Bab 23'

755 36 9
                                    

Noah menghampiri Dania. 

"Macam mana ? Cik tu dah naik kapal terbang ke ?" tanya Dania sebaik saja nampak kelibat Noah.

"Sudah. Cik muda, saya baru dapat panggilan telefon sebentar tadi. Encik Zakaria, Pengurus Maple Corporation Oil baru meninggal dunia pukul empat petang tadi" beritahu Noah.

"Apa ?!" Dania terkejut besar. Baru semalam dia berbual dengan Zakaria melalui telefon.

"Tempah tiket ke Sabah sekarang dan beritahu atuk yang saya tak dapat nak menjemput orang VIP tu kerana ada urusan penting yang harus saya uruskan" kata Dania.

Noah menganggukkan kepalanya kemudian segera beredar dari situ. Dania beralih pandangannya kepada Emir yang masih lagi berdiri di situ. Dahinya berkerut.

Dania tersenyum. 

"Tak payah you nak kusutkan fikiran you, hakikatnya kita akan berjumpa lagi. Babai !" Dania terus beredar dari situ, meninggalkan Emir yang masih terpinga-pinga.



.



Emir menghempaskan diri ke atas katil. Fikirannya masih lagi memikirkan tentang wanita tadi. 'Kenapa dari tadi aku asyik ingatkan perempuan tu ? Siapa dia ? Mustahil dia salah seorang daripada bekas teman wanita aku sebab mereka semua jangan haraplah nak bertudung litup macam perempuan tadi. Pakaian kalau tak terbelah dan terdedah sana dan sini tak sah.

Kenapa aku tak boleh lupakan wajah dia ? Cantik ! Apabila tersenyum, lesung pipit di kedua-dua belah pipinya menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Hesy... Aku ni kenapa ? Dah angau ke ? Dia kata dia kenal aku tapi aku tak kenal dia !'

Hairi menggaru kepalanya beberapa kali. 'Pening ! Suaranya macam aku pernah dengar sebelum ni'

Tiba-tiba mata Emir tepat memandang bingkai gambar yang berada di atas meja kecil di sebelah katilnya. Bulat matanya melihat gambar itu. Pantas Emir bangun lalu mencapai gambar itu. 'Kenapa gambar perempuan ni boleh ada di sini ? Takkanlah...'

"Mama ! Mama !" jerit Emir beberapa kali. Dia terus berlari keluar dari biliknya. Matanya meliar mencari kelibat ibunya. Tangannya masih memegang erat bingkai gambar.

"Ya Allah, budak ni ! Terjerit-jerit. Apa halnya ni ?" tanya Datin Elnara yang tiba-tiba muncul di belakang anaknya. Dari dapur lagi, dia sudah terdengar Emir menjerit memanggilnya.

"Mama... Mama... Ni siapa ?" Emir menunjukkan bingkai gambar yang berada di dalam biliknya.

"Ooo... Ni la tunang Emir, Dania Malaika ! Aiii... Takkan tak kenal kut ?" Datin Elnara hairan dengan pertanyaan Emir itu.

Emir teringat kembali kejadian yang berlaku pada petang tadi. 'Jadi dialah Dania. Patutlah dia kata dia kenal aku !' Bulat mata Emir apabila mengingatkan kembali kata-kata wanita itu.

"Beritahu atuk yang saya tak dapat nak menjemput orang VIP tu kerana ada urusan penting yang harus saya uruskan"

'Rupa-rupanya orang VIP yang dimaksudkan ialah aku. Maknanya tadi dia perli aku' Emir mengetap bibirnya menahan marah.

"Emir nak pergi mana tu ?" tanya Datin Elnara bila melihat anaknya mengambil kunci kereta di atas rak almari.

"Dania"

"Dia tak ada. Dia ada kat Sabah" beritahu Datin Elnara. Langkah Emir terhenti. 'Apa ? Tak apa, tunggu ! Kau ingat aku akan lepaskan kau begitu saja ? Kau perbodohkan aku tadi. Aku takkan biarkan'

Berkerut dahi Datin Elnara apabila melihat gelagat anaknya. 'Apa halnya ni ?'



.





HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now