C H A P T E R 2 2

53.5K 3.3K 420
                                    

LUTHFIRASH ARREYAN memandang wajah ketat abangnya. Kotak yang berisi kepala itu dibuang jauh. Yucks, main kotor betul orang tua tu.

"Busuk siot darah orang tu. Dia banyak dosa kat dunialah tu." Selamba sahaja Luthfirash mengutuk. Dia menjauhkan tangannya yang sedikit terkena darah. Nak kena cuci pakai clorox ni.

Luth Arreyan hanya berdiri kaku.

"Woi, kau nak jadi mannequin ke?"

"Jaga isteri aku kejap. Aku ada hal nak kena buat." Ujar Luth dengan nada yang datar. Lalu berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Luthfirash yang terkebil-kebil memandang abangnya.

"Kena tangkap khalwat dengan bini dia nanti baru tau." Omel Luthfirash tidak puas hati. Hem, tak habis-habis aku je yang kena jaga bini dia.

Getaran dari telefon bimbit miliknya dikocek seluar menandakan ada mesej masuk membuatkan Luthfirash menggerutu perlahan.

Luth.
Aku ada masakkan bini aku bubur ayam. Bagi dia makan. Taknak bayi aku nanti lapar.

Me.
Takkan nak tengok bini kau tak pakai tudung?

Luth.
Hotak kau! Kau jangan nak memacam eh. Aku mandulkan nanti baru tau.

Luthfirash ketawa mengekek. Hah, tahu takut. Sayang sangat dengan bini dia tu. Dia menggeleng perlahan. Eh bubur ayam? Sejak bila pula abang kembar dia pandai masak ni. Ada bini tup tup terus pandai masak.

Sekali lagi bunyi deringan telefon bimbit miliknya membuatkan Luthfirash memaki perlahan. Eii, budak ni tak habis-habis nak kacau aku.

"Apa?!" Jawab Luthfirash sedikit kasar apabila panggilan sudah berjawab. Dia marah ni.

"Abang tengking saya?" Suara lunak isterinya menyapa gegendang telinga. Erk? Isteri? Dia melihat nama yang tertera difelefon bimbitnya.

Babygirl ❤️

Alamak! Hah, tak pepasal nanti kena suruh tidur luar.

"Ehem, sayang..." Luthfirash berdehem. Minta-mintalah isteri dia tak merajuk. Dia ingatkan Luth rupa-rupanya isteri tercinta!

"Abang pergi mana? Saya dahlah penat nak tunggu abang balik. Haih, ke abang ada perempuan lain kat belakang saya?" Teka Rachel.

"Mana ada!" Pintas Luthfirash pantas. Cukuplah bini dia seorang. Yang ni pun letih dia nak jaga. Belum lagi sikap manja Rachel, lagi-lagi bila isterinya itu sudah mengeluarkan jurus menggoda. Boleh tersungkur dia.

"Abang balik dalam 30 minit dari sekarang. Kalau tak say goodbye lah ya. Tidur luar ! Tak ada peluk-peluk!" Ugut isterinya. Luthfirash sudah kalut. Dia menjeling sekilas jam yang terletak elok ditangannya.

"S-sayang! A-" Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Rachel terlebih dahulu mematikan talian. Ha, sudah! Dia taknak tidur kat luar! Aa, sudahlah dia rindu dengan isterinya. Takkan nak berjauhan pula? Tak sanggup dia!

Habistu macam mana pula dengan isteri abang kembarnya? Takkan nak tinggal sorang-sorang kat sini? Dahlah bahaya. Haih, ni yang dia tak suka. Abang kembar dia selalu je hilangkan diri tanpa fikirkan dia.

Dia mencari nama Luth lalu mendail nombor abang kembarnya. Tidak mengambil masa yang lama untuk talian bersambung.

"Balik sekarang!"

"Aku ada kerja nak buat. Kau dah kenapa?"

"Ah, tak ada! Kau balik atau aku tinggalkan bini kau seorang diri kat rumah ni?" Ugut Luthfirash. Dia sudah mundar-mandir diruang tamu itu.

"Eh, si-"

"Balik! Rachel dah merajuk dengan aku tahu tak?!" Luthfirash meninggikan sedikit nada suaranya. Dia dahlah tengah terdesak sekarang ni. Abang kembar dia pula buat pasal. Tak pasal-pasal dia sumpah jadi macam si Tanggang sebab derhaka dengan dia. Eh?

