🤍7

1.2K 115 74
                                    

AKU mengemas spaghetti yang tumpah. Nasib lah kuah spaghetti tu tak buat kulit aku melecur. Tapi boleh tahan panas juga lah.

Kemudian wangian perfume milik Daniel mengisi ruang dapur. Daniel nak keluar lagi ke?

"a-awak"

"apa lagi?"

Soal Daniel malas.

"awak nak keluar ke? Dah solat ke belum?"

"kisah apa kau aku solat ke tak? Kau tak payah sibuk boleh? Semak lah"

Aku terdiam. Memang dia akan terus melenting kalau aku tegur.

"sebab itu tanggungjawab saya"

Kata aku selepas dia pergi.

🤍

Zzrt.. Zzrt..

Vibrate yang datang dari telefon aku membuatkan aku bingkas bangun dan mencari bunyi tersebut. Jari diseretkan dan aku melekapkan telefon ke telinga.

"hello? Wan?"

"ha Irah, macam mana kat sana? Okay?"

Aku terdiam. Harus kah aku bagitahu perkara sebenar. Atau... Aku terpaksa tipu?

"alhamdulillah, semuanya okay je wan."

Aku terpaksa tipu. Maaf, wan.

"baguslah kalau macam tu, Daniel ada buli Irah ke?"

Kata wan, disertai tawa. Mungkin 'buli' yang dimaksudkan adalah 'buli buli manja' seperti pasangan lain.

Aku tersenyum kelat. Sungguh, tubir mataku hampir mengeluarkan air mata. Jika dulu, kalau dibuli mesti aku bagitahu wan. Dan wan akan protect aku sampai budak budak takut nak buli aku.

Kau dah besar, Irah. Jaga diri sendiri sudah lah, jangan bagi wan risau.

Bisik aku sendiri.

"hahahah, takde lah wan. Kami okay je"

Kata aku, juga disertai tawa. Biarlah wan terasa senang, daripada merisaukan aku, jatuh sakit pula.

"Irah makan apa harini?"

Aku memegang perut.

Grrr... Grrr...

"Daniel masakkan kat Irah tadi, sedap"

Aku menipu lagi. Walaupun terasa bersalah, tapi lagi bersalah kalau aku buat wan risau.

"iya? Pandai Daniel jaga cucu wan"

Katanya gembira.

Maafkan Irah, wan.

🤍

"Daddy, tolong lah jangan desak Dan macam ni, daddy ingat senang ke Dan nak terima semua benda ni huh?"

Aku meninggikan suaraku. Sungguh! Daddy suka memaksa!

Dan itu membuatkan aku semakin membenci daddy hari demi hari.

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now