Bab 44'

761 30 2
                                    

Happy reading!



.



"CIK MUDA, kalau tuan muda tahu kita menghendap dia dating, pasti dia marah." Qhairina bersuara.

"Kalau dia tak tahu, dia takkan marah." Dania tersenyum. Matanya tepat memerhati gelagat pasangan yang berada tidak jauh dari meja mereka. Noah hanya menggelengkan kepalanya. Tadi Dania kata ada urusan penting yang perlu diuruskan, rupa-rupanya ini urusan pentingnya. Menghendap Dariel dating? 

"Order cepat. Kamu berdua nak makan apa, saya belanja." Dania tersenyum sambil membetulkan cermin mata yang dipakainya. 

"Cik muda, telefon" beritahu Noah apabila mendengar telefon bimbit Dania bergetar. 

"Atuk. Biarlah. Malas saya nak jawab." Dania langsung tidak mempedulikan panggilan tersebut. Matanya masih lagi memerhatikan gelagat Dariel dan Sara. Dia gembira melihat Dariel yang sentiasa tersenyum dan ketawa apabila bersama Sara. Dia yakin Sara sesuai dengan Dariel jika dibandingkan dengan wanita lain yang sentiasa memburu cinta adiknya itu. Tiba-tiba telefon bimbit Noah berbunyi. Noah terkejut melihat nombor telefon yang tertera di skrin telefon bimbitnya. 

"Tan Sri." Noah menunjukkan telefon bimbitnya kepada Dania. Air mukanya berubah. 

"Ala, kamu ni Noah" Dania terus mengambil telefon bimbit Noah kemudian mematikannya. 

"Macam ni kan senang." Dania memberikan kembali telefon bimbit tersebut kepada Noah. 

"Cik muda!" Bulat mata Noah apabila Dania mematikan telefon bimbitnya. 'Pasti selepas ini Tan Sri akan memarahi aku.' Noah gelisah.

"Jangan bimbang." Tiba-tiba telefon bimbit Qhairina pula berbunyi. Wajah Qhairina berubah sebaik saja melihat nombor telefon tertera di skrin telefon bimbitnya. Perlahan-lahan Qhairina melihat ke arah Dania. Dania tersenyum pantas dia mencapai telefon bimbit Qhairina kemudian mematikan telefon bimbit tersebut. 

"Cik muda!" 

"Mood saya tengah baik ni. Saya tak nak sebarang gangguan. Pasal atuk saya tu, biarkan saja. Hmmm... Noah, Qhairina. Kamu rasa Dariel akan berterus-terang dengan Sara tak?" Dania cuba mengubah topik perbualan. 

"Ya" jawab Qhairina tanpa berfikir dengan lebih panjang. Noah hanya mendiamkan diri. 

"Bagi pendapat saya, tak." 

"Kenapa cik muda cakap macam tu?" Qhairina hairan. 

"Saya kenal sangat dengan perangai adik saya. Kamu lihatlah nanti." Dania tersengih. 'Berani ke Dariel nak berterus-terang? Tak! You love her, Dariel.' 



.



"TAHNIAH" ucap Dariel sambil tersenyum. Hatinya gembira sebaik saja dapat berjumpa dengan Sara. Sudah beberapa hari mereka tidak berjumpa. Semua ini disebabkan temu bual yang ingin diaturkan oleh Sara. Dariel hilang semangat untuk berjumpa dengan Sara. Dia bimbang jika rahsianya terbongkar. 'Malam ni, aku dah bertekad. Aku mesti berani berterus-terang. Sampai bila aku nak larikan diri?' 

"Belum lagilah. Interview saya dengan tuan muda tak selesai lagi. Perangai tuan muda tu peliklah. Apabila saya nak jumpa dia saja, macam-macam alasan dia beri. Buat saya geram, awak tahu tak? Saya tahulah dia tuan punya syarikat, tapi apa salahnya kalau beri kerjasama? Interview saya tak ambil masa lama pun, rasanya tak sampai pun dua puluh minit. Susah sangat ke nak luangkan masa? Anak orang kaya memang macam tu, tak pernah faham kesusahan orang lain." Sara meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Selama ini dia hanya pendamkan rasa. 

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now