🤍16

1.5K 136 23
                                    

Susana hening yang mengisi ruang kereta itu menemani mereka berdua.

"awak"

"hm"

Jawab Daniel Daryan acuh tak acuh.

"saya minta maaf pasal kelmarin. Saya tahu, kalau saya cerita kat awak pun awak takkan percaya. Tapi-"

"eh, aku baik dengan kau ni pun, bukan saja saja eh. Jangan nak selesa sangat. Aku baik ni pun, lepas kita balik itali, aku akan ceraikan kau"

"Daniel, tolong Daniel. Apa saya nak jawab dengan wan dengan atuk kalau awak ceraikan saya? Apa pula orang kampung fikir nanti?"

"eh, tu kan masalah kau. Bukan masalah aku"

Bidas Daniel Daryan. Tidak akan pernah sekali pun dia akan membiarkan Zinnirah menang dalam sesuatu perbualan.

🤍

"kemas baju kau ni! Semak lah mata aku tengok. Bilik sendiri tak reti kemas ke?"

Kata Daniel sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik Zinnirah.

"saya baru je kutip baju baju ni. K-kalau awak nak saya kemaskan baju awak, saya boleh buat"

"macam lah aku tak reti nak buat sendiri. Dah, cepat kemas, kalau kau tak siap kemas lagi, pagi esok aku tinggal kau"

🤍

"Mama dengan daddy harapkan Daniel sorang je ni tau untuk jaga Irah. Jaga dia elok elok"

Kata Tengku Baheera. Tangannya naik mengusap kepala Daniel Daryan.

"ye ma. Dan tahu nak jaga isteri Dan"

"Daddy pun harap takda apa apa yang jadi kat sana. Harap semuanya okay saja ya Daniel. Kalau apa apa jadi kat Irah, tu semua tanggungjawab Dan. Apa apa daddy soal Dan dulu."

Giliran Tengku Raheem pula memberi pesanan.

Seketika itu, pengumuman untuk berlepas dibuat. Para penumpang mulai mengambil barang keperluan masing masing dan mula bergerak.

" eish lembab betullah kau ni. Kalau macam ni gaya aku tinggal je kau dalam flight nanti bila dah sampai"

Tangan Zinnirah diacapai kasar dan ditarik. Mata mata yang melihat langsung tak dihiraukan.

"awak. Sakit"

Pergelangan tangannya yang dicengkam kuat dipegang.

"aku kena cepat lah, lembab. Nak tunggu kau entah entah kena tinggal"

Hampir sahaja Zinnirah terdorong ke hadapan apabila Daniel Daryan menariknya dengan kuat.

Aduh, nasib aku lah dapat suami kalut macam Daniel ni.


🤍

"Scherina! Tengok ni!"

"eh kau ni. Berapa kali dah aku nak cakap. Nama aku Saffiyah. Nama Scherina tu orang tak panggil dah sekarang ni. Nak senang panggil aku Fiya je."

Sebastian mencebik. Mentang mentang lah sekarang dah ubah penampilan, dah tak boleh panggil nama lama.

"ha seb, apadia? Ada berita pasal adik aku ke?"

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now