C H A P T E R 1 9

52.1K 3K 384
                                    

RACHEL SAPPHIRE memandang Adrian Arreyan dengan pandangan tajam. Boleh percaya ke mamat ni? Entah-entah saja je nak buat cerita sebab cemburu dengan hubungan dia dengan suaminya, Luth.

Kalau dia cakap dia taknak maknanya memang dia taknaklah. Buat apa nak paksa kan?

"You sedar tak apa yang you cakap ni? Dia adik kembar you. How dare you tuduh dia macam tu. Look, I tahu yang you saja nak cakap macam tu sebab yelah I tolak you kan? Sorry but taktik tu dah lapuk. I takkan terpedaya dengan kata-kata you." Ujar Rachel dengan nada menyampah. Tolonglah, dia ingat aku nak percaya ke?

Dia dan Luth dah lama jadi pasangan dan masing-masing sudah mengenal perangai masing-masing. Dia dan Luth saling melengkapi satu sama lain dan mereka juga menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dia tahu Luth akan sentiasa setia dengannya. Lagipun, suaminya sudah berjanji tidak akan menduakan dirinya dan begitu juga dengan dia.

Adrian tetap dengan senyuman sinisnya. Jadi buah hati dia tak nak percaya dialah ni?

"Kau yakin yang dia setia dengan kau? Kesian kau kan, kena tipu hidup-hidup? Padahal laki kau sebenarnya simpan perempuan belakang kau." Adrian cuba meyakinkan Rachel bahawa dia tidak berbohong dengan apa yang dia ucapkan tadi.

Rachel cuba menenangkan hati yang sudah sedia panas. Kang ada juga dia lempang mamat ni kat sini. Sabar baby, kalau dia masih tuduh papa kita baling je pasu bunga mama kat kepala dia. Bagi pakcik baby ni sedar sikit.

"I memang takkan percaya sebab I kenal Luth macam mana. You cakaplah apapun tentang dia, I tetap akan percaya dengan suami I je. Memang you ingat ni drama TV3 eh yang suami dia curang dengan perempuan lain lepas tu bini dia meroyan. Hah, macam tu?" Sindir Rachel pedas. Macam ringan je tangan dia nak tampar si Adrian ni tapi dia tahan je.

Adrian mencengkam lengan Rachel. Dia rasa nak mengamuk apabila buah hatinya tetap menangkan adik kembarnya. Apa istimewa dengan Luth tu? Rupa? Dia pun ada rupa juga. Harta? Kalau tu usah nak dikata harta dia memang bertimbun.

Rachel mengerutkan dahi apabila cengkaman Adrian dilengannya terasa sakit. Dia cuba melepaskan diri tapi Adrian pantas menarik dirinya hinggakan tubuhnya melekat ditubuh Adrian.

Badan Rachel dipusingkan hingga badan belakang Rachel melekat dibahagian depan tubuh Adrian. Adrian menyengih sinis. Nafsunya tiba-tiba datang apabila terasa seluruh lekuk tubuh Rachel yang melekat ditubuhnya.

Adrian cuba menahan rasa yang bertandang.

"You buat apa ni, Ad! You jangan nak macam-macam dengan I kalau tak I panggil pengawal untuk heret you keluar!" Jerit Rachel. Dia cuba menyiku perut Adrian tetapi lelaki itu lebih pantas menahan tangannya dan membawa keperut Rachel.

Adrian mendekatkan bibirnya ditelinga Rachel. Membisikkan sesuatu kepada wanita itu.

"Kan bagus kalau kau bawa anak aku kat sini. Bukan anak jantan tak guna tu."

Meremang bulu roma Rachel apabila Adrian berkata sebegitu rupa. Dirinya sudah menggeletar ketakutan.

"I- I jerit ni!" Ugut Rachel.

Adrian ketawa kuat. Apa? Dia ingat aku takutlah kalau dia jerit.

"Kau jerit aku tutup mulut kau guna bibir aku. Nak?"

Rachel terus berhenti meronta apabila diugut begitu. Bibir dia hanya untuk suaminya bukan lelaki lain.

"You gila!"

