Bab 11'

802 32 0
                                    

Happy Reading !!



.



Emir berjalan ulang-alik di ruang tamu penthouse miliknya berulang kali. Sesekali tangannya digenggam erat. Geram dan sakit hati pun ada. Ugutan atuknya benar-benar mengusutkan fikiran. Hatinya rasa tak tenang. Semua kemewahan yang dikecapinya sekarang akan hilang dalam sekelip mata. 'Ini tidak boleh jadi. Semua harta milik atuk sepatutnya jatuh ke tangan aku. Aku satu-satunya cucu tunggal atuk tetapi atuk tidak mungkin bercakap kosong. Jika itu yang dikatakan pasti itu yang dibuatnya.' Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar jean miliknya. Nombor telefon Dato Arfan didailnya.

"Assalamualaikum, atuk. Emir akan pulang tapi atuk perlu beri masa seminggu untuk Emir uruskan hal di sini sebelum Emir pulang ke Malaysia" kata Emir.

"Baiklah" jawab Dato Arfan sambil tersenyum. Akhirnya Emir mengalah juga. Dia tahu kelemahan Emir. Jika disentuh tentang harta dan wang, Emir pasti akan menjadi lemah dan akan mengikut katanya. Sejak kecil lagi, Emir dilimpahi dengan kekayaan dan kemewahan. Disebabkan itulah Emir menjadi seorang yang sombong dan memandang rendah kepada orang yang bukan setaraf dengannya.

Emir menamatkan panggilan. Telefon bimbitnya digenggam. 'Aku tak akan membiarkan diri aku dipergunakan. Kau ingat kau akan menang, Dania ?' Pantas nombor telefon Dania didail.

"Hello" Dania terus menjawab tanpa melihat nombor telefon yang tertera di telefon bimbitnya. Tangannya masih ligat menulis.

"Kalau kau ingat kau menang kali ni. Kau silap" kata Emir sambil berjalan menuju ke balkoni.

Dahi Dania berkerut, terus tangannya berhenti menulis. Macam pernah dengar saja suara ni ? Dania melihat pada skrin telefon bimbitnya. Dania tersenyum. 'Mamat ini rupa-rupanya. Dah setahun tak dengar suara mamat ni. Kali ni dia mahu maki aku lagi ke ?'

"Hmmm... Siapa ini ?" Dania berpura-pura tidak tahu.

"Tunang kau la, bodoh !" jerit Emir. 

'Bodoh? Amboi... Sedapnya bahasa'

"Hmmm.. Ya, apa yang saya boleh bantu ?"

"Jangan nak hipokrit dengan aku la, Dania, Lakonan kau hanya berkesan kepada family aku tapi bukan aku. Kau ingat aku balik kali ini aku akan kahwin dengan kau. Kau silap, tujuan aku balik kali ini hanya ingin menyusahkan hidup kau. Aku akan buat kau hidup menderita sehingga kau putus tunang dengan aku. Kau ingat tu !"

"Saya rasa awak sudah salah faham. Saya kahwin dengan awak disebabkan saya suka dekat awak. Bila atuk beritahu yang saya akan ditunangkan dengan awak, saya gembira sebab akhirnya impian saya tercapai" kata Dania dengan lembut.

Dania tersenyum. 'Macam tidak percaya je aku cakap macam ni ! Eee... Nak termuntah. Ini kalau Deann dengar, berdekah dia ketawa. Esok pun belum tentu habis. Hmmm.. Kau ingat aku suka kau ke ? Tolonglah. Aku cakap macam ini sebab nak buat kau perasan' Dania ketawa kecil.

Emir diam seketika. Kata-kata yang diluahkan oleh Dania memang mengejutkan dirinya. 'Dia suka aku ? Tidak mungkin. Kami tak pernah berjumpa, hanya bercakap melalui telefon saja lagipun aku tidak pernah pun tengok gambar dia. Entah-entah dia cuba nak perangkap aku dengan kata-kata manis dia' Emir ketawa.

"Kau ingat aku akan percaya dengan luahan perasaan kau yang bodoh ni ? Sukakan aku konon tapi kau hanya nak harta yang akan diwarisi aku, kan. Cerminlah dulu muka itu, tak tahu malu ke ? Menagih cinta kepada orang yang benci kau"

Dania menjarakkan telefon bimbit Iphone 7 miliknya dari telinga. Dahi Dania berkerut. 'Aku inginkan harta dia? Gila ke apa lelaki ni ? Aiii... Kau yang bengap, jika nak dibandingkan di antara harta aku dan harta kau, harta aku lagi banyak. Sepuluh kali ganda banyak daripada kau. Perasan lebih. Dia ni tidak tahu ke siapa aku yang sebenarnya ?'

