EPILOGUE (H.E)

1.9K 131 2
                                    


(for happy ending)

Hatinya senang melihat mereka bermain di taman.

"Haih,kalau sayang ada kan seronok"

Gumamnya sendiri.

"Papa!"

Lehernya dipeluk erat oleh anak perempuannya itu.

"Areen? Dah puas main?"

"Reez yang taknak main dengan Areen!"

Muncung Areena Alya.

"muncung lagi, papa ikat mulut tu kang"

"papa, Reez penat main dengan Areen, dia tu main ganasss!"

Ujar Areez Ilham pula. Tempat kosong di sebelah Daniel Daryan diambiknya.

" Eh? Siapa lelaki siapa perempuan ni?"

Soal Daniel Daryan. Tubuh kecil Areena Alya dipangku erat.

"Entah, abang tu lembik!"

Ejek Areena Alya.

"Dah lah Areen, penat tau gaduh dengan Areen? Asyik nak menang saja. By the way, mama mana?"

Kepalanya dipusing menoleh ke kiri dan ke kanan.

"Mama!"

Areena Alya dan Areez Ilham bingkas bangun tatkala kelibat Zinnirah tiba.

"amboi! Nampak mama, lupa terus papa ni eh!"

Tegur Daniel Daryan sebaik sahaja mereka bertiga duduk di atas tikar.

"tua tua pun nak merajuk"

Bisik Areena Alya kepada Areez Ilham.

"itulah, jom sambung main, papa nak dating dengan mama la tu"

Ajak Areez Ilham. Faham sangat dengan isyarat mata yang diberi Daniel Daryan.

"macam macam betul anak anak kita tu"

"tahu pun"

"sayang mesti dah lupa kan, waktu kita dekat labour room dulu?"

"apa pula awak ni. Saat tu lah yang paling saya ingat sekali. Tak boleh blah betul awak punya gelabah"

🤍

"Tapi apa doktor?"

"It's not a single baby"

"What?"

"It's twin!"

🤍

"Saya harap, anugerah tuhan ni kita dapat jaga elok elok"

" of course, you are a great mommy. Abang harap sayang tak kisah lah kalau kita tambah satu lagi kumpulan marhaban. Eh?"

Usik Daniel Daryan.

"ewah ewah, senang betul awak minta yaa!"

Zinnirah mencubit lengan Daniel Daryan.

"ganas betul lah sayang ni, entah entah Areen tu ikut sayang tak?"

"hah, yelah yelah, yang buruk buruk tu semua saya"

Zinnirah mencebik. Tangannya disilang di dada.

"cemberut sangat muka tu, turun kat baby nanti baru tahu"

"yang tu baru ikut awak"

"cemberut cemberut pun, handsome juga tahu?"

Ujar Daniel Daryan bangga.

"perasan!"

Zinnirah berkata. Walaupun itu adalah satu kenyataan yang tidak dapat disangkal, tetapi kalau dengan Daniel Daryan ni, tak boleh puji melambung sangat.

"sayang, i hope everything will be alright. Abang dah taknak hilang kids dengan sayang."

"ajal maut semua ditangan tuhan, abang. Hanya itu saja yang mampu pisahkan kita dengan anak anak."

Dahi Zinnirah dicium lembut oleh Daniel Daryan.

Cukup mereka tahu, mereka itu saling mencintai.

Jika itu yang tertulis dalam suratan takdir.











TAMAT

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now