🤍5

1.2K 111 34
                                    

"ya, kami ingat nak pinangkan zinnirah untuk anak kami"

"t-tapi, anak tuan nak ke dengan cucu kami?"

"tak payah bertuan tuan dengan saya, panggil saja Raheem, ni isteri saya, Baheera"

Kata lelaki itu. Aku hanya mendengar sebalik pintu. Bukan calang calang nama, macam keturunan raja pun ada.

"pasal anak saya, itu saya uruskan, dia tu tak boleh dipujuk elok elok, kena berkeras sikit"

"baheera okay ke?"

Tanya Wan pula.

"saya okay je, selagi anak saya tu kahwin dengan wanita macam Zinnirah, saya lagi suka, lagipun perangai dia semakin menjadi jadi, salah kami juga terlalu manjakan dia dulu"

"tapi macam yang awak berdua tahu, Zinnirah tak macam perempuan lain, dia -"

"kami tak kisah, dari apa yang kami dengar, Zinnirah ni bagus orangnya, walaupun dia tak sempurna dari segi fizikal, tapi dari segi mental dia merupakan seorang yang cerdas, celik akalnya"

Kata lelaki itu lagi.

"baiklah, kami takda masalah tapi.. Kami kena tanya tuan badan dulu"

Sambung Atuk.

🤍

"Irah setuju"

"betul ke Irah yang nak, bukan sebab atuk dan wan kan?"

Soal wan lagi. Aku mengangguk. Aku terpaksa berbohong.Ya,memang aku buat kerana mereka.

"Irah rela sepenuh hati Irah"

"Irah tak nak kenal kenal dulu ke dengan lelaki tu?"

Aku tersenyum.

"kenal lepas kahwin tukan lagi manis, wan?"

🤍

AKU menyalami Tengku Baheera, lantas aku ditarik ke dalam pelukannya.

Hangatnya pelukan seorang ibu.

"Irah, mama rasa beruntung sangat dapat bakal menantu macam Irah"

Aku tersentak mendengar panggilan 'mama'. Seolah olah, aku tak layak panggil Tengku Baheera dengan panggilan itu.

"ma-mama?"

"iya sayang, panggil saja mama"

Dahi aku dikucup, dapat aku rasakan air mata Tengku Baheera mengalir di dahiku.

Teruk sangatkah perangai anak dia?

🤍

"what?! You want me to marry a girl that i don't know? From kampung?!"

"no excuses Daniel Daryan, ikut cakap daddy"

"what the hell is this dad?! I don't want to marry yet! Dan masih muda, plus i don't want to marry that kampung girl, yuck!"

Daniel memberontak.

"Tengku Ahmad Daniel Daryan, jangan degil boleh? Daddy taknak kamu berfoya foya macam ni, dari kamu jadi macam ni, lebih baik kamu ambil tanggungjawab sebagai pemimpin, daripada bawa anak dara orang, keluar masuk hotel, kamu ingat daddy tak tahu?"

"Dan dah besar lah daddy! Let me just do what i wanna do! Kenapa daddy nak Dan kahwin dengan perempuan yang dan tak kenal? Dari kampung pula tu! Jeez!"

"habis? Kamu nak daddy kahwin kan kamu dengan perempuan keliling pinggang kamu tu? Apa nama dia, Scherina? Huh, makin sesat adalah"

Kata Tengku Raheem. Dia bangun dari situ, tidak betah dia duduk disitu bertekak dengan anaknya yang asyik nak menang.

"listen here, by hook or by crook, you'll get marry with her, daddy tak kira, or else, daddy block semua black card kamu, and daddy hantar kamu pergi Jordan macam dulu, and the bodyguard will follow you if Dan cuba nak lari, and you'll know what happen after that "

"what the f-"

"oh, for your information, next week daddy akan pinangkan that girl, get ready my son"

Dengan itu, Tengku Raheem beredar. Dibiarkan Daniel disitu memberontak seorang diri.

"kahwin je kan? Bukan wajib pun aku nak layan pompuan tu macam isteri"



















Menerima dia hadir dalam hidupku adalah keputusan terbodoh yang pernah aku lakukan.

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now