🤍19

1.5K 140 20
                                    




"Irah hilang?"

"ye ma"

Kata Daniel Daryan tenang. Tangannya sempat mencapai biskut susu yang dihidangkan Mak Temah sebentar tadi.

"habis? tak cari dia ke? tenang je daddy tengok kamu. Eh, kalau ikutkan dah lebih 24 jam tau dia hilang ni, sepatutnya Dan kena buat report polis dah"

"Daddy, mama. Kita dalam hal hal macam ni tokleh gelabah. Think positive orang kata"

Ujar Daniel Daryan. Matanya menangkap mata helang Tengku Raheem namun sengaja dia mengabaikannya.

"banyaklah kau punya think positive. Bini hilang kot, bukan phone, bukan duit. Isteri kau tu dik. Kau fikir senang ke nak cari isteri macam irah tu? one in a million"

"kalau macam tu, kau jelah cari dia. Aku dekat Itali dah tercabut lutut dah cari dia. Kau ingat Itali tu kecil macam KL? cakap senang lah"

Daniel Daryan tidak mahu mengalah. Sekali dibidasnya Danish Adryan.

Danish Adryan hanya mengabaikan kata kata adiknya. Asyik nak menang sahaja.

"habis takkan nak biar je? Cuba cerita kat mama macam mana dia boleh hilang? Dan biar dia sorang sorang ke?"

Daniel Daryan mengeluh. Sudu dan garfu diletak kasar.

"Ma. Dan, tak tahu ma. Sumpah. Dan tinggal dia sekejap je, ma. Alih alih dia dah takda. Ha nak salahkan Dan jugak ke? Menantu mama tu bukannya pandai jaga diri. Menyusahkan orang"

Katanya sebelum dia mengangkat punggung dan beredar dari situ meninggalkan Tengku Raheem, Tengku Baheera dan Danish Adryan terpinga pinga.

"adik kamu tu datang bulan ke?"

"entah. Ye la kot. Warna hijau"

🤍

Sudah hampir lima kali nama Ilya yang terpampar pada screen telefon milik Daniel Daryan. Namun buat kali kelima itu juga dia mengabaikan panggilan gadis itu.

"aduh kau nak apa lagi. Oh lord, serabut nya lah otak aku. Kau tak sedar lagi ke kau tu tempat aku lepaskan bosan? Disgusting shit"

Telefon nya ditukar kepada silent mode. Dia benar benar tidak mahu diganggu.

"I only want my Scherina. Nothing else. Her, and only her"

"But the only thing is, Zinnirah. Gosh kenapalah makcik tu wujud. Serabut. Menyusahkan. Tahu nangis, nangis, nangis. What so special about her? Entah entah parents aku yang kena santau tak?"

Entah buat kali keberapa Daniel Daryan menyoalkan keistimewaan gadis itu yang membuatkan ibu bapanya tertarik.

" ugh lepas satu, satu. Sekarang dah jadi satu kerja aku kena cari Irah. Mana lah budak ni pergi"

Telefon dicapai dan tepat pada masanya nama Ilya muncul di screen telefon . Dia mendecit perlahan.

"oh god ni lagi sorang, dah kalau orang tak angkat tu, tak angkat lah. Duk call banyak banyak kali. Buat habis credit kau jelah pompuan"

Telefon di off dan dimasukkan ke dalam laci. Semakin lama, semakin meluat dia dengan perempuan yang terhegeh hegeh mahukan dia.

Dan kerana itu lah dia tertarik pada Scherina. Gadis itu yang paling susah didapati. Jual mahal.

🤍

Dahinya berkerut. Baju yang tersarung dibaju diambil dan tangannya menyentuh material kainnya.

ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now