🤍12

1.2K 115 10
                                    

"kena buruk lagi ni"

"oh,mata dia mata"

"ermmm...what else?"

"yes yes tongkat tak guna dia letak kat sini"

"and.... done!"

Lukisan itu diangkat tinggi, senyuman puas meniti dibibirnya.

Jelas sekali contengan pada wajah wanita di dalam lukisan itu ditekan tekan bak melepaskan geram.

Matanya pula seakan terjojol keluar, pen merah dicorengkan seperti darah yang keluar tidak terhenti.

Tongkat pula dicucuk dimata.

Sungguh ngeri lukisan yang dilukis oleh seorang Daniel Daryan pada malam itu.

"erm yeah..sketch ni taklah buruk mana. Kalau jadi betul betul baru best.."

Lalu dironyok kertas itu dan disimpan ke dalam laci meja.

Motif? Ingin menjadikan kenyataan barangkali.

🤍

"Along nak pergi mana?"

Soal Puan Aiqa melihatkan anak sulongnya itu yang bersiap serba hitam. Di tangannya pula terdapat plastic bag hitam.

"along nak keluar jap umi, sebelum maghrib along balik"

Puan Aiqa hanya mengangguk.

"along... jangan pergi tempat haram tu dah, umi risau lah apa apa jadi kat along"

"jangan risau umi.. Along takkan jejak dah tempat tu. Baju baju lama along ni pun along nak pergi buang"

Kata Saffiyah senang. Akhirnya, pintu hatinya terbuka semula.

"Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan along. Umi harap along istiqomah, ya?"

"amin.. Along gerak dulu, Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

🤍

"apa benda sia kau buat ni huh?"

Kepala Zinnirah dihantuk kuat pada meja. Sedikit darah terkeluar mengalir di dahinya.

Zinnirah sudah mula tersedu sedan. Apa pula yang
bakal dihadapinya sekarang?

"aku suruh kau buat benda senang je kan? apa bebal sangat kau ni?"

Sekali lagi kepalanya dihantuk kuat. Zinnirah sudah memegang kepalanya. Mata dipejam serapat yang boleh.

"agh! kau memang bawak malang la betina"

Daniel meninggalkan meja makan. Pinggan dan nasi yang berterabur disepak kuat.

Bahu Zinnirah terhenjut dek bunyi pinggan yang berlaga dinding.

Air mata yang tidak terhenti mengalir di pipi dibiarkan sahaja.

Kali ini, Daniel sudah berani memukulnya secara fizikal.

Atau lebih tepat adalah mendera.

🤍

"Saffiyah, memang kita boleh buat eye transplant tu untuk adik awak"

"jadi? boleh tak kita cepatkan prosedur ni?"

"tapi maklumat yang diberikan tak lengkap. Saffiyah pun tak tahu alamat rumah, nombor telefon. Jadi itu mengganggu prosedur kita."

"dan satu lagi, kita masih lagi tak jumpa si penderma."

Saffiyah mengangkat muka memandang doktor yang berkulit hitam manis itu.

"s-saya boleh doc.. Saya akan jadi penderma untuk adik saya"

"saya mintak maaf Saffiyah, tapi untuk eye transplant ni.. Kita perlu ambil pada badan yang sudah tak bernyawa. Dan penderma perlu ada kad khas yang menunjukkan bahawa dia sudah mendaftar untuk jadi penderma organ."

"saya sanggup! saya boleh doc.. Macam mana cara pun saya tetap akan jadi penderma untuk adik saya"

Tegas Saffiyah. Doktor Alyna sudah mati kata. Jika itu yang dikatakan, dia tidak boleh buat apa apa.

"baiklah. Kalau itu yang Saffiyah nak, saya ikutkan. Tapi ingat, Saffiyah perlu lalui beberapa prosedur yang agak rumit"

"baik doc.. Tentang maklumat peribadi adik saya, saya akan dapatkan secepat yang mungkin"

Doktor Alyna mengangguk. Kadangkala, terharu dia dibuatnya setiap kali Saffiyah datang untuk kimoterapi, dan menceritakan tentang adiknya.

Air yang dicencang, tak akan putus.



🤍

"bodoh"

Pang!

"bebal"

Pang!

"bawak bala"

Pang!

"menyusahkan"

Pang!

4 kali tamparan yang singgah di pipiku dan 4 kali juga kepalaku terteleng ke tepi.

Pipiku terasa pedih. Sakit kepala semalam masih lagi tak hilang, ditambah pula dengan tamparan kuat Daniel.

Mulutku dicengkam kuat, darah mulai keluar dari bibir.

"eh, kenapa aku tak bunuh je kau dari dulu huh? Dari hidup menyusahkan aku, baik mati terus lah pompuan!"

Perutku pula ditumbuk kuat. Sakitnya tak terkata.

Daniel pula naik ke atas setelah dibiarkan aku terkulai lemah di lantai.


























Jika harusku bersabar dengan segala derita,
ku terima.

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now