C H A P T E R 3 4

40.5K 2.7K 771
                                    

PRANG!

BUNYI kaca pecah menggamit perhatian Adrian Arreyan. Dia mengatur langkah menuju ke satu bilik. Kunci dikeluarkan dari poket seluar lalu dia membuka tombol pintu menggunakan kunci itu.

“Ark...”

Adrian mendengus kasar melihat nasi yang sudah bertaburan di atas lantai. Dia mendekati gerangan yang sedang jatuh terjelepok diatas lantai itu.

“What the–”

“Kau kalau tak menyusahkan tak boleh ke?” Marah Adrian. Dahlah dia penat, belum sempat dia nak rehat tetiba pula perempuan ni bagi masalah kat dia.

“A-awak...”

“T-tolong bawa saya balik.”

“S-saya nak balik. B-bawa saya balik dekat Luth balik, please.” Rayunya bersama tangisan yang semakin menjadi-jadi. Dia mengengsot merapati Adrian lalu memeluk kaki Adrian. Merayu kepada lelaki itu supaya permintaannya ditunaikan.

Adrian berdecit halus. Kakinya cuba dilepaskan dari pegangan perempuan itu. Ditendang kasar hinggakan perempuan itu merintih kesakitan.

“Kau fikir dia nak kau lagi ke hm? Dahlah cacat, muka kau pun dah tak cantik macam dulu lagi. Kau fikir dia masih nak dekat dengan kau lagi ke hm, Bunga Qaisarah Binti Abdullah?” Sinis Adrian. Mukanya menayang pandangan kosong. Suara tangisan sayu yang menerpa gegendang telinga tidak dihiraukan. Dikeraskan hatinya supaya tidak simpati kepada wanita itu.

Bunga Qaisarah melepaskan tangisannya dengan kuat. Melepaskan rasa yang terpendam dihati. Lima tahun dia terkurung didalam penjara seorang Adrian Arreyan.

Rindu kepada suaminya hanya dia sahaja yang tahu betapa seksanya. Hari-harinya seperti neraka sahaja ditempat ini. Dikurung dan diseksa.

Kakinya juga lumpuh akibat kemalangan lima tahun lepas. Mukanya juga berparut panjang di pipi kanan hingga dagu pipi kirinya. Panjang. Parut itu memang membuatkan dia tampak menakutkan. Tiada lagi kecantikan yang ada pada dirinya selain orang hanya akan jijik memandang dia.

“A-awak... S-saya rindu dekat Luth. Dengar suara dia pun saya dah bersyukur. T-tolong... Tolong saya. Cukup dengar suara dia pun saya rasa bersyukur sangat. Saya terseksa nak tanggung rindu ni. Saya n- nak dengar suara dia.”

Allah, dia tak kuat. Dia rindu belaian seorang Luth Arreyan kepada dia. Dia rindu untuk bermanja dengan lelaki itu. Biarpun lelaki itu selalu mengasari dirinya tetapi lelaki itu tetap melindungi dia. Tidak pernah gagal dalam menyelamatkan dia daripada bahaya yang menimpa dirinya.

Bodohnya dia, kalau dulu dia tahu yang Luth melakukan itu semua kerana terpaksa. Pasti dia akan sentiasa berada disamping Luth.

Ah, dia memang isteri yang derhaka. Sebab itulah Allah menghukum dia sebegini rupa.

“P-please... Saya nak dengar suara dia je. Cukup, saya merayu sekali pun jadilah.” Rayu Bunga tidak putus asa.

Adrian mendengus sebal. Serabut betul dia dengan perangai Bunga. Rindu konon.

“No! Tak boleh!” Tolak Adrian. Bahaya jika Bunga merancang melakukan sesuatu. Manatahu perempuan itu sedang memikirkan cara untuk keluar daripada kurungannya. Jadi dia harus berjaga-jaga.

Bunga semakin buntu. Rasa sesak didada semakin mencengkam. Dia rindukan Luth sangat-sangat. Lima tahun bukanlah waktu yang senang untuk dia teruskan hidup dalam keadaan sebegini. Dia hampir berputus asa dan membunuh diri kerana kekurangan dirinya.

Lemahnya seorang insan bernama Bunga Qaisarah. Ya Allah, bantu hambaMu ini.

