C H A P T E R 4 3

44.2K 2.6K 57
                                    

TANGAN kecil isterinya digenggam erat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN kecil isterinya digenggam erat. Bunga Qaisarah membalas pegangan Luth Arreyan. Mereka berbalas senyuman.

“Mengikut pemerhatian saya, lumpuh pada kaki Puan Qaisarah bukan lumpuh yang kekal. Boleh dirawat menggunakan rawatan fisioterapi untuk memulihkan Puan Qaisarah dari lumpuh sepenuhnya.” Nasihat doktor perempuan itu. Luth angguk perlahan.

Lega hati Bunga Qaisarah mendengarnya. Maknanya dia masih ada peluang memulihkan lumpuh pada bahagian kakinya dan tidak sepenuhnya akan kekal lumpuh. Syukur ke hadrat Ilahi.

“Sesi fisioterapi sangat bermanfaat buat Puan Qaisarah kerana ia akan melatih posisi yang lebih baik untuk isteri Encik serta mengurangkan kebergantungan kepada ubat tahan sakit.” Jelas Doktor itu lagi.

Luth menganggukkan kepala tanda faham dengan penjelasan yang diberikan oleh doktor wanita itu.

“Sesi fisioterapi dimulakan dengan perlahan-lahan. Mungkin Encik boleh upah mana-mana ahli fisioterapi untuk menolong proses rawatan Puan Qaisarah nanti.’’ Sambung doktor itu. Kedua-dua pasangan muda yang berada dihadapannya ini mungkin tidak seberapaa faham dengan rawatan fisioterapi jadi oleh kerana itulah dia menyarankan untuk mengupah mana-mana ahli fisioterapi untuk membantu mereka.

Ada sahaja yang merawat diri sendiri dengan dibantu oleh keluarganya. Tetapi lebih baik jika ada yang lebih berpengalaman dalam mengurus hal ini.

“Baik doktor. Terima kasih atas nasihat. Kami pergi dulu.” Pamit Luth selepas mengucapkan terima kasih kepada doktor wanita itu. Beliau hanya membalas dengan senyuman lebar yang terukir jelas dibibir.

Luth mencempung tubuh kecil isterinya. Bunga melingkarkan tangan dileher Luth.

“Awak boleh je letak saya kat kerusi roda. Tak perlu nak susahkan diri awak nak angkat saya. Saya ni dahlah berat.” Beritahu Bunga. Malu pun ada sebab dari tadi lagi mereka menjadi perhatian orang sekeliling. Macam pelik pula bila suaminya terus menerus mengangkat dirinya.

Tangan tu tak sakit ke?

Aip, aku tak kesah sangatlah sayang. Kau bukannya berat mana pun. Setakat angkat kau, dua puluh empat jam pun aku rela nak angkat.” Balas Luth. Tubuh Bunga didalam cempungan dibetulkan sedikit kedudukannya.

Bunga ketawa kecil. Eleh, cakap je lebih. Padahal dalam hati dah merungut nak angkat dia yang berat ni.

“Kalau penat turunkan saya. Nanti tangan awak sakit pula.” Kesian pula tengok suaminya. Dia bukannya ringan sangat.

Shh, diam. Suka hati akulah nak angkat kau pun.” Geram betul dia dengan Bunga. Macamlah dia tak dapat nak tampung tubuh kecil isterinya itu.

Bunga hanya pasrah. Nanti dia membantah tak pasal-pasal kena kata melawan dengan suami. Dia cakap pun Luth takkan dengar punya.

Sampai sahaja ditempat letak kereta, Luth cuba membukakan pintu kereta untuk Bunga. Macam susah pula. Bunga tahan gelak. Hah, tadi nak sangat angkat dia. Kan dah susah.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now