Bab 17

735 31 5
                                    

Telefon Arman berdering.

"Dariel ada tak ?" tanva pemangail tersebut tanpa memperkenalkan diri terlebih dabulu.

"Siapa ni ?" tanya Arman lagi. Setahu Arman, tiada siapa yang tahu Dariel tinggal di rumahnya.

"Kak Dania ni. Man, boleh tak Man tolong panggilkan Dariel sekejap ?"

Bulat mata Arman sebaik saja nama Dania disebut, 

"Aaa... Tu... Tunggu sekejap, ya" Tiba-tiba saja Arman menjadi gagap. Air mukanya berubah.

"Kau ni Man, bila pula kau tiba-tiba saja jadi gagap ?" Dariel ketawa.

"Dariel, cepatlah ! Panggilan ni untuk kau !" Wajah Arman serius.

"Siapa ?" tanya Dariel hairan. Dia teragak-agak untuk menjawabnya.

"Cepatlah !" kata Arman lagi.

Perlahan-lahan Dariel bangun kemudian menghampiri Arman yang masih memegang telefon.

"Cepat cakap !" Nada suara Arman separuh berbisik sebaik saja dia memberi telefon tersebut kepada Dariel.

"Siapa ?" tanya Dariel lagi. Dia masih ingin tahu siapa yang menelefonnya.

"Kau jawab sajalah"

"Heee... Hello..." Kali ni giliran Dariel pula tergagap-gagap. Hatinya rasa berdebar-debar. Wajahnya sudah berubah pucat.

"Dariel ingat atuk ke yang telefon ?" Dania tiba-tiba saja ketawa. Lucu apabila dengar suara adiknya yang tergagap-gagap.

Dariel menarik nafas lega sebaik saja mendengar suara kakaknya.

"Aduh, hampir luruh jantung Dariel dibuatnya. Man ni pun satu ! Bukannya dia nak beritahu siapa yang telefon. Buat saspens je" Dariel melihat ke arah Arman yang sedang ketawa melihat telatahnya sebentar tadi.

"Kalau atuk, dia tak mainlah nak call macam ni. Awal-awal lagi dia dah muncul depan pintu rumah Arman" usik Dania.

"Kak, jangan disebut nama atuk. Nanti tak pasal-pasal atuk betul-betul ada depan pintu rumah disebabkan mulut akak yang masin tu" Gerun rasanya apabila nama atuknya disebut.

"Jangan risau. Atuk takkan dapat cari Dariel. Kak dah uruskan segalanya. Just enjoy yourself" beritahu Dania sambil melangkah keluar dari pejabatnya. Noah dan Zamri mengiringi Dania sebaik saja dia keluar dari bilik pejabatnya.

"Betul ke ?" Dariel tersenyum. Lega sikit hatinya apabila mendengar kakaknya berkata seperti itu.

"Ya, But when I need you, you have to come back home" kata Dania.

"Okay tapi..." Dariel tiba-tiba teringat sesuatu. Matanya terus menjadi bulat.

"How do you know I'm here?"

"I'm your sister, right ? Bye ! Have a nice vacation" kata Dania sebelum menamatkan perbualan mereka.



.



Arman menggelengkan kepalanya berkali - kali apabila melihat Dariel yang masih termenung.

Pinggan yang berisi nasi goreng yang dimasaknya sebentar tadi tidak dijamah langsung oleh Daniel. Selepas menerima panggilan telefon daripada kakaknya semalam, Dariel asyik memerap saja di rumah seolah-olah ada sesuatu yang bermain dalam fikirannya.

"Dariel, kau ni kenapa ?"

Tiada reaksi daripada Dariel. Dia seperti hanyut di dalam dunianya sendiri. Pertanyaan Arman tidak dijawabnya.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now