BAB 42 - Pembubaran Perkahwinan

395 43 3
                                    

AKU senyap. Sedia untuk lepaskan aku?

Aku mengeluh sendiri.

"Hani hanya perlu minta. Abang janji yang abang takkan tahan dan paksa Hani. Kebahagiaan Hani juga adalah kebahagiaan abang. Walau bukan abang yang buat Hani bahagia, tapi abang tetap nak Hani bahagia. Jadi just say the word. Abang akan tunaikan."

"Abang nak ceraikan Hani?"

Akiq tak jawab. Tapi mataku nampak tangannya menggenggam satu sama lain. Akiq sedang menahan rasa. Tangannya sedikit menggigil, tapi dia sedang menyembunyikannya.

"Abang tak nak dengar keputusan Hani pun kan?"

Akiq senyap. Dan itu adalah sebuah anggukan tanpa kata. Dia memang tak mahu dengar. Sebab Akiq sudah cipta keputusannya sendiri. Keputusan bagi pihak aku yang dia tak sanggup untuk dengar, jadi dia sudah letakkan keputusan itu awal-awal dalam kepalanya. Menjangkakan sebuah perpisahan.

"Kalau Hani minta, abang betul-betul akan ceraikan Hani?" Aku menyoal lagi. Cuba mendesak Akiq untuk bersuara.

Dan kali ini Akiq mengangguk lambat-lambat.

"Abang akan tunaikan segalanya. Hani layak untuk dapat yang sempurna dan lebih baik. Untuk ada zuriat sendiri tanpa perlu perjudikan nasib dengan abang yang belum tentu ada peluang. Lagipun itu memang hak Hani untuk minta cerai bila abang tak mampu. Hani ada hak untuk minta pembubaran perkahwinan."

Aku senyap seketika. Akiq kuperhati. Dia lain. Begitu berbeza dengan Akiq yang selalu aku lihat. Akiq yang ini begitu lemah dan jatuh. Begitu mendung dan menyedihkan. Dia hanya pasrah dan dalam keadaan separuh menerima. Hanya mampu untuk berjalan melalui takdir yang entah apa kesudahannya.

Baiklah. Aku sudah ada keputusannya.

"Kalau macam itu..."

"Kejap!" Akiq memotong. Tangannya naik menyentuh tanganku. Tangannya sejuk!

Tak sampai lima saat, Akiq terus tarik tangannya semula.

"Abang bukan nak tukar fikiran Hani. Bukan nak pujuk atau buat Hani serba salah. Jangan salah sangka dengan abang. Apa yang abang cakap takkan ada kena mengena dengan keputusan Hani. Jangan ubah untuk abang. Fikirkan masa depan Hani sendiri."

Aku diam. Menunggu Akiq untuk bersuara lagi.

"Abang sayangkan Hani."

Tahu... Dia selalu ucap ayat yang sama.

"Abang cintakan Hani."

Tahu...

"Abang takut untuk kehilangan Hani."

Tahu.

"Terima kasih untuk semuanya. Untuk masa yang Hani beri dan pinjamkan kepada abang. Abang dapat rasa perasaan bahagia dan berpunya disebabkan Hani. Terima kasih untuk setiap kucupan setiap kali kita bertentang mata. Untuk ucapan sayang dan kasih setiap kali bersentuhan walau Hani tak maksudkannya. Abang hargai..."

"Siapa kata Hani tak maksudkannya?" cantasku. Sedikit terkejut dan tak puas hati.

Akiq terus angkat kepala dan pandang aku. Matanya mencari mataku. Nampak keliru dan semakin mendung dalam satu masa. Emosinya begitu kuat dan aku tak mahu bermain dengan emosi Akiq lagi. Kesian suamiku.

"Hani maksudkan setiap sayang dan kasih yang Hani ucap untuk abang. Setiap kucupan setiap kali bertentangan mata. Setiap senyuman setiap kali bersua muka. Setiap layanan setiap kali Hani dituntut," kataku.

Akiq semakin keliru. Seakan tak jangka luahan ini. Tapi sungguh... Akiq tak nampak semua itu selama ini? Hanya kerana permintaan sebelum kahwin yang berakadkan walau aku tak maksudkannya?

AKIQ [REVAMP]Where stories live. Discover now