung ayat.

"Dah," jawabku, sepatah.

"Jangan tamatkan panggilan. Jangan matikan telefon. Pegang telefon elok-elok. Jangan bagi mereka masuk selagi abang tak sampai. Kalau boleh, terus lari masuk berkurung dalam bilik. Abang akan sampai tak lama lagi. Tunggu." Akiq mengarah lagi. Semakin tegas dan keras. Seakan kemunculan mak ngah dan Kak Anita di muka pintu rumah ini merupakan hal yang tak baik.

Tak baik? Kalau diikutkan muka mereka, aku juga rasa tak sedap hati.

Aku sorokkan telefon di belakang badan tanpa tamatkan panggilan. Kaki mengundur dan pintu disentuh. Tutup separuh dan hanya biarkan separuh lagi terkuak. Ikut kata Akiq.

"Kenapa mak ngah dan Kak Anita datang?" soalku.

"Hai, kami nak datang rumah keluarga sendiri pun tak boleh? Besar sangat ke mandat kamu dekat rumah ini sampai boleh halang keluarga Akiq nak ke sini?" balas mak ngah. Cukup berbeza dengan yang aku kenal sebelum ini. Cukup kasar dan kurang adab.

"Tak, Hani tak halang pun. Cuma Akiq tak ada. Sebab itu Hani tanya. Kalau mak ngah dan Kak Anita nak jumpa Akiq, bolehlah Hani bawa mak ngah dan Kak Anita jumpa Akiq di ofis." Aku cuba kawal emosi. Siap berlagak seperti arahan Akiq untuk 'nyahkan' mereka itu tak wujud sama sekali.

Jika benar ada yang tak baik dengan mereka, maka dengan memberitahu bahawa Akiq sudah dalam perjalanan balik hanya akan merugikan aku. Mereka mungkin akan sembunyikan belang masing-masing dan buka di belakang Akiq. Aku tak sanggup jadi isteri  dalam drama!

AKIQ [REVAMP]Where stories live. Discover now