EPILOGUE (S.E)

1.7K 130 1
                                    

(for sad ending)

STERENG kereta dipusing ke kanan. Lantas, kereta diparkir berdekatan rumah itu.

Rumah anak anak yatim Ar - Rahman.

Bibirnya mengukir senyuman lebar saat seorang anak kecil mulai berlari datang ke arahnya.

"abang! Lama tau kita tunggu!"

Ujar anak kecil itu. Dia mendukung tubuh kecil itu erat.

" sorry lah Atiq, abang ada kerja lah tadi"

Mulut Atiq memuncung sedikit.

"kita jalan jalan nak?"

"nak!"

" high five sikit!"

Pap!

"mana kawan kawan?"

"kawan kawan pergi sekolah lah abang. Atiq sorang je tak pergi"

"eh? Kenapa ponteng ni hm? Atiq malas pergi sekolah eaaa"

Matanya mengecil ingin mengusik Atiq. Atiq menelan air liurnya payah.

"ma-mana ada lah. Atiq sakit perut tau!"

Bantah Atiq.

"HAHAHA! yelah yelah. Abang bagitahu Kak Qira jap nak bawa Atiq keluar. Nanti risau pula dia"

Kasut ditanggalkan lalu salam diberi.

"Waalaikumsalam"

"ada pun. Ingat takda tadi, baru nak culik Atiq"

Aqira tersenyum malu. Pipinya merona merah tatkala Daniel Daryan tersenyum simpul.

"kenapa? Nak bawa Atiq keluar?"

Daniel Daryan mengangguk laju. Pipi Atiq yang comot dengan aiskrim coklat di lap menggunakan tisu.

"taknak minum sini dulu ke?"

"takpelah, saya nak bawa Atiq makan dekat luar. Nanti saya bungkuskan sekali untuk budak budak. Sebelum maghrib, saya hantar Atiq"

Aqira mengangguk perlahan. Tangan dihulur pada Atiq, lalu pipi comel Atiq juga dicium.

"jangan nakal nakal okay Atiq? Dengar cakap abang Daniel"

Atiq menunjukkan 'thumbs up' tanda dia faham dengan arahan Aqira.

"elok elok bawa kereta"

Ucapnya sebelum Daniel Daryan keluar dari pagar.

Daniel Daryan menaikkan jari nya tanda 'ok'.

🤍

"Abang, kenapa kita datang sini?"

Soalnya saat mereka duduk di atas tikar getah yang dibawa Daniel.

"kita melawat Kakak Zinnirah"

Kening Atiq bertaut. Baru pertama kali dia mendengar nama itu keluar dari mulut Daniel Daryan.

"siapa tu?"

"Kakak Zinnirah tu perempuan yang abang sayang"

"isteri abang ke?"

Petah sahaja Atiq berkata kata. Tidak perlu lagi Daniel Daryan menjelaskan apa apa.

Daniel Daryan mengangguk perlahan sambil tersenyum tenang.

"Atiq pandai baca yassin?"

Atiq menggeleng.

"kalau alif, ba, ta tu Atiq reti lah"

"kalau macam tu, ikut abang lah"

Atiq menggangguk. Dia mengambil tempat di atas riba Daniel Daryan.

Seusai membaca, Daniel Daryan menyiram kubur itu dengan air yang dibawanya dari rumah.

"Atiq comel sangat awak. Saya anggap dia macam anak saya sendiri"

"kalau awak ada, mesti awak sayang sangat dengan dia. Dia baik, dia pandai, dia petah."

Atiq hanya memandang wajah Daniel Daryan. Tubir matanya mulai bertakung.

"jom balik Atiq, dah panas ni"

Atiq bangun dari ribanya.

"abang, jangan lah nangis, nampak tak handsome lah!"

Ujar Atiq, tangannya naik mengusap sisa air mata di pipi Daniel Daryan.

Daniel Daryan ketawa kecil. Hatinya terubat sedikit melihat Atiq menunjukkan sebaris giginya.

"okay okay, dah, jom kita pergi jalan jalan"

"bye Akak Zinnirah! Jangan risau, nanti Atiq jagakan Abang Daniel untuk akak okay?"

Dia mencium batu nisan itu lembut sebelum menarik tangan Daniel Daryan menuju ke kereta.

"Saya pergi dulu awak, Assalamualaikum"

Pamitnya sebelum mengambil tikar dan meninggalkan kawasan tanah perkuburan Islam itu.

Dia percaya, bahawa semuanya berlaku atas takdir tuhan, dan dia hanyalah hamba yang harus menerima semua ketentuanNya.

.
.
.
.


ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now