Ah, tak kesahlah abang dia baru pergi. Yang penting sekarang ni dia taknak tidur kat luar.

"Tak guna punya adik." Sempat lagi Luth memaki Luthfirash sebelum mematikan talian.

LUTH ARREYAN menyepak pelipat lutut Luthfirash hinggakan dia ingin jatuh tersembam kelantai. Nasib baik dia sempat seimbangkan diri.

"Adik paling puaka pernah aku ada." Kutuk Luth tidak puas hati. Rasa macam nak mengamuk pun ada. Mana taknya, dia dahlah baru keluar tiba-tiba dipertengahan jalan dah kena arah balik rumah.

"Ah, tak kesah! Aku nak balik. Nanti Rachel merajuk!" Ujar Luthfirash lalu tergesa-gesa pergi dari situ. Dia kena bagi 30 minit je tau tapi sekarang dah tinggal 15 minit. Kalau macam ni baik dia pecut.

Luth menjeling tajam Luthfirash. Kelibat Luthfirash dihantar dengan pandangan mata sahaja. Dulu beria-ria cakap yang Rachel tu bala bagi dia. Sekarang ni apa pula?

Hampeh!

Kakinya laju saja mendaki anak tangga. Tiba-tiba pula rindu dengan Bunga. Bilik yang dia tempatkan Bunga itu dituju dan dipulas tombol pintu. Isterinya masih lagi dalam lena.

Luth tersenyum nipis. Dia duduk dibirai katil lalu wajah putih bersih itu diusap perlahan. Bunga merengek apabila lenanya terganggu. Luth menepuk belakang tubuh isterinya, mahu mendodoikan sang kekasih hati. Ciee.

Rambut hitam pekat Bunga dielus lembut. Anak-anak rambut yang kecil itu diselit dibelakang telinga isterinya.

"Bidadari syurga milik Luth Arreyan. Dan selama-lamanya akan menjadi milik Luth Arreyan." Bisik Luth lembut ditelinga Bunga. Hembusan nafasnya terasa dileher Bunga.

Bunga menggeliat sedikit. Luth membuka baju yang tersarung ditubuh sasanya lalu turut membaringkan diri disebelah isterinya. Dia menghadapkan Bunga berhadapan dengannya.

Bibir Bunga yang sedikit terbuka itu dicium sekilas.

Luth menurunkan wajahnya tepat diperut rata Bunga. Baju Bunga diselak sedikit. Perut yang masih lagi rata itu dicium sekilas.

"Hey baby. Daddy is here." Luth tidak dapat menahan diri dari tersenyum lebar. Ahh, indahnya perasaab ini. Tak lama lagi dia akan menjadi seorang ayah. Akan ada yang memanggilnya 'daddy'. Benihnya yang bercambah dirahim Bunga adalah tanda kasih mereka berdua. Tidak tahu jika isterinya mempunyai perasaan yang sama sepertimana dia mencintai isterinya.

Dia tidak tahu sejak bila lagi dia sudah jatuh cinta kepada Bunga. Tetapi yang dia tahu hatinya memang milik Bunga Qaisarah seorang.

Begitu juga dengan Bunga Qaisarah, hanya milik Luth Arreyan sahaja.

Dia akan tetap mempertahankan isterinya. Dia tahu selama ini dia berkasar dengan isterinya tetapi itu juga demi kebaikan Bunga. Dia tidak mahu jika datuknya tahu yang Bunga adalah isterinya.

Biarlah orang lain tahu bahawa Bunga hanyalah perempuan simpanan dia. Memang itu yang dia mahukan. Dia tidak mahu kehilangan isterinya seperti ayahnya yang kehilangan ibunya dahulu.

Dia tidak akan benarkan datuknya menyentuh walaupun sedikit kulit isterinya. Dia akan melindungi Bunga dan juga bakal bayi mereka.

"Sayang, I dont know if you heard this but trust me my love, i love you and only you. Aku minta maaf sebab selama ni aku banyak sakitkan hati dan tubuh kau. Tapi percayalah. Aku buat semua ni untuk kebaikan kau. Jangan pernah penat dengan aku. Aku janji aku akan layan kau macam bidadari lepas aku selesaikan semua ni. Tunggu aku."




𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now