🤍23

1.7K 154 13
                                    


"Pegh aku tak sangka kita ziarah satu KL ek arini"

Ujar Danish Adryan. Matanya memerhati gerai gerai makanan di tepi jalan. Perutnya mulai berkeroncong minta diisi.

"tu baru satu KL, tak satu Malaysia lagi"

Daniel Daryan tersengih senget.

"aku rasa macam buat kerja gila je sekarang"

"gila tak gila, kau dah cakap kau nak tolong aku kan?"

"yela, halah kau ni, aku tak cakap pun aku nak quit dari mission kita ni"

Daniel Daryan tergelak kecil. Kali pertama dua beradik ini mempunyai perbualan tanpa sebarang ayat kasar mahupun carutan.

"hebat penangan surat arwah Saffiyah. Sampai kau berubah macam ni. Drastik jugak lah"

"kalau kau nak tahu, malam aku baca surat tu aku langsung tak tidur. Kau rasa? Aku bukan takut arwah tu menghantui aku . Tapi.. Entahla aku rasa berdosa kalau aku terus terusan buat macam ni dekat Zinnirah. Tambahan pula, permintaan Saffiyah tu berat. Aku sayang dia bang. "

" cuba kau try sayang Zinnirah pula. Aku tahu kat sudut hati si Irah tu, dia sayangkan kau. Walau macam mana teruk pun kau layan dia, aku tak rasa dia sampai tahap yang benci kau gila gila. Sedih tu, memangla sedih. Siapa je tak sedih bila suami sendiri buat macam ni. But, i'm still proud of you, bro"

Daniel Daryan terdiam memikirkan kata kata abangnya.

"well um.. Kau nak makan kat mana?"

"makan jelah gerai tepi jalan. Ke kau taknak?"

"eh, aku okay je kot. Dulu je aku mengada makan tempat fancy"

"uuu.. Serius la kau adik aku ni? Ke dirasuk jin baik?"

Secara spontan, tangan sasa milik Daniel Daryan hinggap di belakang kepala abangnya.

"jin jin jangan sebut eh. Aku la ni, mana ada jin muka handsome macam ni"

Keningnya dijongket laju. Membuatkan Danish Adryan mengulingkan matanya ke atas.

"Dan, tu ada gerai tu, kau berhenti jelah situ"

Tanpa bercakap banyak, Daniel Daryan terus membelokkan keretanya ke arah gerai yang diperkatakan.

"eh alamak, dompet aku tertinggal dalam kereta lah! Aku pergi ambil sekejap eh!"

Danish Adryan laju meninggalkan Daniel Daryan. Daniel Daryan terus menyusun langkahnya lalu tempat kosong diambil.

"Encik, nak pesan apa?"

Ujar seorang gadis berkulit cerah selepas beberapa saat Daniel Daryan melabuhkan punggungnya.

"saya nak -"

"Kau?!"

"Kau?!"

Ujar mereka berdua serentak. Wajah si gadis yang manis tadi terus berubah apabila bertentang mata memandang Daniel Daryan.

"sejak bila pulak kau berani makan tempat tempat ceni? Buang tebiat?"

Arjuna berkata dengan nada kasar. Bertambah meluat dia apabila berjumpa dengan Daniel Daryan buat kali kedua.

"Tak salah kot aku datang tempat macam ni sekali sekala. Why?"

"yelah, kau kan anak orang kaya. Anak tengku pula tu, mana sesuai makan gerai tepi jalan je. Nanti tekak gatal"

Ujar Arjuna dengan nada memerli. Jika Zinnirah merupakan wanita yang lemah lembut, maka Arjuna adalah sebaliknya.

"sudahla Juna. Aku malas nak bergaduh dengan kau. Aku datang ni nak makan je, bukan cari gaduh"

"Kau order lah kat orang lain, aku banyak kerja"

Arjuna berura ura ingin meninggalkan meja itu, namun lengannya dicengkam kasar oleh Daniel Daryan.

"eh eh kau, pegang tangan anak dara orang pulak, lepas lah!"

Tangannya dipegang kuat.

"Juna, kau kena tolong aku. Please!"

Arjuna menghela nafas berat. Waktu susah, baru nak minta tolong. Lumrah kehidupan.

"Coii, kau? minta tolong aku?"

"tolong aku Juna. Ini kali pertama dan terakhir aku minta tolong kau. Lepasni aku tak kacau kau dah!"

Rayu Daniel Daryan. Sesungguhnya, itu kali pertama dia merendahkan ego, merayu meminta tolong.

"fine. Bagitahu aku, apa benda yang penting sangat sampai kau terdesak sangat nak mintak tolong aku. Hm?"

"Tolong aku cari Irah. Aku tahu kau tahu dia kat mana!"

Tanpa berbasa basi, Daniel Daryan terus menyatakan hasratnya tanpa berkias.

"for what? Nak seksa dia lagi?"

"tak! Juna, aku nak tunaikan permintaan arwah kakak dia. Tolonglah aku"

"oh.. So, kau tak ikhlas la kan nak cari dia? Bukan sebab kau rasa bersalah dengan apa yang kau buat kat dia. Kan? Kau buat ni, hanya sebab arwah Saffiyah atau lebih tepat bekas kekasih kau tu yang minta semua ni. Kan?"

"a-aku tak tahu... Tapi, tolonglah aku, Juna"

"kau.. Aku tak boleh tolong kau. Kau tak bersungguh. Lagi satu, kau tak ikhlas. Aku rasa better kau tak payah cari Zinnirah. Dia tak perlukan kau. Kau, tambah masalah dalam hidup dia lagi ada lah."

"Tapi-"

Ujar Arjuna dengan nada dingin. Jika dulu tiada sesiapa yang membela Zinnirah, kali ini biar dia sahaja yang mempertahankan gadis itu.

"satu lagi. Kau selfish. Shame on you, Daniel"

























🤍










"Wan!"

Zinnirah memeluk erat tubuh tua wanita leeat 70-an itu.

"Ya Allah Irah... Lama betul tak datang! Ni, mana tongkat?"

"Wan, Irah dah boleh nampak!"

"ya? Alhamdulillah. Macam mana Irah boleh nampak semula?"

"semua ni, berkat pertolongan arwah Saffiyah, mak"

Ujar Encik Qowiy sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah papan itu.

"kau jangan sebut nama budak tu lagi. Jijik!"

Nada suara Wan Kamariah mulai meninggi. Panas sungguh hatinya apabila nama Saffiyah disebut.

"mak.. Maafkan dia mak. Apa yang berlaku, biarlah lepas. Dia pun dah takda, sebelum dia pergi, dia ada kirim salam dia pada mak dan ayah, dia juga minta maaf sangat sangat atas apa yang terjadi. Mak, maafkan dia ya?"

Puan Aiqa mencelah. Wajah Wan Kamariah terus berubah apabila mendengar ayat ayat yang keluar dari mulut Puan Aiqa.

" D-dia takda? Pergi kemana? "

" Saffiyah dah meninggal, mak. "

" Allah.. "




























luka yang disebabkan oleh terjatuh meninggalkan bekas dan ianya akan sembuh , tetapi luka disebabkan kata kata tetap menjadi luka dan sukar untuk sembuh .








ZINNIRAH [C] حيث تعيش القصص. اكتشف الآن