BAB 29 - Bunga

511 40 7
                                    

Sebelum mula, apa kata kita ambil masa sedikit untuk doa buat tentera Islam yang sedang bermati-matian mahu menuntut tanah mereka semula. Kita terhutang budi pada mereka. Sedang kita di sini bersenang-senang, mereka bergadai nyawa untuk menuntut kembali kiblat pertama kita.

Ya Allah, muliakan Islam dan orang Islam. Ya Allah, hinakan syirik dan musyrikin. Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Syria dan di semua tempat dan pada setiap masa.

Sumber - Cinta Syria Malaysia.

Amin.

Alhamdulillah. Boleh baca!



SEMANGKUK bihun tomyam dan sepinggan nasi ayam aku letak atas meja bersama chocolate chip cookies. Wanita cantik di depan ini laju saja capai air itu lalu disedut sampai terkempis pipinya. Sekali nafas sudah separuh isi dalam bekas ghaib.

Gilalah! Tak kena brain freeze ke minah ini? Muka punyalah cantik, duduk penuh elegan, pakaian sekali imbas dah boleh baca yang orangnya hado-hado. Blazer Brunello Cucinelli. Tak kenal ke jenama yang dikategorikan sebagai Quite Luxury itu? Blazer macam itu pun hampir cecah 3,000 USD tahu? Dan ia bersamaan RM 14,000 plus, plus duit Malaysia!

Beg tangan Lady Dior yang disidai penuh selamba atas meja macam beg itu bukan berharga RM 24,000 dan kasut Balenciaga yang siap dilucutkan dari kaki, mungkin kerana sakit kaki itu terlihat tak ada apa-apanya bagi dia. Anak raja Arab ke apa ini?

Tapi macam tak kenalah pula dengan gaya makannya. Macam dah setahun tak minum.

Tiba-tiba wanita itu angkat muka pandang aku dan mata kami bertentangan. Belum sempat aku nak senyum lagi, dia sudah terlebih dahulu senyum lebar. Oh, bukan senyum. Sengih lebar! Terlihat giginya yang putih berkilat dan tersusun cantik. Yang paling penting, alahai comelnya dia ini!

Kenapa dia senyum macam itu? Gila punya comel! Dengan mata tersepet kerana senyuman itu. Sungguhlah, siapa yang hilang anak ini?!

"Sorry kalau nampak gelojoh sangat. Saya dah lama tak ke sini. Rindu nak minum chocolate chip cookies Aleez ini," kata wanita itu. Sengihan masih beraja di bibir.

Aduh, suaranya betul-betul anggun. Kalau kerja customer service, pelanggan nak marah pun tak jadi. Kalau kerja telemarketing, pelanggan berpontensi yang nak tolak pun terus terbatal. Silap haribulan pelanggan itu yang tolong promosikan barangan mereka. Kena betul suara dengan gayanya yang elegan. Tapi sekali senyum, aku yang perempuan pun rasa terpanah. Comel betul senyumnya!

"Kenapa dah lama tak ke sini?" soalku. Rasa berminat pula.

Untunglah tak kerja sendiri hari ini. Ada Danial yang sedang uruskan kaunter.

"Saya sambung belajar di luar. Jadi jarang dapat balik Malaysia. Kalau balik pun setahun sekali agaknya. Tahun ini tahun last saya belajar. Sikit je lagi, lepas itu habislah. Nanti selalulah awak tengok muka saya." Wanita itu tunding muka sendiri sambil tersengih semakin lebar.

"Oh, ye ke. Mungkin umur kita tak jauh beza. Oh ye, nama saya Hani." Aku perkenalkan diri sambil hulur tangan.

Dia lantas menyambut. Tak teragak sama sekali. Bukan spesis orang kaya yang pandang rendah pada orang biasa yang hanya bekerja di kedai-kedai seperti ini. Mesti ini orang kaya sejak azali. Mungkin keturunannya juga sama berada. Sebab selalunya yang perangai tak semengah dan poyo menonggek ini mesti orang yang baru nak rasa kaya! Baru setahun dua kaya sebagai contoh.

AKIQ [REVAMP]Where stories live. Discover now