Bab 53'

1.1K 28 4
                                    

DANIA membaca kandungan fail yang diberikan oleh Suria sebentar tadi. Dahinya berkerut membaca laporan kewangan hotel di Pulau Redang. Dania mengeluh. Tiba-tiba pintu bilik pejabatnya diketuk. Medina tersenyum sebaik saja masuk.

"Mimpi apa kau semalam? Tiba-tiba datang jumpa aku."

"Kenapa? Kalau nak datang jumpa kau, aku kena mimpi dulu ke?" balas Medina. Dia terus duduk tanpa dipelawa. Dania hanya menggelengkan kepalanya. Dia pasti ada sebab kenapa Medina datang ke pejabatnya.

"Dania, kau sibuk ke?" tanya Medina.

"Kalau aku cakap sibuk, kau nak balik ke?" tanya Dania sarkastik.

"Eee... Kau ni, teruklah. Tetamu datang bukannya kau nak layan, dingin je," kata Medina dengan nada suara merajuk.

"Yalah... yalah, jangan la merajuk. So, apa halnya?"

"Botol ubat kau mana? Aku nak tengok la. Keluarkan." arah Medina.

"Kenapa?" tanya Dania hairan.

"Ala... Ikut je cakap aku. Kenapa? Ada sesuatu yang kau nak sorokkan daripada aku ataupun ubat yang ada kat kau selama ni, kau tak makan langsung. Bukannya sehari dua aku kenal kau. Semua benda kau tak takut kecuali ubat. Asal makan ubat, kau liat je. Ada saja alasan kau. Aaa... Apa lagi, bagi botol ubat kau tu, aku nak tengok." Medina mula membebel.

"Kau ni membebel macam mak neneklah." Dania meletakkan beg tangannya ke atas meja. Dia mengeluarkan dua botol ubatnya.

Pantas Medina mengambil botol ubat itu dari tangan Dania lantas dia menggoncang botol ubat itu. Banyak lagi ubat.

"Banyak lagi ni. Betul ke kau makan ubat ni ikut masa?" serkap Medina.

"Aaa... Aku baru je ambil ubat ni hari ini. Aku belum makan lagi. Belum sampai waktunya."

"Ye ke? Boleh percaya ke? Kau nak kelentong aku ke, Dania?"

"Dina, kau ni... Kalau kau tak percaya, kau boleh check. Lagipun kau kan yang suruh mereka call aku datang ambil ubat sebab ada ubat yang perlu ditukar." Mata Dania masih menatap fail itu. Air muka Medina berubah. Dahinya berkerut. Pelik. Medina hairan kerana dia tidak pernah mengeluarkan arahan seperti itu.

"Mana botolnya? Maksud aku, ubat baru kau tu"

"Kenapa ni, Dina?" Dania sedar akan perubahan pada wajah sahabatnya itu. Something goes wrong.

"Where is it?" tegas Medina. Dia mula gelisah.

"This one." Dania memegang botol berwarna putih itu. Pantas Medina mengambilnya lalu membuka penutup. Dahinya berkerut. 'Kenapa warna pil ni lain? Pil Dania warna kuning tapi pil yang aku ambil kat Lucy pagi tadi warna merah.'

Medina mula tidak sedap hati. Tiba-tiba Medina bangun. "Botol ubat kau ni aku ambil dulu dan kau makan ubat yang aku bawa ni."

"Kenapa ni kenapa Medina? Ada yang tak kena ke dengan ubat tu?"

"Kau ikut je cakap aku. Dengar tak?" kata Medina lalu terus memasukkan botol ubat Dania ke dalam begnya. Dia segera bangun.

"Dengar. Kau ni kenapa? Macam nampak hantu saja." Dania rasa pelik dengan perangai Medina.

"Aku nak pastikan sesuatu. Aku balik dulu. Nanti kita jumpa lagi. Jaga diri kau tu" Seusai berpesan Medina terus bergegas keluar.

Dahi Dania berkerut. Dia tak faham langsung apa yang berlaku.




.




LANGKAH Sara terhenti apabila melihat Dariel dan Rasha berada di dalam lif yang sama. Riak wajah Sara berubah apabila melihat mereka berdua.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now