🤍27

2.1K 160 25
                                    

"Cepat awak belajar, baru masuk sebulan, dah habis Iqra' 4?"

"see lah siapa yang ajar. Bini sendiri kot"

Zinnirah tersenyum simpul. Selama sebulan dia mengajar Daniel Daryan, dia semakin selesa dengan lelaki itu.

Dan dia akui, saat saat itu adalah saat saat yang paling bahagia di dalam hidupnya.

Apa yang dia boleh lihat, Daniel Daryan benar benar berubah 360° darjah. Tiada lagi Daniel Daryan yang kasar. Tiada lagi Daniel Daryan yang baran. Tiada lagi Daniel Daryan yang egois.

Apa yang dapat dilihat, Daniel Daryan semakin menunjukkan kasih sayang yang sepatutnya dia rasai dari awal perkahwinan.

Kasih sayang seorang suami.

Dan dia tidak sangka, dia dapat merasai kasih sayang itu, setidaknya sebelum dia menutup mata.

Benarlah kata orang, kedukaan itu lambat laun akan digantikan dengan kebahagiaan, cuma perlu ada secebis kesabaran dihati.

🤍

Kelibat sang suami di jendela tingkap diperhatikan. Daniel Daryan masih lagi tidak menyedari kehadiran Zinnirah disitu.

"Ai, termenung sampai kemana tu? Teringat along ke?"

Daniel Daryan menoleh memandang si isteri. Zinnirah mengambil tempatnya di birai katil.

"Arwah Saffiyah tu, kenangan. Sekarang, aku dah ada kau. Kalau kau cakap aku berubah sebab Saffiyah, kau silap, Irah. Yes, memang mulanya aku buat sebab dia. Tapi, lama lama aku ikhlaskan hati aku.Kalau tak ikhlas, aku takde kat sini tahu?"

"iyelah. Saya dah lama maafkan awak. Tapi tulah, saya terkilan sikit je la waktu awak cerita pasal arwah along."

"Kau nak tahu siapa tolong aku carikan kau?"

Zinnirah mengangguk.

"Arjuna, dengan Ryan"

"serius? Awak dah berbaik dengan diorang?"

Daniel Daryan mengangguk.

"Dah tu dah. Dengan Ryan, semuanya dah settle. Arjuna je macam was was dengan aku. Tapi nak taknak pun, dia tolong jugak aku cari kan kau"

"Juna tu nampak je kasar. Tapi dia baik awak. Dia yang banyak sangat tolong saya. Tak sangka, dalam banyak banyak orang normal kat dunia ni, yang buta ni jugak yang dia pilih"

"Sudah lah. Tu semua biar kenangan. Sekarang, kau bersyukur dengan apa yang kau ada. Nikmat melihat yang tuhan bagi tu, jangan sia siakan. Jangan nak pergi usha lelaki lain pulak"

"eh? Cemburu ke? Alah ramai jugak lelaki handsome kat kampung ni ek"

"tak sangka ramai jugak perempuan lawa kat kampung ni. Ingat kat bandar je"

Mereka berdua saling mengusik antara satu sama lain. Semakin lama, semakin rancak.

"dah dah, aku dah mengantuk lah asyik bergaduh dengan kau ni. Esok bangun awal, subuh"

Zinnirah menghantar Daniel Daryan keluar melalui ekor matanya. Cukup sahaja dia tahu bahawa dirinya sudah mulai menyayangi Daniel Daryan semula.

ZINNIRAH [C] Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang