🤍24

1.7K 140 14
                                    

Loceng di tepi pintu kondominium milik Daniel Daryan ditekan. Beg yang hampir terjatuh di bahu diangkat.

Pintu terbuka dan terpacul wajah mamai Daniel Daryan.

"eh? Kau? Apa kau buat kat sini?"

"Aku nak tolong kau"

"baru petang tadi kau cakap kau taknak, kau ubah fikiran?"

"kau ni banyak cakap lah! Kau nak aku tolong ke tak?"

"eh nak nak! Tapi... Macam mana kau boleh sampai rumah aku ni?"

"ada lah, banyak soal lah kau ni. Kalau kau nak aku tolong,esok tepat 8 pagi aku nak kau tercongok depan kedai. Kau lambat, kita cancel plan"

"Lagi satu, aku buat semua ni sebab Irah. Jangan nak fikir aku dah berlembut dengan kau. Lagi satu, sedar diri. Kau dah banyak lukakan hati dia, kau fikir, senang senang dia nak maafkan kau?"

"dah lah, dah lewat malam ni, aku gerak dulu, esok, jangan lupa"

Arjuna terus meninggalkan Daniel Daryan berseorangan.

Wajah Daniel Daryan berkerut memikirkan kata kata Arjuna. Nampak bersahaja, tetapi kata kata itu memberi impak yang besar buatnya.

"nak ke dia maafkan aku?"

🤍

"Mak dah tidur?"

Soal Encik Qowiy sebaik sahaja Puan Aiqa keluar dari bilik ibunya.

"dah. Lepas makan ubat tadi, terus lelap"

Tempat kosong di sebelah suaminya diambil.
Siaran di TV langsung tidak menarik perhatiannya.

"Abang.Kesian kan mak tu? Mesti banyak benda dia fikir"

"Itulah. Dah tua tua ni, sepatutnya dia kena banyak berehat. Ini tidak, lepas satu, satu benda datang. Itu yang sampai keluar masuk hospital"

"rasa bersalah saya kat dia bang. Dulu kita jarang melawat dia"

"Umi,Walid. Irah keluar kejap tau, nak pergi jumpa atuk"

Ujar Zinnirah. Puan Aiqa dan Encik Qowiy serentak memandang ke arah anak bongsu mereka itu.

"elok elok jalan tu. Mata Irah tu bukan baik sepenuhnya lagi, masih kabur kabur kan?"

Kata Puan Aiqa. Risau juga dia membiarkan si anak gadis keluar seorang diri.

"ye umi.. Irah pergi dulu okay? Assalamualaikum"

Zinnirah terus keluar. Sandal disarung ke kaki dan dia mulai melangkah laju menuju ke madrasah milik Tun Haqqi.

Sambil kakinya melangkah matanya menikmati suasana dan udara di kampung. Lebih segar berbanding di bandar.

Akhirnya, tidak sampai 10 minit, dia sampai di hadapan madrasah milik atuknya.

"Assalamualaikum! Tuk! Ooo atuk!"

"Waalaikumsalam! Aiyooo Irah apahal datang tak bagitahu atuk ni?"

Tun Haqqi turun dari beranda rumah kayu itu.
Kakinya perlahan lahan turun dari anak tangga, lalu tangan dihulur buat Zinnirah.

"Saja la atuk, buat surprise"

Katanya berbisik. Tangan Tun Haqqi disambut dan dicium.

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now