Bab 29

742 39 7
                                    

Hii !



.



"So nak makan apa ?" tanya Dania. Kereta Audi miliknya meluncur laju memecah keheningan pada malam itu.

"Hmmm... Sate la. Tiba-tiba aje aku mengidam nak makan sate" Medina ketawa.

Dania juga turut ketawa. 

"Sate ? Dekat mana yang sedap ?" tanya Dania. 

"Kat Putrajaya. Apa ya nama tempat tu. Sedap juga satenya" Medina cuba mengingati nama kedai yang pernah dia makan bersama Izzat.

"Kau ni... Macam orang tua la" kata Dania. Dania membrek secara tiba-tiba apabila ada sebuah kereta menghalang keretanya di hadapan. Beberapa orang lelaki keluar dari kereta tersebut. Wajah Dania berubah. Dania melihat cermin sisi keretanya. Ada sebuah kereta lagi di belakangnya. Keretanya tak boleh bergerak.

"Kenapa Dania ?" Medina berpaling memandang Dania.

"We've got company !"

"Hmmm... Baguslah. Aku pun dah lama tak belasah orang" Medina tersenyum. Masa sekolah menengah dahulu dia dan Dania pernah mewakili Persatuan Silat Cekak Hanafi hingga ke peringkat kebangsaan malah mereka juga pernah memenangi beberapa buah pingat.

Dania mengambil pemukul baseball yang berada di tempat duduk belakang. 

"Take this" Dania menghulurkan kayu pemukul besbol kepada Medina.

"Aku tak perlukannya" 

"You need it. Mereka ramai" kata Dania.

"Kau ?" kata Medina sambil mengambil kayu baseball tersebut.

"Aku dah biasa. Jom !" kata Dania dan terus membuka pintu kemudian melangkah keluar diikuti Medina.

"So, siapa yang hantar kamu semua malam ni ? Uncle Malik ? Fuad... atau Jane !" Dania melihat ada sepuluh orang lelaki sedang mengepung mereka berdua.

"Banyak cakap pula perempuan ni ! Tangkap mereka berdua. Malam ni akan menjadi malam yang indah buat mereka berdua" Lelaki yang berjaket merah itu ketawa, begitu juga dengan beberapa orang lelaki yang berada di situ.

Dania tersenyum kemudian terus menyerang lelaki yang berjaket merah itu lantas tumbukan hinggap ke muka lelaki itu dan tendangan tepat mengenai perut lelaki itu. Lelaki itu jatuh tersungkur. Dia memegang perutnya yang sakit.

"Tapi aku yang akan jadi mimpi ngeri kamu semua !" Dania tersengih.

Mereka yang berada di situ terkejut. Perempuan yang sedang berhadapan dengan mereka ini sangat pantas. Dengan sekelip mata saja dia menyerang. 

"Serang dia !" jerit lelaki berjaket merah itu yang masih memegang perutnya. Tendangan Dania memang kuat. Tenaga lelaki berjaket merah itu seolah-olah hilang akibat tendangan tersebut. Dia cuba untuk bangun.

Lima orang lelaki menyerang Dania serentak. Dania mengelak setiap pukulan yang dihalakan untuknya. Dania mengetap bibirnya. Sesekali mata Dania melirik ke arah Medina yang juga berlawan dengan empat orang lelaki yang sedang menyerangnya. Dania tersenyum.

Emir membrek keretanya secara tiba-tiba. Izzat terkejut.

"Itu... Itu kereta Dania" kata Izzat tatkala melihat kereta Dania yang berhenti di tengah jalan. Jalan raya tersebut sunyi sepi malah tiada kereta melaluinya lagi pada waktu begini. Mata mereka tepat melihat beberapa orang lelaki yang menyerang Dania dan Medina.

"'Medina !" Izzat terus keluar dari kereta Emir. Dia bimbang akan keselamatan tunangnya.

Medina menumbuk muka lelaki yang menyerangnya, mengayun pemukul baseball di tangannya pada kaki lelaki yang ditumbuknya. Lelaki itu mengerang kesakitan akibat pukulan padu Medina.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now