🤍1

1.5K 133 63
                                    

AKU menyarungkan tudung bawal setelah anak tudung dipakai. Kemudian diletakkan pin di bahagian atas tudung.

"wan, nampak rambut tak?"

Walaupun sudah dibelek entah kali keberapa, aku tetap bertanya pada wan.

"dah takde rambut dah, cantik cucu wan"

Aku tersengih. Lantas tangan wan dicapai.

"jom wan, nanti grab tinggal kita"

Wan ketawa melihatku. Itulah, sudah lama terperap dalam rumah, aku pun dah bosan juga lama lama.

Kami menuju ke arah grab car yang sedang menunggu.Sepatutnya, aku yang pimpin Wan, ini tidak, sebaliknya yang berlaku.

"dik, bawak kitorang pergi pekan ye dik"

Pesan wan pada abang grab car tersebut.

"alright maam!"

Mesra sahaja dia menyahut, kemudian aku merasakan yang kereta sudah mula bergerak.

Sepanjang perjalanan, aku hanya diam mendengar suara dj radio, tiba tiba aku merasakan pinggangku dicuit oleh wan.

"Irah, dah sampai"

Kata wan berbisik.

"oh yeke? Okay"

Aku mengambil tongkat dan beg, kemudian pintu dibuka oleh abang grab car. Macam mana aku tahu? Mana mungkin wan boleh bergerak laju untuk bukakan pintu untuk aku? Sudah semestinya abang itu yang tolong.

"terima kasih"

"sama sama dik"

Wan mencapai tangan aku.

"terima kasih ye dik!"

Laung wan.Terkejut aku dibuatnya.

"sama sama! Bagi 5 star tau maam!"

"ha okay!"

Wan menyahut semula.

"dah jom"

Wan memimpin tangan aku masuk ke pekan.
Dapat aku dengari suasana pekan yang mulai riuh dengan para pembeli. Meriahnya.

Wan menarik tangan aku, tanpa menunggu, aku hanya mengikut sahaja langkah wan.

Pintu dibuka, dan aku ditarik masuk kedalamnya.
Sejuk. Aircond yang terpasang di dalam kedai itu membuatkan aku terasa nak tidur.

"duduk sini Irah"

Aku akur, diraba kerusi yang ada di situ.

"dik, ambil yang bawah sekali ni"

"yang ni ke puan?"

"aah, yang tu yang tu"

Kata wan kepada kakak yang ada disitu.

Tiba tiba, tangan aku dicapai lembut oleh wan, terasa disarungkan sesuatu pada jari manisku.

"cantik,macam cucu wan"

Bisik wan sendiri.

"Irah, tak lama lagi Irah dah nak jadi isteri orang , wan teringin sangat nak belikan cincin ni untuk Irah"

"apa wan merepek ni? Tak perlu susah susah wan, Irah tak perlukan semua tu, cukup Irah tengok Wan dengan atuk sihat pun dah cukup"

Kata aku. Memang benar. Apa yang aku nak dalam dunia ni hanya satu,iaitu tengok wan dan atuk sihat sentiasa macam sekarang.

"iya sayang, Wan nak belikan cincin ni untuk Irah, tak lama lagi kan, biarlah cincin ni jadi kenangan Irah kalau wan dah takde kat sisi Irah nanti"

Aku mulai sebak. Wan ni, kut ya pun tunggu lah dirumah, malu pula aku nak menangis kat sini.

"wan ni, jangan lah cakap macam tu, Irah tak pergi mana pun lah wan"

Kata aku. Wan mengusap jari manisku yang sudah disarungkan cincin.

"dik, makcik nak yang ni ye dik"

Aku yang mendengar kata wan itu membantah,

"wan, mahal lah cincin tu, nanti kan Irah dapat cincin tunang tu lagi, tak payah lah wan"

"ish budak ni, wan dah lama kumpul duit nak belikan Irah cincin tu, biarlah sekali sekala wan nak bagi kat Irah"

Aku hanya diam. Memikirkan 3 bulan yang akan datang membuatkan aku tak senang duduk. Siapalah yang malang tu nak memperisterikan aku yang buta ni.

🤍

"a, ba, ta, ta, a, ba"

Suara kanak kanak kecil yang mengisi ruang rumah ini membuatkan aku tersenyum. Tak mampu melihat, dengar sahaja suara suara comel mereka sahaja membuatkan hati aku berbunga.

"ustazah! Adam berakkk!"

Aku diam, mencari bau, rupanya bau itu dekat sangat dengan aku, sebelah je.

"mana adam? Pegang tangan ustazah"

Tangan kecil itu mengenggam tangan aku.

"adam, kenapa tak bagitau ustazah adam sakit perut?"

"adam malu lah ustazah"

Aku ketawa kecil. Kecil kecil pun dah tahu erti malu. Pandai ibu ayah dia didik, ini mesti dekat rumah nak buang air mesti sendiri sendiri. Kalau aku dulu, nak buang air wajib bagitau wan.

"dah adam, bawa ustazah pergi bilik air kat luar tu, ustazah teman adam ya"

Lantas tangan kecil itu memimpin aku perlahan lahan, sampai sahaja di luar, aku menyuruh adam buka seluarnya, jangan risau, masih pakai pampers lagi. Mungkin ibu ayah dia bimbang dia berak dalam seluar terus.

Selesai sahaja mencuci, adam memimpin aku semula masuk ke dalam.

"ustazah! Jomla kita nasyid lagu nama rasul tu, besttt!"

Jerit Afya. Paling riuh dikalangan kanak kanak ini.

"betul ustazah!"

"bolehla ustazah cantikk!"

"bolehlaa ustazah!"

Semakin lama semakin riuh, membuatkan suasana semakin bingit.

"baiklah baiklah, kita nasyid lagu tu sama sama ya, ustazah kira, satu, dua, tiga,"

"Adam idris nuh hud solleh, ibrahim luth ismail..." Dan berlanjutan lah sehingga ke akhirnya, aku tersengih gembira, walaupun hidup yang serba sederhana, namun hadirnya insan insan seperti mereka membuatkan hidupku kembali bercahaya.












Andai masa boleh diputar semula


ZINNIRAH [C] Where stories live. Discover now