"Sampai hati awak cakap begitu dekat saya. Saya suka awak bukan berdasarkan harta dan kekayaan tapi atas dasar ikhlas dan sayang" Dania membuat suara. 'Mesti mamat ni perasan habis. Aku mesti ayat lelaki ni sehingga dia cair.'

Emir ketawa. 'Tunang aku ni gila ke apa ? Sayang konon. Betul ke ?'

"Aku peduli apa. Yang penting sebaik saja aku jejakkan kaki ke Malaysia, aku akan buat hidup kau merana sehingga kau melutut dan merayu agar pertunangan ini diputuskan. Aku akan menjadi mimpi buruk kau. Wait and see" Emir terus menamatkan perbualan mereka.

"Teruk betul perangai mamat ini. Siapa yang jadi isteri dia mesti malang" Dania meletakkan telefon bimbitnya di dalam beg tangan Guess miliknya.

"Mimpi buruk ? Aku yang akan jadi mimpi ngeri kau nanti, Emir Arsalan. Tunggu sajalah" Dania teringat akan amaran daripada Emir sebentar tadi.

Pintu diketuk. Noah masuk. "Cik Muda !"

"Ya, Noah ! Ada apa ?" tanya Dania. Dania membetulkan tudung yang dipakainya. Kerongsang yang berada di atas bahunya dibetulkan juga.

"Qhairina ingin bercakap dengan cik muda" Noah mendekati Dania lalu menghulurkan telefon bimbit miliknya.

"Ya, Qhairina ! Hmmm... Baiklah. Kamu cari dia sampai dapat" kata Dania. Nada suaranya tegas.



.





"Maaf, perut meragamlah tadi" kata Farisha sebaik saja tiba meja perpustakaan.

"Okay, kita kena selesaikan tajuk untuk projek kita ini. Doktor Azizah mahu kita beri nama tajuk untuk rancangan lima minit kepadanya sebelum pukul lima nanti. So, cepat, rancangan apa yang sesuai untuk kita buat ?"

"Siapa ada cadangan ?" kata Sara selaku ketua kumpulan. Matanya memandang satu persatu rakan sekumpulannya.

"Apa kata kita buat tentang makanan tradisional di Malaysia ?" Farisha tiba-tiba bersuara.

"Kau ni asyik fikir makanan je. Tak ada perkara lain ke kau nak fikir" Nadira menggelengkan kepalanya.

"Hmmm... Makanan. Tak sesuailah" kata Nancy. 

"Betul tu. Lain? Farisha, kau jangan cadang pasal kuih tradisional pula" Sara tersenyum. 

"Yalah" Farisha tersengih. Tahu-tahu saja !

"Kita ni nak tumpu dari aspek apa ? Ekonomi ? Sosial ? Pendidikan ?" tanya Nancy.

"Baik kita kecilkan skop kita" Nadira mencelah.

"Aku setuju juga. So ?"

"Ekonomi ! Kita interview usahawan yang berjaya di Malaysia. Kita soal tentang latar belakang usahawan tersebut dari segi pendidikan, bagaimana dia berjaya sehingga sekarang dan macam-macam lagi. Okay tak ?" cadang Nadira.

"Hmmm... Aku setuju" kata Farisha. 

"Aku on je !" kata Nancy lalu tersenyum.

"Aku pun sama. Sara, kau macam mana pula ?" tanya Farisha. Mereka semua memandang tepat ke wajah Sara yang masih berdiam diri. Mereka menunggu jawapan penamat daripada Sara.

"Kalau semua setuju, aku pun sama" Sara tersengih.

"Yes !" jerit Nadira kemudian bangun. Dia rasa gembira kerana cadangannya diterima.

"Kalau ya pun kau seronok, tengok dulu kau sekarang ada di mana !" kata Farisha menunjuk ke arah mata-mata yang sedang memandang ke arah Nadira.

"Maaf. Maaf ya" Nadira menundukkan kepalanya beberapa kali sebagai tanda minta maaf kerana mengganggu pelajar-pelajar yang berada di situ. Dia kembali duduk di sisi Nancy.

"Kalau semua setuju, lepas ni aku pergi jumpa Doktor Azizah. Tetapkan tajuk projek kita. Lagi cepat, lagi bagus" kata Sara.

"Aku mahu projek kita lebih hebat daripada Rasha. Biar dia putih mata apabila projek kita terpilih sebagai yang terbaik. Biar padan muka dia" Nadira ketawa.

Di sebalik rak buku yang berhampiran dengan mereka, ada mata sedang memerhati dan mendengar setiap butir yang dibincangkan oleh kumpulan Sara. Rasha tersenyum lebar. 



.



Thank you for reading. Jangan lupa vote dan comment !!













HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now