Bab 48'

692 27 2
                                    


"DARIEL, atuk ada hal nak cakap dengan Dariel sekejap." Tan Sri Tengku Hassanal bersuara sebaik saja melihat Dariel melintasi ruang tamu.

"Apa halnya, atuk?" Dariel terus menghampiri Tan Sri Tengku Hassanal yang sedang duduk berehat di atas sofa.

"Atuk nak mulai sekarang, Dariel jangan berkawan lagi dengan perempuan tu" kata Tan Sri Tengku Hassanal. 

"Apa maksud atuk?" Dariel terkejut. Wajahnya berubah.

"Kau jangan nak berpura-pura tak tahu pula. Atuk tahu sekarang ni Dariel berkawan dengan wartawan perempuan MCTVS tu. Lebih baik Dariel putus saja. Perempuan macam tu hanya nakkan harta kau. Dia tak ikhlas berkawan dengan kau pun."

"Atuk! Sara bukan macam tu. Atuk tak kenal Sara, jadi atuk tak berhak untuk kritik Sara. Lagipun, Dariel berhak berkawan dengan sesiapa pun. Atuk tak ada hak untuk menghalang."

"Aku datuk kau! Aku berhak untuk halang dengan siapa kau berkawan. Perempuan tu tidak setaraf dengan kita."

"Atuk ingat perempuan yang setaraf macam kita ni baik ke? Mereka tu lagi teruk. Tak ada harga diri langsung. Hipokrit. Walau apa yang terjadi, Dariel tetap akan berkawan dengan Sara. You know why? Because I love her. I love her!" jerit Dariel. Kali ini Dariel sudah bengang. Inilah pertama kali dia bergaduh dengan atuk sejak pulang dari Korea. Dia ingatkan perangai atuknya sudah berubah, ruparupanya tidak.

"Dariel, kau jangan degil. Kalau kau masih tak nak putuskan hubungan kau dengan perempuan tu, atuk akan pecat perempuan tu dari MCTVS. Kau jangan pandang ringan dengan kata-kata atuk ni. Kau pilih sekarang ni."

"Atuk!" jerit Dariel. Dia geram dengan perangai atuknya yang suka mengugut.

"Kalau macam tu, dengan serta-mertanya Dania dan Dariel akan letak jawatan dari Maple Corporation jika atuk pecat Sara dari MCTVS." Tiba-tiba ada suara menyampuk. Dariel dan Tan Sri Tengku Hassanal menoleh ke arah Dania yang sedang menghampiri mereka berdua.

"Kakak!" Dariel tersenyum sebaik saja melihat kehadiran Dania. Hatinya berbunga riang.

"Dania, apa kau cakapkan ni?"

"Atuk, apa salahnya kalau Dariel membuat pilihannya sendiri. Biar dia tentukan sendiri siapa yang akan dicintai seumur hidupnya. Susah sangat ke atuk nak faham?"

"Dania, kau jangan masuk campur. Ini hal antara atuk dan adik kau." Tan Sri Tengku Hassanal bengang apabila Dania berpihak kepada Dariel.

"Dariel adik Dania. Satu-satunya adik Dania di dunia ni. Apa yang Dania ingin lihat sekarang ni adalah kebahagiaan dan kegembiraan Dariel. Dania takkan benarkan atuk musnahkan kebahagiaan Daniel. I will not let you do that to Dariel. Dania yakin Sara wanita yang sesuai untuk Dariel. Dia tak macam perempuan pisau cukur kat luar tu. I know her better than you do, atuk. So stop being seifish, atuk!"

"Dania Malaika!" Tan Sri Tengku Hassanal mengetap bibir menahan geram.

"Dania restu hubungan Dariel dan Sara. Dania takkan benarkan atuk rosakkan hubungan mereka berdua. Dania takkan benarkan." Nada suara Dania tegas. Wajahnya juga serius.

"Atuk tak pernah serik ke selepas apa yang telah berlaku? Tentang hal papa dan mama. Atuk dah lupa ke? Atuk nak tinggal seorang diri lagi ke?"

"Kau ugut atuk ke?" Tan Sri Tengku Hassanal terkejut dengan kata-kata Dania.

"Bukan nak mengugut, Dania hanya mengingatkan atuk. Kalau atuk masih berdegil juga nak halang hubungan Dariel dan Sara, hubungan kita akan putus. Atuk buatlah pilihan."

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now