C H A P T E R 3 1

47.2K 2.9K 843
                                    

LUTHFIRASH ARREYAN berlari menuju kearah abang kembarnya , Luth Arreyan. Tubuh Luth yang sedang duduk membongkokkan sedikit badannya dan mendongakkan kepala menggunakan tangan ditatap penuh kasihan.

Luth nampak sangat...

Rapuh.

Ya, tidak pernah lagi dia lihat Luth sebegini rupa. Dia melihat kearah pintu wad Intensive Care Unit (ICU) itu. Lampu merah masih lagi menyala. Dia harap semuanya akan baik-baik sahaja.

Luthfirash melabuhkan punggung bersebelahan dengan Luth. Bahu Luth ditepuk perlahan sebelum memeluk Luth dari tepi.

Luth yang termenung terkejut apabila dia dipeluk. Dia menolek kesebelah. Luthfirash memandang dia dengan senyuman tipis.

"Dia akan okey. Kau jangan risau." Ujar Luthfirash menyedapkan hati Luth. Wajah muram abang kembarnya ditatap lembut.

Luth tahan tangisannya. "A-aku takut. D-dia t-takkan tinggalkan aku kan?" Suaranya bergetar. Luth pandang tangannya yang masih lagi bersisa dengan darah segar. Bajunya juga begitu dikotori dengan warna merah.

Masih terbayang bagaimana Bunga dilanggar didepan matanya. Bagaimana susuk tubuh kecil itu melayang dilanggar oleh sebuah kereta. Keadaan Bunga yang cukup menyayat hatinya sebagai seorang suami.

Tubuh Bunga yang dipenuhi darah bagaikan satu peristiwa ngeri bagi Luth. Dia tak kuat. Ya Allah.

Luthfirash hanya diam. Rasa kesian dengan abang kembarnya.

"Dah, dia takkan tinggalkan kau. Allah ada. Bersihkan diri kau dan doa kat Dia." Pujuk Luthfirash. Halah, dia pun bukannya alim sangat. Tu je yang dia boleh buat. Dulu masa dia hampir kehilangan Rachel, dia masih ingat lagi kata-kata seorang lelaki tua yang menasihati dirinya kala itu.

"Kau tahu, seorang pernah bagitahu aku yang Allah takkan uji hamba dia melebihi kemampuannya. Allah uji sebab dia tahu kita kuat untuk hadapi ujian dia.

Ya, dalam hidup ini, Allah akan berikan setiap ujian berdasarkan kapasiti kemampuan kita. Ujian demi ujian yang kita terpaksa lalui, sebenarnya pasti dan pasti kita kuat dan mampu sangat untuk hadapi. Percayalah, you never know how strong you are, until being strong is the only choice you have. Dia rindu kau sebenarnya sebab tu dia panggil kau melalui ujian ni." Nasihat Luthfirash panjang lebar. Bahu Luth ditepuk perlahan.

Luth yang tidak dapat menahan tangisannya terus teresak-esak menangis. Bahunya terhinjut. Ya Allah, dia takut sangat nak kehilangan Bunga dalam hidup dia. Dia masih belum membahagiakan isterinya. Dia masih belum menebus kesalahan yang dia pernah buat. Baru je dia nak bahagia tapi kenapa-

"Tapi kenapa Allah uji aku macam ni? Kenapa Dia uji aku macam ni?" Soal Luth berkali-kali. Seolah menidakkan takdir yang ditentukan. Bukan, dia cuma terkilan. Dia tidak mahu jikalau Bunga pergi sebelum dia.

Luthfirash hela nafas dalam-dalam lalu hembus keluar. "Pandang aku." Arah Luthfirash.

Luth memandang adik kembarnya.

"Ketahuilah, apa yang kita fikir, adalah apa yang kita doa kepada Allah. Maknanya, kalau kau fikir tak mampu, selamanya kau tak akan mampu dan tak akan boleh hadapi. Tetapi kalau kau fikir mampu, selamanya kau akan mampu dan boleh hadapi. Kenapa aku cakap macam ini? Sebab Allah dah cakap "Aku adalah apa yang hamba-Ku sangkakan.."

Luthfirash berhenti seketika. Dia pandang abang kembarnya yang masih lagi tersedu-sedan mengeluarkan esakan. Tidak pernah dia lihat Luth selemah ini.

"Aku tak alim sangat cuma aku sampaikan apa yang aku tahu. Tapi Allah adalah seperti apa yang kita sangkakan. Maksudnya, apa yang kita sangkakan itu secara tak langsung akan menjadi doa kepada Allah. Kalau kita sangka tidak mampu, seolah kita sedang berdoa kepada Allah supaya bagi kita untuk tidak mampu, dan paling kritikal adalah, jika Allah tunaikan 'permintaan' kita. Lalu selamanya kita tak akan mampu."

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now