"Ya, aku memang gila. Gilakan kau!" Herdik Adrian. Dia menghidu bauan dari rambut Rachel. Dia terbuai seketika. Dia menghidu bauan lavender itu dengan mata yang terpejam.

Adrian bersiul nakal. Lidahnya digigit.

"Aku tetap nak kau jadi milik aku. Tak kira apapun. Kalau aku tak dapat jadi orang lain pun takkan dapat. Ingat tu."

BUNGA QAISARAH turun dari katil. Keadaannya yang lemah menyukarkan pergerakannya. Bunga mencabut iv drip ditangannya. Entahlah, tidak terhitung berapa kali sudah dia membuka iv drip itu. Nasib baik doktor yang datang memeriksa dirinya tidak memarahi dia.

Bunga mendesis kesakitan. Ada darah yang mengalir tetapi syukurlah hanya sikit sahaja. Luth Arreyan yang masih terlena dengan posisi duduknya dan kepala yang terlentok disisi katil dipandang sekilas.

Takut-takut jika lelaki itu bangun. Susah juga dia nak bergelut.

Dalam otaknya sudah ligat memikirkan cara untuk lari dari suaminya. Dia ingin jauh dari lelaki itu.

Perlahan-lahan Bunga melangkah dengan langkah yang berhati-hati. Celah kelangkangnya masih lagi sakit akibat dari keguguran itu.

Bunga berjaya melangkah keluar dari wad itu. Akhirnya. Bunga hela nafas. Dia ingin lari! Tidak kira apapun dia mahu larikan diri dari lelaki itu.

Lelaki itu memang gila. Sanggup membunuh anak dalam kandungannya. Bunga tertanya-tanya bagaimana Luth boleh tahu tentang kandungannya.

Bunga hanya berjalan dengan nafas yang sedikit tercungap-cungap kerana perutnya yang masih sakit.

Dia harus lari dari lelaki itu! Titik.

Tidak lama kemudian, Luth Arreyan mencelikkan matanya. Dia mengangkat muka dan menggosok matanya.

Luth merenggangkan badannya yang terasa sedikit sengal akibat dari tidur dengan posisi duduk. Dahi Luth berkerut apabila Bunga tiada diatas katil.

Dimana pula isterinya?

Luth bangun dan terus menuju ke tandas yang memang disediakan khas diwad kelas satu itu. Dia mengetuk pintu tandas.

"Bunga, kau ada kat dalam ke?" Luth melekapkan telinganya dipintu. Tiada apa-apa bunyi.

"Aku buka pintu ni." Masih tiada sahutan.

Luth yang merasa curiga terus membuka pintu tandas itu. Matanya melilau mencari susuk tubuh isterinya.

Tiada.

Luth ketap gigi. Takkan Bunga lari? Dia cuba tenangkan diri dari mengamuk. Huh, kau lari ya sayang?

Telefon bimbitnya diambil dari poket seluar. Dia mendail nombor Rico.

"Track her." Arah Luth apabila panggilan disambut.

Dia takkan biarkan Bunga lari. Nasib baik dia sudah meletakkan pelacak kecil dicangkuk bra isterinya. Semalam, dia memang sengaja cuba meraba tubuh isterinya dan akhirnya meletakkan pelacak kecil itu dicangkuk bra Bunga. Nasib baik dia tak perasan.

Dia hanya meletakkan pelacak itu kerana takut jika Bunga lari daripadanya. Dan betul telahannya, Bunga memang cuba untuk lari.

Apa? Ingat dia bodoh sangat ke tak tahu yang Bunga memang merancang untuk lari?

"Aku nak kau share lokasi terkini dia kat aku. Secepat yang mungkin."

"Baik tuan muda."

Luth matikan talian.

Dia tahu yang Bunga takkan lari jauh dengan keadaannya yang masih lagi lemah. Dia yakin yang Bunga takkan mampu lari jauh daripadanya.

Kerana, dia akan sentiasa mencari Bunga walau dengan apa jua cara sekalipun. Larilah hujung dunia dia tetap akan kejar.

Sebab, Bunga hanya milik muthlak seorang Luth Arreyan. Dan sampai bila-bila.

•••

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now