BAB 25 - Malam Istimewa

588 47 5
                                    

PINTU rumah ditutup semula. Laju saja aku berlari ke arah kolam. Lilin di atas meja aku nyalakan. Segala yang ada di atas meja aku rapikan lagi. Tak mahu ada cela untuk malam ini. Kerana malam ini adalah malam untuk aku benar-benar berterima kasih dengannya atas segala pertolongan dan kebaikannya.

Meja ini sudah aku siapkan sedari tadi. Letaknya di tepi pintu gelangsar untuk ke kolam. Pintu gelangsar aku biar tertutup. Takut ada yang nampak kami di sini walaupun bangunan ini cukup tinggi dan rumah ini letaknya di atas sekali. Bukan kami yang jadi masalahnya, tapi aku.

Diri sendiri dipandang.

Dress singkat berwarna hitam paras lutut yang satu sisinya ‘terkoyak’ hingga ke paha. Bahu yang terdedah, bersama hanya dua tali nipis tersangkut pada bahu sebagai sokongan supaya tak terlucut. Baju yang begitu menekan bentuk tubuhku. Rambut yang sudah aku dandan sedikit. Messy bun yang tidak begitu messy berjaya mendedahkan leher jinjang. Aku ikat dengan reben. Sekali tarik, terus berjurai jatuh. Solekan nipis yang sekadar cukup untuk menaikkan seri. Wangian paling baik pernah aku ada juga, disembur sama.

Rasa seram jadinya memikirkan yang Akiq sudah ada di lobi. Perlu ke aku tukar fikiran dan hanya sarung dress biasa? Aku berpakat dengan pak guard untuk laporkan pada aku jika Akiq balik. Sekarang sudah jam 12 malam. Aku hampir berdengkur tunggu dia sampai.

Aku mendongak pandang langit yang sudah gelap tapi masih cantik dengan sinaran bulan. Lampu di sekeliling kolam dan di luar ini semua aku hidupkan. Tak mahulah sampai dia tak nampak muka aku. Aku sudah berhias sikit punya cantik ini! Hanya di dalam rumah saja aku biarkan lampu malap terpasang.

Bunyi pintu terbuka buatkan jantung semakin berdebar. Langkah kaki ayam terus aku bawa menuju ke arah dapur yang lebih dekat dengan pintu. Aku berdiri di situ. Badan cuba dilembutkan sehabis baik. Tak nak Akiq kesan yang aku keras semacam seperti malam tadi.

Dalam samar-samar lampu, aku nampak Akiq berjalan sambil mengurut-ngurut batang lehernya. Tak sedar aku ada di sini. Mungkin penat memandu lama agaknya.

Semakin dekat dan semakin dekat sebelum langkah terhenti dan Akiq terus angkat kepala pandang aku di depan. Matanya berlabuh pada wajahku. Nampak terkesima. Sebelum perlahan-lahan mata itu turun menganalisis seluruh tubuhku. Aku tersenyum menahan debar bila dapatku lihat matanya yang sedikit meluas. Terkejut.

“Sunshine?”

Argh, dia panggil lagi guna panggilan itu! Berdebarnya aku! Perlu ke aku lari masuk ke dalam bilik? Abort mission?  Eh, tak boleh! Macam yang Akiq, aku suka lari daripada masalah. Ini waktu aku untuk menempuh dan menghadap masalah itu. Dan masalah kali ini adalah masalah yang halal. Aku perlu tempuh dan hadap kemahuan Akiq!

Aku biarkan Akiq datang menghampiri sendiri. Jalannya perlahan dan matanya masih berlegar atas bawah seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Berdiri di depanku, Akiq merenung lama. Dan aku hanya membalas renungannya dengan lembut bersama senyuman manis di bibir. Aku tak mahu lari. Tak mahu malu berlebihan. Aku sudah jadi isterinya!

“Hani?” Namaku pula diseru. Seru dengan nada menyoal. Memang nampak sangat dia masih tak percaya apa yang dilihat ini.

Jadi…

“Ye, abang?” Aku menyahut lembut.

Riak wajah Akiq berubah. Bibirnya perlahan-lahan menguntum sebuah senyuman lebar. Senyuman yang terlihat begitu lepas di mataku. Senyuman itu menunjukkan yang dia sedang bahagia dan gembira dengan apa yang dilihat dan didengari.

AKIQ [REVAMP]Where stories live. Discover now