BAB 36

775 29 5
                                    

Hi !



.



Perlahan-lahan Dania membuka matanya. Putih ! Dania menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada sesiapa pun. Dania bangun kemudian menundukkan kepalanya seketika. Dania cuba mengingati apa yang berlaku semalam.

Tiba-tiba Dania teringat akan Qhairina. 

"Qhairina !" jerit Dania. Pantas Dania mencabut jarum di tangannya lalu turun dari katil.

"Cik muda" kata Noah yang terkejut apabila melihat Dania yang sedang bangun dari katil. Baru sebentar tadi dia keluar kerana menjawab panggilan Tan Sri Tengku Hassanal yang sedang mencari Dania. Pantas Noah menghampiri Dania.

"Noah, Qhairina macam mana ? Dia macam mana ?" soal Dania berulang kali. Dia masih risau tentang Qhairina.

"Qhairina selamat" kata Noah. Dia cuba menenteramkan hati Dania. Wajah wanita itu direnung. Wajah Dania pucat lesi.

"Betul ke, Noah ?" tanya Dania lagi untuk kepastian.

"Ya, cik muda"

"Alhamdulillah..." Dania menarik nafas lega. Dania tersenyum.

"Saya nak melawat Qhairina"

"Tak boleh, cik muda. Doktor Haidar pesan cik muda tak boleh banyak bergerak kerana badan cik muda masih lemah" Noah menahan Dania untuk keluar dari bilik.

"I need to see her"

"Tak boleh. Lagipun Qhairina berada di Hospital Ampang, manakala cik muda berada di Hospital Anastasia. Doktor Haidar nak cik muda menerima rawatan di sini. Tentang Qhairina, cik muda jangan risau. Saya telah arahkan Zamri dan beberapa orang pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan Qhairina"

"Hmmm... Kalau begitu, baiklah. Tetapi saya tetap akan melawat Qhairina" Dania masih berdegil.

"Baiklah"

"Penembak tu ? Kamu dah dapat tangkap ke belum ?" tanya Dania. Dia teringat kembali peristiwa semalam. Jika tak kerana Qhairina, pasti dia sudah mati.

"Belum. Saya dah arahkan Razin mencarinya. Jangan bimbang, kita akan dapat menangkap penembak itu"

"Hal ni kamu dah laporkan kepada ASP Luqman ?" tanya Dania lagi. ASP Luqman merupakan sahabat baik arwah bapanya.

"Sudah. Saya dah laporkan perkara ni kepada ASP Luqman. Dia akan siasat perkara ini" beritahu Noah. Dia sudah memaklumkan kejadian itu kepada ASP Luqman semalam. Setiap kali perkara seperti itu berlaku, mereka akan melaporkan perkara itu kepada ASP Luqman untuk menyiasat secara senyap agar tidak diketahui pihak tertentu.

"Nampaknya pasti Uncle Malik sudah tahu saya telah tahu segalanya. Johari ? Dia di mana ?" 

"Hilang. Selepas tembakan itu, dia hilang entah ke mana. Zamri dah cari di sekitar kawasan tu, tapi dia sudah tiada. Mungkin dia takut"

Dania memejamkan matanya. Nampaknya segala rancangannya telah gagal. Jika Johari berpihak kepadanya, semua ini takkan berlaku lagi. 'Apa yang berlaku kepada Qhairina semalam, aku takkan biarkan begitu saja. Mereka akan terima balasannya'

"Noah ! Suruh Suria sediakan profil tentang syarikat Alliance yang akan dibeli oleh Uncle Malik" arah Dania. Dia tahu Dato Malik cuba membeli syarikat IT di Singapura.

Banyak duit telah Dato Malik laburkan untuk membeli syarikat itu. 'Aku akan pastikan syarikat tu menjadi milik aku'

"Baiklah !"

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now