C H A P T E R 1 4

50.8K 3.1K 1.4K
                                    

SEBULAN telah berlalu selepas kejadian itu dan hubungan dia dan suaminya memang benar-benar renggang. Luth Arreyan menghindari dirinya setiap kali mereka bersua muka.

Angin sepoi-sepoi meniup lembut wajah bersih Bunga Qaisarah. Dia baru sahaja selesai shift malamnya. Selalunya Rico akan menjemputnya tetapi kali ini bayang-bayang Rico pun tidak kelihatan.

Luth? Nak harapkan suaminya memang taklah. Cukuplah dia menjadi beban. Dia tidak mahu menyusahkan lelaki itu lagi.

Dia berjalan menuju keperhentian bas. Langkahnya perlahan dan penuh berhati-hati. Helaan nafas terhela dibibir Bunga.

Setiap kali dia akan bertanya, dimanakah pengakhiran cerita mereka? Bahagia ? Entahlah, bagi dia hubungan mereka tidak akan kekal dan satu hari nanti Luth akan meninggalkan dia.

Bunga mendongak memandang langit. Malam ini tidak terlihat satu bintang pun bertaburan dilangit. Mungkin akan hujan. Dia melajukan langkahnya menuju ke perhentian bas. Takut jika hujan akan turun.

Dan betul tekaannya. Satu rintik hujan mula jatuh membasahi diwajahnya.

"Huh, hujan pula." Bunga berlari apabila hujan semakin menitik membasahi bumi. Nasib baik dia sempat berlindung diperhentian bas kalau tidak basahlah baju yang dipakainya ketika ini.

Hujan mula deras dan sejuk mula mencengkam tulang-belulang Bunga. Dia menggigil kesejukan.

Bunga melabuhkan punggung ditempat duduk yang disediakan diperhentian bas itu. Dia memeluk tote bagnya yang separuh basah kerana terkena air hujan.

"Allahumma soyyiban nafian." Doa ketika hujan turun itu dibaca tiga kali. Bunga menggosok kedua tanganya lalu meniup-niup bagi mewujudkan sedikit haba.

Tiga orang lelaki yang mencurigakan datang menghampiri Bunga. Mereka menapak mendekati Bunga lalu duduk disebelah kanan dan kiri Bunga yang tiada penghuni.

Bunga menggeserkan sikit badannya menjauhi mereka. Tidak selesa dengan tiga lelaki itu. Tiba-tiba dia rasa takut dengan mereka.

"Hai dik, seorang je?" Tanya salah seorang dari mereka. Bunga tidak menjawab. Dia hanya menundukkan kepala.

Dalam kepala sudah ligat berfikir bagaimana mahu melarikan diri. Bunga segera berdiri apabila seorang lagi dari mereka cuba memegang belakang Bunga.

"J-jangan." Bunga menggelengkan kepala. Dia segera menepis apabila lelaki tadi cuba memegang bahunya.

"Tenanglah dik, abang cuma nak teman adik yang manis lagikan ayu ni." Sambil bersiul nakal lelaki itu memandang tubuh Bunga dari atas hinggalah bawah tubuh Bunga.

Bunga semakin tidak keruan dan rasa takut semakin menguasai diri.

Dalam otaknya hanya terlintas nama Luth. Dia berharap yang Luth akan menjadi heronya ketika ini. Sepertimana hero yang menyelamatkan heroin.

Apabila ketiga-tiga lelaki itu mendekati dia, Bunga segera mengatur langkah berlari dalam hujan.

Bunga merogoh tote begnya. Dia mengambil telefon bimbit lalu dia cuba mendail nombor Luth dengan tangan yang terketar-ketar.

Dia berlari dengan sekuat hati tanpa memikirkan sekeliling. Hujan yang deras itu membasahi tubuhnya tetapi Bunga tidak peduli. Yang penting dia dapat melarikan diri.

Tetapi malangnya Bunga terjatuh terjelopok diatas tar jalan. Bunga meringis kesakitan. Punggung dan sikunya terasa sakit.

"Wah, wah kesiannya adik kita ni. Meh, abang bertiga tolong." Ketiga-tiga lelaki itu pantas mendapatkan Bunga.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now