🤍5

1.3K 134 76
                                    

JACKET kulit yang berbau perfume milik Scherina dicampak ke seat belakang keretanya. Langkah kaki diatur memasuki rumah agam itu. Jam yang sudah menginjak ke angka 10 dilihat sekilas.

Awal lagi rupanya.

"ha Dan, baru balik? Lama tau Irah tunggu"

Daniel mengulingkan matanya ke atas.

Aku tak suruh kau tunggu yang kau sebok sangat seksa diri menunggu tu dah kenapa?

"takdelah Dan ada urusan sikit kat luar"

"mama baru je plan nak bawa korang masuk rumah baru Dan tu malam ni, tapi terpaksa cancel lah sebab Dan balik lewat sangat, call dengan whatsapp mama pun tak reply"

"phone Dan tertinggal kat hotel, nanti lah Dan ambil"

Tengku Baheera menggelengkan kepalanya perlahan. Harta benda mahal macam tu pun dia boleh tukar macam tukar baju.

"Ma, Dan naik dulu, penat"

Daniel mengangkat punggung dari sofa. Makin lama disitu, makin banyak pula soalan yang bakal ditanya.

Baik aku ciao dulu.

Tombol pintu dipulas, susuk tubuh isterinya yang tidur lena diatas katil diperhati lama.

Berani betul kau tidur atas katil aku tu ya, kau tunggu kau.

Baju nya dibuang dan hanya tinggal singlet putih sahaja didalamnya.

Lalu, tubuh kecil si isteri diangkat dan dilempar diatas sofa.

Apa lagi, terkejut lah Zinnirah dibuatnya.

"ke-kenapa awak ni?"

"hey, kau dah tahu diri tu kotor, jangan pandai pandai nak baring atas katil aku"

"s-saya dah mandi lah tadi"

Jawab Zinnirah takut takut. Bermacam macam perkara yang dibayangkan. Sudahla dia buta, tak boleh melihat tindakan yang bakal dilakukan oleh Daniel.

"lembab betul la kau ni, sudahlah! Lepasni, kalau kau sentuh lagi barang barang aku dalam bilik ni, kau tunggu kau, esok aku suruh Pak Mat belikan sofa baru. Jijik!"

Hampir sahaja air mata Zinnirah jatuh mengalir di pipi. Namun diseka perlahan selepas memastikan yang Daniel sudah tiada disitu.

Hina sangatkah dirinya itu?

🤍

"Dan, meh la breakfast sekali, harini Irah tolong mama masak tau, lagi sedap dari sebelum ni!"

Daniel mengerling ke arah Zinnirah yang hanya tunduk dari tadi.

"no thanks ma, Dan tak lapar, plus Dan dah lambat nak pegi court ni, i'm leaving"

Dengan sekelip mata Daniel hilang dari pandangan Tengku Baheera.

Dipandangnya si menantu yang masih menunduk.

"Irah, Dan ada cakap apa apa ke kat Irah?"

Laju sahaja dia menggeleng. Masakan dia nak berterus terang tentang aib suaminya?

Never!

"tak lah mama, jom kita makan, Irah lapar lah"

Tengku Baheera tersenyum. Lega hati mendengarnya.

🤍

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now