Bab 4'

1K 41 2
                                    

Jangan lupa vote dan tinggalkan comment :)




.


Farhan terkejut apabila ada seseorang wanita tiba-tiba melintas di hadapan keretanya Dia terus menekan brek. " Ya Allah ! " Pantas Farhan keluar dari keretanya. Dia melihat seorang wanita sedang mengerang kesakitan. 

" Cik tak apa-apa ke ? " tanya Farhan. Wanita itu hanya mendiamkan diri. Farhan lihat tangan dan kaki wanita itu berdarah.

" Biar saya bawa cik ke hospital " kata Farhan lagi. Perasaan bersalah terpahat dalam hatinya. Baru sebentar tadi dia menghantar Sara ke fakulti. Tak sangka perkara ini akan terjadi. Ini semua salah dirinya. Cuai !

" Tak apa,  sikit saja ni " Wanita itu cuba bangun tetapi tidak boleh. Luka di kaki menghalang dirinya untuk bangun. Dahinya berkerut menahan kesakitan.

" Ini salah saya. Saya minta maaf. Lebih baik kita pergi hospital " pujuk Farhan agar wanita itu setuju untuk pergi ke hospital.

" It's okay. Semua ni salah saya. Saya yang tidak berhati-hati "

" Walau apapun, cik mesti ke hospital. Luka ni perlu diletakkan ubat, takut nanti dijangkiti kuman " tegas Farhan. Wajah wanita itu direnungnya.

Wanita itu terdiam seketika. Akhirnya perlahanlahan dia menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju dengan kata-kata Farhan. " Tapi encik bawa saya ke PKU sudah la " 

" Okay " Farhan memapah wanita tersebut sehingga masuk ke dalam keretanya.

" Terima kasih "

"Sama-sama. Lagipun perkara ni terjadi disebabkan kecuaian saya. Saya minta maaf, cik..  ?" 

" Rasha. Nama saya Rasha " Rasha tersenyum.

" Ya cik Rasha. Saya minta maaf sekali lagi " membalas senyuman wanita itu.




.




Sara bergegas ke Pusat Kesihatan Universiti apabila menerima panggilan daripada Farhan. Dia terkejut apabila Farhan memberitahu yang dia terlibat dengan kemalangan selepas menghantar Sara ke kuliah.

Mata Sara melirik ke pelbagai sudut untuk mencari kelibat Farhan. Dia benar-benar risau. Adakah Farhan cedera ? Teruk ke cederanya ?

" Sara "  panggil Farhan. Sara pantas menoleh ke arah panggilan tersebut. Farhan melambai ke arahnya.

Sara mempercepatkan langkahnya menghampiri Farhan yang sedang duduk di tempat menunggu.

" Abang tak apa-apa ke ? " tanya Sara.

" Abang okey saja. Perempuan yang abang langgar tadi yang cedera sikit "

" Dia di mana ? " 

" Masih di dalam bilik. Doktor tengah buat pemeriksaan "

" Macam mana boleh jadi ? " soal Sara lagi.

Belum sempat Farhan menjawab pertanyaan tersebut, tiba-tiba saja Farhan bangun kemudian mendekati seseorang. Sara menoleh. Dia terkejut melihat wanita yang sedang dipapah oleh Farhan.

" Apa kata doktor ? " tanya Farhan sambil membantu Rasha berjalan. Luka di tangan dan kakinya dibalut.

" Sikit saja. Tiga atau empat hari nanti baiklah "  jawab Rasha dengan lembut.

Sara kaku melihat Rasha dipapah oleh Farhan. Lidahnya kelu. Wajahnya berubah pucat. Kehadiran Rasha benar-benar membuat hatinya bertambah risau.

" Sara " tegur Rasha lembut.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now