Bab 6'

944 37 2
                                    

Jane tersenyum apabila melangkah masuk ke dalam kediaman Dariel. Sebelum dia masuk tadi, dia lihat kereta Dariel diparkir di luar. Maknanya sekarang ini Dariel ada di rumah. Lagipun dia baru dapat tahu yang Malaika ada mesyuarat di Sabah selama seminggu. Inilah peluang dia untuk bersama dengan Malaika. Kehadiran Malaika benar-benar mengganggu perhubungannya dengan Dariel.

" Mak Hawa ! Mak Hawa ! " jerit Jane. Dia mencari kelibat orang gaji di kediaman tersebut. ' Mana orang tua ini ? Pekak ke ? '

Mak Hawa bergegas keluar dari dapur apabila mendengar namanya dipanggil. Makan malam yang sedang dimasak ditinggalkan. Langkah Mak Hawa terhenti apabila tiba di ruang tamu. Dia melihat wanita yang duduk di atas sofa sambil menyilangkan kakinya sehingga menampakkan pahanya yang putih gebu. Skirt yang dipakai benar-benar pendek.

" Pekak ke ? Atau curi tulang ? " marah Jane.

" Mak Hawa tengah masak tadi, Cik Jane "

" Alasan " kata Jane. Mak Hawa terdiam.

" Hah, tunggu apa lagi. Buatlah air. Itu pun kena suruh ke ? Makan gaji buta ke ?! " jerit Jane.

Mak Hawa terkejut. Sepanjang dia bekerja di sin; tidak pernah ada sesiapa pun menjerit kepadanya sebegitu. Patutlah Dania tidak suka perempuan ini mendekati Dariel.

" Mak Hawa, apa halnya ? " Suria tiba-tiba muncul, Sewaktu. dia menuruni tangga, dia terkejut apabila mendengar jeritan seseorang.

Bulat mata Jane apabila melihat Suria berada dj situ. ' Kenapa setiausaha Kak Malaika ada di sini ? Bukan ke dia sepatutnya ikut Kak Malaika ke Sabah ? ' Mata Jane tepat memandang lelaki yang berada di sebelah Suria. Shiela terus bangun.

" Tak mungkin " kata Jane. Kalau ada Noah, maksudnya...

Noah hanya memandang Jane. Tiada secalit senyuman pun di wajahnya.

" Suara siapa yang nyaring sangat ni ? " Dania tiba-tiba berada di sebelah Noah.

Wajah Jane terus berubah pucat. Peredaran darahnya seolah-olah terhenti apabila berhadapan dengan Malaika. Lidahnya kelu.

" Ooo... Jane ke ! " Dania tersenyum melihat kehadiran Jane.

" Eh, Kak Malaika ! "

" Nak jumpa Dariel ke ? " tanya Dania. Dia sudah tahu tujuan sebenar Jane ke rumahnya. Mesti nak jumpa Dariel. Siapa lagi ?

" Eh... Dia tidak ada " jawab Dania dengan ringkas.

" Ohh... " Jane rasa kurang senang dengan renungan Malaika terhadapnya.

" Mak Hawa sebahagian daripada keluarga ini. Jane tentu tahu, kan ? Sepanjang Mak Hawa bekerja di sini, tiada siapa pun pernah tinggikan suara kepadanya termasuk Dariel " kata Dania dengan tegas. Dia kurang senang dengan sikap Jane.

" Ya. Mak Hawa, Jane minta maaf " Jane faham apa yang Malaika cuba sampaikan kepadanya.

" Mak Hawa boleh sambung memasak di dapur. Biar Dania layan tetamu ini " kata Dania sambil menoleh ke arah Mak Hawa dan tersenyum.

Mak Hawa menganggukkan kepalanya sebagai tanda akur akan arahan Dania. Dia segera beredar dari situ.

" Betul ke cinta Jane kepada Dariel tulus dan ikhlas ? " tanya Dania secara tiba-tiba. Langkah diatur dengan perlahan-lahan.

Jane terkejut dengan pertanyaan Malaika. ' Apa maksud Kak Malaika ? '

Suria dan Noah hanya menjadi pemerhati.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now