Bab 9'

863 46 17
                                    

Happy reading, jangan lupa vote !! 


.


" Kak Suraya ! Sara ada banyak kerja yang belum siap, assignment dan projek pun belum siap lagi. Abang Nazim sayang dekat Kak Suraya saja, tak ada orang lain " kata Sara untuk meyakinkan kakak sepupunya itu.

" Kau muda lagi. Kau tak faham. Cakap mereka, satu pun tidak boleh percaya " Mata Suraya meliar ke kiri dan ke kanan mencari kelibat tunangnya. Setiap sudut di restoran tersebut diperhatikannya.

Sara mengeluh. " Kalau Kak Suraya tak percaya dengan lelaki, kenapa bertunang pula dengan Abang Nazim ? Baik jadi andartu saja " kata Sara selamba.

" Budak ni ! Ingatkan bawa dia ikut sekali bolehlah hilangkan kusut di kepala ini. Tapi ditambahnya lagi "

" Ya la, yang Kak Suraya percaya cakap Mak Leha tu buat apa ? Dia kan suka bergosip. Suka masuk campur rumah tangga orang. Banyak rumah tangga orang retak disebabkan mulut Mak Leha tu, takkan Kak Suraya tak tahu ? Kepercayaan merupakan salah satu perkara penting dalam perhubungan. Tanpa kepercayaan antara satu sama lain, ia tak akan menjamin kebahagiaan " Sara sudah mula berceramah.

" Kau pernah bercinta ke ? Tak pernah kan ? " Bulat mata Suraya merenung adik sepupunya itu.

Sara mencebik mulutnya.

" Nanti bila kau dah bercinta, kau rasalah apa aku rasa. Perasaan kau sama saja macam aku sekarang. Aku perlu tahu kebenarannya, baru hati aku senang. Itu sahaja "

Sara mengeluh. Dia terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada ibunya. Tiba-tiba saja ibu suruh dia pulang ke rumah. Katanya kecemasan. Setibanya di rumah, belum sempat melangkah masuk ke dalam rumah, kakak sepupunya terus menariknya masuk ke dalam kereta tanpa apa-apa penjelasan sehinggalah mereka tiba di Sabah. ' Ini kerja gila namanya. Macam dia saja yang ada masalah ? Aku ni ? Apa Abang Farhan sedang buat sekarang ? ' Sara melirik matanya ke arah kakak sepupunya. Masalah betul dia ni !

" Itu dia ! " kata Suraya dengan nada separuh menjerit. Matanya tepat memandang kepada tunangnya yang duduk dengan seorang wanita. Suraya terus bangun tapi sempat ditahan oleh Sara.

" Kak Suraya, kita tunggu dan lihat dulu. Mana tahu perempuan tu kawan dia ke ? Ataupun rakan sekerja dia ke ? " kata Sara sewaktu melihat Abang Nazim berbual dengan wanita yang duduk berhampiran dengan meja mereka.

" Tapi... Dia... " Mata Suraya mula berair. Tidak sangka Nazim sanggup menduakan dirinya. Kenapa ? Adakah Nazim tidak mencintai dirinya lagi ? Datang ke Sabah sebab urusan perniagaan konon. Rupa-rupanya datang untuk berfoya-foya. Hati Suraya rasa sakit.

" Kak Suraya, jangan buat kecoh di sini. Kita lihat apa yang berlaku dulu. Jangan ikutkan perasaan " nasihat Sara. Tangannya masih setia memegang tangan Suraya.

Suraya mengeluh. Dia kembali duduk di kerusinya. Anak matanya masih tepat memerhati pasangan yang tidak sedar yang diri mereka sedang diperhatikan, Secawan air kopi yang dipesannya sebentar tadi diteguk beberapa kali. Dia berasa sangat gelisah dan bimbang. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba Suraya bangun.

" That's it. Aku sudah tak tahan " Pantas Suraya melangkah ke meja yang diduduki tunangannya.

Sara terkejut dengan tindakan Suraya lantas Sara mengejar langkah kakak sepupunya.

"Ooo... Sekarang baru Suraya faham kenapa abang kata urusan perniagaan di sini penting" Suraya mengetap bibirnya menahan marah sebaik saja tiba di meja tunangnya.

Nazim terkejut dengan kemunculan Suraya. Dia bangun. Wanita yang berada di hadapannya tercengang. " Suraya ! "

" Kenapa ? Abang ingat abang dapat perbodohkan Suraya selamanya ? Sampai hati abang layan Su macam ni ! Abang tak cintakan Su lagi ke ?" kata Suraya sambil menangis teresak-esak. Sara yang berada di sisi Suraya hanya mendiamkan dirinya. Aduh, parah ni !

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now