🤍9

1.2K 119 69
                                    

DANIEL hanya mengekalkan wajah beku. Sudah 10 minit mereka didalam kereta menuju kerumah, masih lagi sunyi.

Hanya kedengaran bunyi penyampai radio sahaja yang mengisi ruang sunyi Mercedes-Benz gt63s
itu.

"Aku dah cakap jangan campur urusan aku. Kenapa kau degil sangat ni huh?"

Buat pertama kali Daniel bersuara. Membangkitkan lagi hal tadi.

Zinnirah diam. Memikirkan wajah singa yang kelaparan. Tidak berani dia ingin bersuara.

"lah. Bisu pulak? Kau memang nak cukupkan package ke?Bisu, pekak, buta?"

"saya sebenarnya risau awak tak sempat keluar lunch"

"then? Nak acah isteri mithali lah kononnya?hm?"

Zinnirah terdiam. Apa sahaja yang keluar dari mulutnya akan sentiasa salah.

"Daddy kasi aku cuti sebulan. And aku kena stay kat rumah. Dengan kau."

Sekali lagi dia menelan air liur payah. Habislah dia. Apa lagi yang akan dilakukan Daniel? Belum sampai seminggu hatinya sudah cukup sakit dengan layanan suaminya sendiri.

"Kau jangan ingat aku hamak sangat nak hadap muka kau tu. Jangan ingat aku kat rumah sepanjang masa kau boleh mintak aku tolong aku macam macam. Semua. Buat sendiri."

Kata Daniel lagi. Zinnirah hanya mengangguk faham. Sudah pasti dia tak akan melawan.

"Lagi satu. Aku akan hentikan maid kat rumah tu. Dan mulai esok, hanya ada aku dan kau saja dirumah"

Kata Daniel lagi. Kali ini hati Zinnirah bagaikan dihempap batu yang berat. Sudah la dia sudah mula rapat dengan maid di rumah, mereka juga yang menolong dia memasak, mengemas dan sebagainya.

Daniel pula tersenyum sinis. Pelbagai lagi rancangan jahat yang mulai timbul. Hatinya tidak sabar menunggu esok dan hari seterusnya.

Menyeksa isteri sendiri adalah hobi baharu baginya.

🤍

"Nick, tepi sikit aku nak shoot!"

Nick berganjak ke tepi. Bola dilontarkan dan tepat memasuki bakul.

Tuala diraih di tepi beg dan botol dicapai dan air diteguk rakus.

"haih, kau kalau sehari tak buat hal memang tak boleh eh Niel?"

"tch, tu memang sifat aku. Nak buat macam mana"

Katanya bersama senyuman sinis di bibir.

"Tulah, cuba cerita sikit apa jadi tadi. Bak kata orang spill the tea"

Ujar Jacko pula.

"banyaklah kau punya tea tea. Actually aku memang nak mintak cuti dari daddy pun. Tak sangka free free je boleh dapat"

"Is it a good news..?"

Soal Nick hairan. Bukan kah Daniel selama ni mengelak untuk balik rumah? Takkan dah terbuka hati kot.

"probably yes"

"kau sebenarnya ada plan an, tapi taknak bagitau kitorang"

Jacko menyilang tangan. Antara mereka, Daniel yang paling banyak akal.Kadangkala, sampai mereka pun pening nak mengawal kenakalan si Daniel seorang itu.

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now