🤍29 (H.ENDING)

2K 142 32
                                    

.
.
.
.

Pintu bilik berwarna putih itu diperhati lama.

Jam tangan Daumier di tangan kirinya dilihat sekilas.

"lama betul doktor ni pun"

Seketika itu, seorang doktor lelaki berkepala botak keluar dari bilik pemeriksaan.

" Awak husband Puan Zinnirah?"

"ya, saya. Macam mana wife saya doc? Dia tak apa apa kan?"

Doktor Aziz berdehem sebelum mengeluarkan butir katanya.

"Ya, dia okay sahaja. Cuma perlukan rehat yang cukup. Mungkin, banyak sangat benda difikirkan, dan mungkin dia banyak buat kerja "

"Fuh.. Lega saya doktor, habis, bila dia boleh keluar?"

"kita tunggu sampai dia sedar, biasalah, preggy mommy ni tidurnya nyenyak sikit"

"oh.. Eh? Hah? Apadia doktor?"

Doktor Aziz tersenyum simpul.

"wife kamu pregnant. 2 weeks. Congratulations Mr Daniel"

🤍

9 Bulan kemudian

"insha Allah seminggu nanti aku balik lah, duduk elok elok kat rumah ni, aku dah suruh Mak Temah datang sini tengokkan kau masa aku takda ni"

Zinnirah memuncung. Perutnya yang meboyot itu diusap perlahan.

"serius lah seminggu? Kalau baby ni keluar waktu awak takda macam mana?"

"kita kan dah dapat tarikh, doktor jangka 15 haribulan, sekarang baru 3 haribulan, insha Allah sempat"

Kepala Zinnirah digosok perlahan. Namun, Zinnirah masih menunjukkan wajah cemberut.

"kau ni sayang, kau takut rindu aku kan?"

Daniel Daryan menunduk separas Zinnirah.

"taklah mana ada"

Daniel Daryan tersenyum senget. Takkan lah nak mengaku pula kan?

"aku pergi sekejap je, tup tup dah habis seminggu, kau tunggu aku eh?"

Zinnirah mengangguk perlahan. Selama berbulan bulan Daniel Daryan melayan karenahnya, kini terpaksa berpisah buat sementara waktu.

Namun hatinya merelakan sahaja sang suami keluar mencari rezeki.

" baby kat dalam, jaga mama okay? Jangan duduk buas sangat tahu? Kesian mama nanti"

Daniel Daryan mengusap perut Zinnirah pula. Seolah mendengar pesanan bapanya, dia membuat satu tendangan kecil.

Daniel Daryan tersenyum simpul.

"good boy"

"Aku pergi dulu tau?Ingat apa aku pesan, kalau kau nak ajak umi dengan walid datang, ajak je, itupun kalau tak menyusahkan diorang"

Zinnirah mengangguk faham. Tangan yang dihulur disambut dan dicium manakala Daniel Daryan pula mencium kepala sang isteri.

Kereta Audi R8 itu terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah agam itu.

🤍

"lama lagi ke awak kat sana?"

"aku baru pergi 3 hari ni, sayang. Takkan dah rindu hm?"

"tak, takde lah rindu. Tapi, sikit tu ada lah"

"elleh, suka tak mengaku. Tunggu lagi 4 hari, aku sampai depan rumah. Okay?"

"yelah, yelah. Elok elok kerja, Assalamualaikum"

Talian diletakkan. Arjuna menongkat dagu memandangnya.

"tch tch tch, kesian aku ni, single sampai ke mati agaknya"

"Bukan ke ada orang mengorat kau? Kau tu yang jual mahal"

Air yang dipesan dihirup.Dia memerhati ruangan restoran bertemakan klasik itu.

"mengorat apa nya, aku ni mana ada orang nak, kasar"

"kasar kasar pun, asalkan hormat orang tua je cukup lah. Alah, kau pun tak lama dah tu"

Arjuna mencebik. Kek dipotong kecil lalu dimasukkan ke dalam mulut.

"Juna, p-perut aku sakit lah"

"kenapa weh? Kau dah nak beranak ke?"

"Juna! Dah pecah!"

"apa yang pecah?"

"air ketuban aku!"


🤍

"Juna! Irah mana? Dia dah siap bersalin ke?"

"tak tahu, dah 3 jam kat dalam, doktor pun tak keluar keluar lagi"

"Ya Allah.. Habis, aku boleh masuk ke tak?"

Arjuna menggeleng perlahan. Tangannya bertaut rapat.

"Kalau aku redah je masuk, tak salah kan?"

"Entah, aku rasa-"

"Mr Daniel?"

Daniel Daryan menoleh ke arah suara yang memanggil. Riak wajah keruh di wajah doktor tersebut menambahkan lagi kegelisahan di hati.

" ya, saya? Macam mana dengan isteri dan anak saya doktor?"

Doktor itu berdehem.

"anak encik selamat.. Tapi.."

"tapi?"

Daniel Daryan semakin tidak sabar menanti kata kata doktor awal 30-an itu.

"m-maaf encik"























it's difficult to turn the page when you know someone won't be in the next chapter , but the story must go on .





























(tunggu epilogue!)

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now