“A-awak, s-sumpah saya tak akan buat apa-apa. S-saya janji takkan b-buat macam-macam. Saya cuma nak dengar suara dia je, saya rindukan dia sangat-sangat. K-kalau awak risau saya buat sesuatu diluar dugaan a-awak, tak apa awak boleh tutup mulut saya guna sesuatu. Saya cuma nak dengar suara suami saya je.” Bunga masih lagi tidak berputus asa untuk memujuk Adrian. Tangannya dilekapkan sesama sendiri lalu dia memohon kepada Adrian. Bunga menyentuh kaki Adrian.

“S-saya melutut dekat awak. Sekalipun jadilah.” Bunga ketap bibir menahan rasa sesak yang semakin memberat didada.

Takkan susah sangat permintaan dia?

“Tch.”

Adrian melepaskan pegangan Bunga pada kakinya lalu berganjak pergi. Bunga teresak menangis. Susah sangat ke apa yang dia minta? Kenapa Adrian kejam sangat kat dia? Kenapa Adrian sanggup kurung adik ipar dia sendiri, isteri kepada adik kembarnya. Apa dosa Bunga dekat Adrian hinggakan Adrian memperlakukannya sebegini rupa? Batin Bunga meronta.

Adrian masuk kembali kebilik tempat dia mengurung Bunga dan mengambil sesuatu dilaci meja night stand itu. Sesuatu diambil lalu dia kembali mendekati Bunga.

Tidak lama kemudian, Bunga terasa mulutnya di tutup dengan soletap. Dia mendongakkan kepala. Adrian memandang Bunga lalu menjeling tajam.

“Sekali ni je, aku takkan bagi kau lain kali.” Ujar Adrian datar. Telefon pintarnya dikeluarkan dari poket seluar lalu dia mencari nama Luth dan mendail nombor itu.

Bunyi deringan kedengaran. Bunga pula terasa berdebar-debar. Dirinya tertanya-tanya sihatkah lelaki itu? Tidak rindukan lelaki itu kepadanya? Kenapa Luth tidak pernah mencari dia?

Takkan Luth sudah tidak ada perasaan terhadap dia? Takkan Luth tidak perasan akan ketiadaan dia?

“Hello...” Suara Luth menerpa gegendang telinga. Air mata Bunga semakin banyak mengalir. Suara garau itu seperti merentap tangkai hati Bunga. Betapa rindunya dia...

“Ad, kau kenapa call aku memalam ni? Ada apa-apa masalah ke?”

Diam.

Manakala Luth ditalian pula sudah pelik.

“Ad, aku tanya ni kau ad—” Belum sempat Luth menghabiskan ayatnya, Adrian terlebih dahulu mematikan talian.

“Dah, kau dah dengar kan suara dia?” Soletape yang dilekapkan dimulut Bunga dibuka kasar sehingga Bunga meringis sedikit.

Bunga tersenyum nipis dalam tangisan. Dengar suara itu pun sudah buat dia rasa lega sedikit. Tahulah dia bahawa lelaki itu baik-baik sahaja.

“T-terima kasih.” Ucap Bunga ikhlas.

Adrian hanya menggumam sahaja.

Tubuh Bunga dicempung lalu diletakkan dikatil. Kerusi roda milik Bunga juga diletakkan bersebelahan dengan katil agar Bunga dapat mengambilnya dengan mudah.

“Kau tunggu sini, aku bersihkan dulu dan ambil makanan baru untuk kau.”

Bunga tidak menghiraukan Adrian sebaliknya dia menunduk melihat kakinya yang sudah lumpuh. Tidak boleh digunakan. Parut diwajahnya disentuh perlahan. Bergetar tangannya apabila menyentuh bahagian kasar pada parut itu.

Bunga ketawa sinis. Betullah kata Adrian, kalau dia kembali kepada Luth pun, lelaki itu akan terima dia ke? Dia hilang pun Luth tak cari dia. Mestilah dia akan dikeji nanti.

Apa yang kau harapkan Bunga?!

I hate you, Luth. I hate you.”

LUTH ARREYAN memandang pelik kearah telefon pintarnya. Aik, dah mati? Kenapa pula Adrian menghubungi dirinya?

Ada sesuatu ke? Malas mengambil tahu, Luth terus mencampak kasar telefon pintarnya diatas katil.

Bathrobe yang tersarung ditubuhnya dikemaskan sedikit. Takut terlondeh.

Potret wajah Bunga ditatap dengan senyuman nipis dibibirnya. Kemudiannya, satu keluhan terbit.

I Miss you.”

•••

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now