🤍PROLOG🤍

2.5K 173 41
                                    

AKU Zinnirah. Lebih mesra dipanggil Irah. Seorang gadis buta yang tinggal di rumah papan di sebuah kampung kecil bersama Atuk dan Wan.

Walid dan Umi? Kedua dua ada di bandar, entah kenapa tak pernah menjenguk walaupun sekali.

Namun, aku bersyukur dikurniakan 2 orang permata yang sanggup menjaga aku dari kecil sehinggalah aku berusia 25 tahun ini.

Kerja? Siapa lah yang nak ambil gadis buta ini bekerja, silap silap dibuang dek terlanggar orang sana sini. Alhamdulillah, sijil SPM yang berjaya membuktikan pada orang kampung bahawa gadis buta ini tak bodoh masih disimpan rapi sebagai kenangan.

Kenangan terindah.

"Irah! Irah!"

Suara tua yang memanggil aku membuatkan aku bingkas bangun dari katil usang yang sudah berusia lebih 30 tahun itu.

"ye wan! Kejap!"

Lantas dicapai tudung sarung, dan juga tongkat yang setia menjadi peneman kesana sini. Boleh dikatakan tongkat ini juga adalah sebahagian dari hidupku selain Atuk dan Wan.

Aku dengan perlahan lahan menuju ke dapur, sudah pasti Wan sedang menyediakan hidangan tengah hari. Aku pula ditugaskan menghantarnya ke pondok dimana tempat Atuk betapa disitu dari awal pagi sehingga lewat petang.

Atuk adalah seorang muallim di kampung. Mengajar budak budak tahfiz di pondok. Alhamdulillah, berkat ilmu yang ada, ada yang berjaya sampai ke menara gading di Mesir, Syria mahupun Jordan.

"nah, kasi dekat Atuk, lepas tu balik nanti Wan nak ajak pergi pekan"

Aku mengangguk. Sudah pasti barang di dapur hampir habis. Lalu, aku mengorak langkah perlahan lahan bersama tongkat ku, menuju ke pondok.

Sedang aku berjalan menuju ke pondok itu, nasib berbaur malang, aku tersadung pada sebatang kayu, membuatkan aku jatuh tergolek bersama bekal makanan atuk.

Aduh, sakitnya tak terkata! Pedih!

"tsss,,, aduh macam mana boleh jatuh ni Irah, cuai betul"

Bebel aku sendiri. Tangan meraba raba jalan tar, mencari tongkat yang aku rasa sudah terpelanting jauh dariku.

"ya Allah, Irah!"

Suara seorang perempuan menyapa gegendang telingaku.

Tangan aku dicapai, dan tongkat dihulurkan.

"Irah macam mana boleh tertiarap atas jalan tar ni?"

Soalnya lagi.

Ohhh! Juna rupanya!

"ish, aku tersadung lah, tu ha kayu tu siapa lah yang letak kat tengah tengah jalan ni"

"kau kalau nak pergi mana mana, cubalah call aku, ini tidak, nak jugak pergi sorang sorang, bahaya tahu tak?"

Juna mula membebeli padaku.

"iyalahh Juna, aku ni taknak la kacau kau, kau tu assignment berlambak, busy sokmo aku tengok"

Tanpa bercakap banyak, Arjuna memimpin aku ke pondok.

Tidak sampai 2 minit, kami berhenti. Itu tandanya dah sampai.

"Assalamualaikum!"

Arjuna melaung dengan jeritannya yang nyaring. Aku menyiku lengannya.

"suara tu perlahan sikit, kau tu perempuan"

"alah biarlah, lagipun budak budak lelaki semua takda, diorang main bola kat belakang sana"

Aku memasang telinga. Ya, kedengaran suara suara lelaki terlalu riuh melalui belakang pondok. Betullah apa yang Juna katakan.

Tidak lama kemudian, suara riuh atuk mulai kedengaran.

"ha dah sampai cucu cucu atuk ni, ha naik naik!"

Arjuna membiarkan aku naik terlebih dahulu. Dengan perlahan lahan aku meraba raba sofa disitu dan mengambil tempatku.

Aku menghulurkan bekal makanan atuk dan atuk menyambutnya.

"ha Juna, lama atuk tak nampak, pergi mana?"

Soal atuk pada Juna disebelahku.

"hehe, ada je kat rumah tu atuk, busy sikit assignment, Juna kan tahun last kat universiti tu, kena la ambil markah banyak banyak tuk"

Jelas Juna panjang lebar.

"oooo ha nanti bolehla tolong si Irah ni ajarkan budak budak mengaji sementara nak tunggu dapat kerja ye dok?"

"eh boleh sangat tu tok!"

Kata Juna riang.

Alangkah senangnya hati aku dikelilingi oleh orang orang yang penyayang seperti mereka. Andainya nikmat ini ditarik suatu hari nanti, aku mohon kau berikanlah kekuatan padaku ya Allah.







Dan disinilah bermulanya maruah seorang isteri tercalar

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now