Bab 26

762 37 7
                                    

Penuh emosi :(



.



Sara merenung wanita yang sedang berdiri sambil menghalang laluannya. Hari ini merupakan hari terakhir dia menduduki peperiksaan. Lega hatinya sebaik saja keluar dari dewan peperiksaan. Dia yakin dia telah lakukan yang terbaik. Kegembiraannya hilang sebaik saja kemunculan Rasha. 

"Kau nak apa lagi ?"

"Saja. Aku nak tengok wajah orang yang putus cinta dan patah hati macam mana" Rasha tersengih.

"Suka hati kau la. Aku malas nak layan orang macam kau ! Tepilah sikit" Nada suara Sara kasar. Matanya bulat merenung Rasha.

"Hei, relaks la dulu ! Lagipun hari ni last paper ! Hmmm... Takkan kau tak nak ucapkan tahniah kepada aku sebab berjaya menambat hati Abang Farhan ?"

"Okay ! Kau nak sangat aku ucapkan tahniah dekat kau, kan ? Tahniah ! Boleh aku pergi sekarang ?" Sara mengetap bibirnya menahan geram.

"Tak semudah tu. Kau ingat aku akan lepaskan peluang ni ! Aku nak kau mengaku yang kau kalah dalam permainan ni !" 

"Permainan ? Kau ni dah gila ke apa, Rasha ? Jadi selama ni kau tak ikhlas cintakan Abang Farhan ?" Bulat mata Sara mendengar pengakuan Rasha. Hati Sara sudah rasa panas.

"Ikhlas ? Kau ni memang bodohlah ! Hei, Abang Farhan tu yang tergila-gilakan aku ! Aku tak pernah cakap pun aku cintakan dia. Dia yang terhegeh-hegeh nakkan aku. Aku layan saja. Lagipun aku layan Abang Farhan sebab nak sakitkan hati kau saja. Aku takkan benarkan kau menang kali ni" Rasha menuding jarinya kepada Sara.

Wajah Sara berubah. 

"Jadi kau sengaja permainkan cinta dan perasaan Abang Farhan ?"

"Ya" jawab Rasha.

"Kau ni kenapa, Rasha ? Kenapa kau jadi begini ? Apa salah aku dekat kau sampai kau layan aku begini !" jerit Sara geram. Dia sudah tak tahan dengan sikap Rasha.

"Sebab kau lebih daripada aku ! Kau ada segala-galanya. Kau bijak, kau kaya, kau ada ibu bapa yang sayangkan kau, kau cantik, kau disukai ramai. Tetapi aku disisihkan dan dibenci sebab ada orang macam kau !" jerit Rasha. Matanya merah menyala merenung Sara.

Sara tergamam mendengar kata-kata Rasha. Lidahnya kelu.

"Sebab itu aku dah berjanji kepada diri aku sendiri yang aku akan menjadi lebih baik daripada kau. Aku akan lebih gembira dan bahagia daripada kau. Malah yang penting sekali, aku akan pastikan kau takkan sesekali kecapi kebahagiaan dan kegembiraan selagi aku hidup. Itu janji aku. Kau tunggu dan lihat. Aku akan musnahkan segala yang kau miliki satu persatu sehingga tiada siapa akan berada di sisi kau. Aku nak kau rasai apa yang aku rasai selama ni" Tiba-tiba Rasha menolak Sara dengan kasar. Sara jatuh terduduk. Fail yang dipegangnya terlepas dari pegangannya.

"Kau tunggu dan lihat aku musnahkan hidup kau, Sara !" Rasha ketawa. Dia segera berlalu dari situ. Hatinya puas. Puas sebab dapat menyakiti hati Sara. Hari ini merupakan hari kemenangannya.

Sara masih terduduk kaku. Kata-kata Rasha menyebabkan dia terkejut. 'Adakah itu sebabnya Rasha membenci aku selama ni ? Sebab aku ada segalanya ?' Berkerut dahi Sara. Hatinya tiba-tiba resah apabila memikirkan tentang Farhan.

"Abang Farhan !" Pantas Sara bangun. Dia mengatur langkah dengan cepat. 'Aku mesti jumpa Abang Farhan ! Abang Farhan perlu tahu tentang perkara ni'



.



"Atuk ! Emir dah fikir masak-masak ! Mulai esok, Emir akan bekerja dekat syarikat atuk. Jawatan pengarah urusan, atuk serahkan saja kepada Emir" kata Emir tiba-tiba sebaik saja menghampiri Dato Arfan yang sedang membaca surat khabar.

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now