C H A P T E R 4 9

44.8K 2.6K 78
                                    

HAURA AVISENNA merempuh masuk kedalam wad itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HAURA AVISENNA merempuh masuk kedalam wad itu. Tidak peduli dengan pandangan sekeliling. Aa, mana kekasih hati jantung limpa usus dia. Cedera ke bakal suami dia?

"Mommy!" Terjerit kecil Haura apabila Datin Rose mencubit lengannya. Datang-datang je dah kena 'habuan'.

Datin Rose menjengilkan matanya. Apalah perangai anak gadis satunya ini. Memang tak senonoh. Main terjah masuk je. Bagi salam pun tak ada.

Memuncung mulut Haura. Lengannya diusap-usap. Perit weh cubitan mak-mak ni. Nak terkupas kulit dia. Matanya melilau mencari kelibat Adrian Arreyan. Jumpa sahaja susuk tubuh itu, Haura mengernyitkan matanya lalu menggigit bibir dengan nakal.

Nasib bakal suami dia tak ada cedera dekat mana-mana. Nanti dia juga yang susah. Eh-

Adrian menggulingkan biji mata lalu menghadiahkan jelingan buat Haura. Datang dah si gedik ni.

"Sakit mommy." Suaranya dileretkan meminta simpati.

Datin Rose menggeleng kepala. Anak gadis dia yang satu ni tak habis-habis dengan drama dia. Patutlah sampai sekarang tak kahwin-kahwin lagi. Calon pun tak ada.

Nak jadi andartu tua ke apa?

"Jagalah perangai tu sikit. Kamu main masuk je. Tak sopan tahu tak?" Bebel Datin Rose. Anak bongsunya ini memang lain dari yang lain. Perangai sangat berbeza berbanding dengan anak sulungnya.

Rachel Sapphire pula jenis yang lembut manakala Haura jenis yang main redah je semua benda. Kadang anak gadisnya itulah yang membuatkan dia pening kepala.

Melihat Adrian yang keluar dari wad itu, Haura juga turut ikut keluar. Rindunya dengan abe Adrian. Aumss!

"Boleh tak kau jangan nak gedik sangat ikut aku?" Ujar Adrian kasar. Serabut betul dia tengok Haura ni.

"Kenapa tak boleh ikut bakal suami sendiri?" Kenapalah Adrian ni susah sangat nak terima dia. Dingin je memanjang. Wahai Encik Ais, izinkan saya menjadi matahari untuk cairkan sisi awak yang tersangat dingin tu.

Ahaks.

"Siapa nak jadi bakal suami kau?" Soal Adrian. Dia mengjungkit keningnya. Perasan je lebih! Siapalah nak kahwin dengan dia.

"You lah. Siapa lagi kalau bukan Adrian Arreyan. Jodoh Haura Avisenna."

Haura mengerdipkan matanya lalu menyenggol bahu Adrian menggunakan bahunya. Adrian bergedik ngeri. Makin menjadi pula gatal minah ni. Dia pula yang rasa seram. Macam nak lari je!

Gatal dia kalah ulat bulu! Ini dua kali ganda gatalnya.

"Perasan." Gumam Adrian. Dia membuka pintu kereta. Lalu masuk kedalam pacuan empat roda itu. Lebih baik dia balik rehatkan diri daripada melayan Haura.

Lagipula dia memang betul-betul penat.

Terkejut Adrian apabila Haura sudah selamat duduk dibahagian tempat duduk penumpang. Jap, bila minah senget tambah gedik ni masuk? Suka suki dia je masuk kereta orang tanpa kebenaran.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now