BAB 42'

724 26 2
                                    

HI ?



.



DENGAN pantas Emir menyambut Dania yang sudah tidak sedarkan diri. 

"Dania... Dania!" panggil Emir beberapa kali. Namun tiada reaksi daripada Dania. Dia mula risau.

"Cik muda!" Noah turut memanggil Dania. Wajahnya risau. Dania semakin kerap pengsan. Inikah petandanya...

"Please Dania! Don't leave me. I'm sorry, okay? I didn't mean it." Emir memeluk Dania dengan erat. Air matanya mengalir tanpa disedari. Noah terkejut melihat Emir menitiskan air matanya. Lelaki ini benar-benar mencintai Dania. 

"Tuan Emir, kita perlu bawa cik muda ke hospital sekarang!" Emir hanya menganggukkan kepalanya. Matanya masih tepat merenung Dania yang berada di dalam dakapannya. 



.





DR. HAIDAR merenung Noah seolah-olah ingin ditelannya. Dr. Haidar mengeluh kuat. Noah hanya menundukkan kepalanya. Dia tahu dirinya bersalah. Sudah beberapa kali Dr. Haidar berpesan kepadanya agar menjaga cik muda tapi... 

"Noah, saya tak tahu nak cakap apa lagi dengan kamu. Dah banyak kali saya pesan supaya jaga kesihatan Dania. Bulan ni saja sudah banyak kali Dania pitam. Kamu tahu kan apa maksudnya kalau perkara ni berterusan?" 

"Maafkan saya." Emir rasa bersalah apabila melihat Noah dimarahi. Apa yang terjadi kepada Dania adalah kerana dirinya, bukannya Noah.

"Uncle, sebenarnya semua ni salah Emir, bukannya Noah" Emir tiba-tiba bersuara. Dr. Haidar mengeluh. Disebabkan terlalu marah, dia tidak sedar kehadiran Emir di situ. 

"Apa Emir buat dekat sini?" tanya Dr. Haidar. Dia kenal Emir kerana Emir ialah anak kepada sahabat baiknya. Arwah ayah Emir dan arwah ayah Dania ialah sahabat baiknya sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah ke universiti. Kini hanya tinggal dirinya saja yang masih hidup. 

"Dania jadi macam ni disebabkan Emir, uncle. Perkara ni tak ada kaitan langsung dengan Noah" kata Emir bersungguhsungguh. Matanya sudah merah. 

"Macam mana dengan Dania, uncle? Dia tak apa-apa, kan?" Emir terus menggenggam erat tangan Dr. Haidar. 

"Emir dah tahu tentang penyakit jantung yang dihadapi Dania?" Matanya tepat merenung anak muda yang berdiri di hadapannya. Emir menganggukkan kepalanya sebagai tanda ya. Dia tidak berani bertentangan mata dengan Dr. Haidar. 

"Kalau Emir dah tahu, kenapa Emir tetap juga nak kahwin dengan Dania? Kenapa Emir beri tekanan kepada Dania? Stress tak elok untuk kesihatan Dania." Minggu lepas, Dania ada datang berjumpa dengannya untuk pemeriksaan kesihatan. Wajah Dania sugul seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. Apabila dipujuk, barulah Dania menceritakan segala-galanya. Emir mendiamkan diri. 

"Jawab! Kenapa kamu nak kahwin dengan Dania, hah? Beritahu uncle. Emir dah tahu kesihatan Dania macam ni tapi kenapa Emir tetap nak kusutkan fikiran Dania? Penyakitnya dah tahap kritikal. Emir nak Dania mati cepat ke?" marah Dr. Haidar. Perasaan marahnya kali ini sudah tidak dapat dibendung lagi.

"No! I love her, uncle. I love Dania!" tegas Emir. Dr. Haidar kaku seketika sebaik saja mendengar pengakuan Emir. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Wajah Emir direnungnya. Benarkah Emir mencintai Dania? Dr. Haidar menoleh ke arah Noah. Noah hanya menganggukkan kepalanya. Dr. Haidar mengeluh. 

"Doktor Medina." Tercetus nama tersebut di bibir Noah sebaik saja melihat seorang wanita yang sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Serentak itu, Emir dan Dr. Haidar berpaling. Mereka terkejut dengan kehadiran Medina di situ. Air mata Medina mengalir tanpa disedarinya. Bibirnya terketar-ketar seolah-olah ingin menyatakan sesuatu tetapi lidahnya kelu untuk berkata-kata. 

HER REVENGE : DANIA ARSALAN Where stories live. Discover now