C H A P T E R 2 0

55.1K 3K 739
                                    

BUNGA QAISARAH memandang kakinya yang tidak berlapik dengan dengan apa-apa pun. Kakinya sudah melecet akibat berjalan tanpa memakai apa-apa dikakinya.

"Huh, apalah nasib kau ni." Bunga ketuk kepalanya. Kalut sangat lari dari suaminya sampai lupa nak pakai sandal.

Bunga pandang sekeliling. Dia sendiri tidak tahu dia ada dimana ketika ini. Dengan pakaian hospital yang masih tersarung di tubuhnya. Nasib baik dia sempat memakai tudung sarung berwarna hitam untuk menutupi auratnya.

Angin malam menghantar getaran ketubuh mungil Bunga. Bunga peluk tubuh lalu mengusap lengannya bagi mewujudkan sedikit haba.

Perutnya yang tidak diisi sejak malam semalam kini berkeroncong hebat. Sadisnya hidup seorang Bunga Qaisarah.

Bunga tertawa getir. Hatinya sungguh sakit dengan perbuatan suaminya. Ya, memang betul dirinya sendiri yang meminta Luth untuk mengahwini dia, itupun kerana dia tidak mahu Luth menggunakan tubuhnya dengan hubungan mereka yang masih tidak sah.

Dia tidak mahu hidup dalam keadaan hina. Jadi dia meletakkan syarat Luth harus mengahwini dia jika ingin menggunakan tubuhnya. Bila-bila masa sahaja. Tubuhnya memang milik Luth seorang kerana Luth adalah suaminya.

Tetapi tidak sangka pula jalan hidupnya akan jadi begini. Dianggap sebagai perempuan simpanan, hampir dirogol, dan anaknya juga sudah meninggalkan dia dan itupun suaminya sendiri yang menggugurkan anak dalam kandungannya dengan menyuruh dia menelan pil penggugur kandungan.

Air mata diseka lembut. Dia belum puas merasai kehadiran bayi kecilnya didalam rahimnya.

Pin!

Bunyi hon kereta menyentakkan Bunga. Baru dia sedar yang dia berada ditengah jalan raya. Cahaya dari lampu kereta itu menghalang pandangan Bunga. Tidak berganjak kakinya di tengah-tengah jalan raya yang dilalui oleh banyak kereta.

Buk!

Bunga terjatuh apabila bumper kereta itu mengenai depan tubuhnya. Sudahlah dia masih belum sembuh daripada sakit keguguran dan sekarang pula dia dilanggar.

"Arg..." Jerit Bunga.

"Shit! Kau memang nak mati awal ke?" Jejaka bertubuh lampai itu keluar dari roda empat pacuan miliknya lalu berjalan mendekati Bunga.

"Oi perempuan. Kau memang dah tak sayang nyawa kan? Kalau nak bunuh diri tak payahlah nak pilih aku sebagai pembunuh. Kalau nak mati awal sangat pergilah gantung diri ataupun terjun kat laut. Senang." Tuduh lelaki itu. Nak mati pun tak payahlah di tengah-tengah jalan. Menyusahkan orang pula nak angkut bagai.

Bunga angkat kepala. Dia nak bunuh diri? Lelaki ni buta ke apa? Dia ingat aku kemaruk sangat nak mati sampai bunuh diri?

"Saya tak bunuh dirilah!" Bentak Bunga. Sakit pula hatinya bila dituduh sebegitu. Tak habis-habis dia sahaja yang dipersalahkan.

Lelaki itu angkat kening sebelah lalu menyilangkan tangan didadanya.

"Okey then, jangan halang laluan aku boleh?"

"Saya tak halang pun laluan awak. Saya cuma..." Belum sempat Bunga menghabiskan bicaranya lelaki itu terlebih dahulu mencelah.

"Kau cuma nak cari jodoh dengan cara ni bukan? Pura-pura macam mangsa kena langgar lepas tu konon-konon cedera. Jadi aku yang kacak ni kena hantar kau kat hospital lepas tu kau akan kata kat aku macam ni 'saya tak ada tempat nak tinggal. Saya baru je lari sebab kena halau.' kan?" Lelaki itu masih tidak habis-habis menyalahkan Bunga. Lelaki itu mengajuk cara perempuan berkata.

Bunga terlopong. Hei, dia bukan macam tulah! Suka hati dia je cakap aku macam tu. Tolonglah, dia dah kahwin dah pun. Nak cari jodoh lagi buat apa?

"Mulut awak tu kenapa asyik cakap benda karut je eh?" Geram pula Bunga. Kecil besar kecil besar je dia tengok lelaki ni.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now