Bab 20

840 29 6
                                    

Dariel membetulkan rambutnya. Rimas ! Ini semua gara-gara Arman la.

"Hei Arman ! Ini fashion rambut apa ni ? Aku cakap potong rambut macam biasa saja. Ni apa ?" Dariel menunjukkan rambutnya.

"Style sekarang la !  Potong rambut macam ni barulah ada style. Kau dah nampak macam orang Korea la" Arman ketawa melihat gelagat Dariel yang sejak tadi asyik membelek rambutnya selepas keluar dari salon.

"Aku ni orang Malaysia lah ! Bangsa Melayu. Kau bandai-pandai saja beritahu tukang rambut tu potong rambut macam ni. Mentang-mentanglah aku tertidur sekejap tadi" kata Dariel. Dia terkejut apabila sedar saja daripada tidur, dia melihat rambutnya telah dipotong sebegitu.

"Tengok tu ! Semua perempuan dekat sini asyik pandang kau je. Tu... Sampai tak berkelip biji mata pun ada" kata Arman. Setiap kali mereka melintas kedai yang terletak di dalam pusat membeli-belah tersebut, ada saja mata yang memerhati mereka. Kehadiran Dariel sangat menarik perhatian di situ. Siapa tak terkaku apabila melihat Si Dariel ni ? Kacak, kaya dan bijak. Ramai perempuan suka dekat dia tapi hampeh, seorang pun tidak dilayannya. Entah puteri dari mana yang ditunggunya !

"Aku tak hairan. Ni ! Kalau atuk aku tengok, mahu pengsan dia dibuatnya" kata Dariel.

"Sebut pasal atuk kau, dah seminggu kau dekat sini, kan. Kau tak call ke atuk kau ?" tanya Arman.

"Malas ! Nanti belum sempat aku nak cakap, terus dia marah kat aku. Tak naklah aku" kata Dariel. Dia sudah boleh hafal ayat-ayat atuknya.

"Kau betul-betul putus hubungan dengan mereka ? Hal kat Malaysia, kau langsung tak ambil tahu ke ?" tanya Arman lagi.

"Sementara saja. Aku nak bercuti. Nak tenangkan fikiran. Malas nak fikir hal-hal macam ni" kata Dariel lagi.

"Kau ni memang degillah. Ni.. bila kau nak balik Malaysia ?"

"Amboi... Bunyinya macam nak halau aku saja" Dariel menoleh ke arah Arman.

"Kau ni sensitif betul. Aku tanya sebab nak tahu berapa lama kau kat sini. Nanti bolehlah aku bawa kau jalan jalan kat sini" terang Arman. 'Cucu dengan atuk sama saja. Dua-dua sensitif sangat !'

"Ala... Aku melawak saja. Tengoklah dulu macam mana. Aku tak fikir lagi" jawab Dariel. 

"Kau ni asyik malas nak berfikir saja. Beku otak kau nanti, baru kau tahu" kata Arman sambil tersengih.

"Man, kau ni memang tak sayang mulut kan" Dariel mengetap bibirnya. Sebenarnya dia rindu kepada kakak dan atuknya. Tetapi disebabkan egonya, dia terpaksa menahannya. Rindu nak gaduh dengan atuk.



.



Sebaik sahaja melangkah ke dalam Restoran Suria, Sara membetulkan gaun merah jambu yang baru dibelinya semalam. Hatinya berbunga riang sejak menerima panggilan daripada Abang Farhan semalam. Semalaman dia tidak boleh tidur kerana tidak sabar menanti perjumpaan pada hari ini. Kata Abang Farhan, ada perkara penting yang ingin dia beritahu kepada Sara. 

Katanya lagi, perkara ini berkaitan dengan kebahagiaannya dan ingin berkongsi dengan Sara. Sara pasti Abang Farhan ingin meluahkan perasaan kepadanya. Dia yakin selama ini Abang Farhan juga menaruh perasaan terhadapnya cuma malu hendak meluahkannya. Ah, bahagianya. Nampaknya cinta Sara terhadap Farhan tidak bertepuk sebelah tangan rupanya. Senyuman di bibir Sara masih tidak lekang sejak dia keluar dari asramanya. Matanya melirik ke kiri dan ke kanan mencari kelibat kekasih hatinya. 

"Sara !" laung Farhan sambil melambai ke arah Sara sebaik saja nampak gadis itu berdiri tidak jauh darinya. Pantas Sara mengatur langkah menghampiri orang yang berjaya menawan hatinya.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now