C H A P T E R 9

55.7K 3.3K 1.8K
                                    

Setahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Setahun kemudian...

LUTH ARREYAN melihat pantulan dirinya dicermin meja solek. Dia baru sahaja selesai mandi sebab itulah dia hanya memakai tuala yang hanya melitupi bahagian bawah tubuhnya sahaja. Air segar yang tersisa tampak mengalir ditubuh badannya yang sasa.

Pelukan mengejut dari belakangnya membuatkan Luth tersenyum senang.

"Morning mi amore." Satu kucupan singgah dipipi Luth membuatkan lelaki itu semakin tersenyum lebar.

"Morning too." Ujar wanita itu sambil mengambil bauan dari badan Luth.

"Kenapa tak bangunkan I sekali?" Wanita itu memuncungkan bibirnya. Tanda protes kepada Luth kerana tidak membangunkan dirinya sekali.

"Aku taknak bangunkan sebab aku takut kau penat sebab aktiviti kita semalam. Mesti kau penat. Sebab tu aku taknak bangunkan isteri aku, betul tak Rachel Sapphire?" Luth memusingkan badannya menghadap isterinya. Senyuman nakal terbit dibibirnya. Satu kucupan lembut singgah didahi Rachel membuatkan isterinya itu memejamkan mata.

"Nakal!" Tutur Rachel lalu mencubit abdomen Luth. Alah cubit manja je mana sakit.

Luth tersengih melihat wajah memerah isterinya. Malulah tu.

"Aku cakap benda betul, sayang." Balas Luth. Luth mendekatkan jarak wajah mereka hingga hidung mereka bersentuhan. Sengaja dia menggeselkan puncak hidungnya dengan hidung mancung isterinya.

Rachel ketawa suka. Rasa bahagia apabila diperlakukan begitu. Pagi-pagi dah buat dia rasa berbunga.

"Manisnya senyuman kau sayang. Aku suka tengok. Lagi-lagi lesung pipit kau." Puji Luth. Jarinya mencucuk tempat dimana lesung pipit itu berada.

"You jumpa client eh hari ni?" Tanya Rachel. Dia melihat wajah Luth yang masih dibasahi oleh air yang menitis disebahagian tubuh suaminya.

Luth mengangguk.

"Kenapa tak siap lagi?"

"Hmm."

"Rasa malas nak siapkan diri sendiri. Aku tunggu orang tu." Tutur Luth penuh makna. Kepala digelengkan kuat membuatkan air dari rambutnya sedikit terkena wajah Rachel.

"Mengada kan?" Jelingan manja diberikan Rachel kepada suaminya. Tahulah dia yang suaminya itu ingin dia yang mengurus dan menyiapkan sendiri.

Tapi dia turutkan juga kerana itu sebahagian daripada kewajibannya sebagai isteri. Dan Rachel dengan senang hati melakukan perkara itu.

Rachel mengambil tuala kering yang elok tersangkut ditempat ampaian kecil yang tersedia dibilik tidur mereka. Dia kembali mendekati suaminya.

"Rendahkan badan sikit. I tak dapat capai rambut you sangat." Beritahu Rachel. Tingginya hanya separas bahu suaminya sahaja. Kadang-kadang terpaksa tinggikan tumit kaki bila memakaikan tali leher untuk Luth.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now