C H A P T E R 3 2

43.1K 2.9K 687
                                    

LIMA tahun sudah berlalu. Luth Arreyan tetap meneruskan kehidupannya tanpa bidadari miliknya. Bunga Qaisarah, kekasih hatinya. Masuk hari ini sudah genap lima tahun Bunga meninggalkan dia.

Luth? Masih sama seperti dulu cumanya dia telah berubah menjadi lebih dingin dari yang sebelum ini. Lima tahun tanpa bidadarinya membuatkan Luth merasa sunyi. Tiap saat merindukan wajah dan senyuman seorang Bunga Qaisarah.

Rindu akan tawa dan semuanya. Tapi dia pernah buat Bunga ketawa ke?

Butang baju kemejanya dibutangkan lalu dia mengambil kot baju berwarna biru dan dipakaikan ditubuh sasa itu.

Luth senyum tawar. Kalaulah Bunga ada disini. Mesti Bunga yang akan uruskan semua ini. Manjakan dia, masakkan dia, pakaikan dia baju dan lain-lainnya.

Rindu...

Selesai sahaja dia menyiapkan dirinya , Luth keluar dari dalam biliknya dan terus mengorak langkah menuruni anak-anak tangga menuju ke tingkat bawah. Langkahnya diatur laju kerana dia sudah terlewat ingin ke pejabat. Dia terlajak tidur tadi nasib Puan Sri Hasnah tolong bangunkan dia.

Kalau tak , cutilah jawabnya.

"Daddy." Suara kecil itu menyapa gegendang telinga Luth. Luth tersenyum lebar lalu mendepakan tangannya mengangkat budak perempuan itu.

"Hey babygirl, where is your mom and your dad, hmm?" Luth cuba bercakap dengan budak perempuan yang baru berusia 2 tahun itu. Pipinya yang tembam dicuit lalu Luth mencium bertalu-talu pipi tembam itu. Mengekek budak tu ketawa.

Mawar Hemilin.

Nama anak kedua Luthfirash dan juga Rachel. Comel je anak perempuan Luthfirash dan Rachel. Cantik pula tu. Tengoklah mak ayah dia siapa.

"Kau baru bangun ke?" Luthfirash mengambil tempat disebelah kanan Adrian yang sedang melayan anak sulung Luthfirash. Yang satu tu pula banyak sangat kerenah dia. Tak terlayan Adrian nak layan budak kecil tu.

Sekejap nak itu sekejap nak yang ni. Adui, pening kepala Adrian. Nanti dia ada anak pun macam ni ke? Hah, matilah dia nak layan anak dia kalau nakal macam ni juga.

"Hezad Qarish." Luthfirash menekankan suaranya. Saja menegaskan sikit suara. Anak lelaki dia ni memang mengada sangat. Manja pun ya, tapi dengan pakcik-pakcik dia je. Kalau dengan orang lain reti pula malu dan duduk diam.

"Haah, aku baru bangan. Nasib tak terbabas." Beritahu Luth. Mawar didukungnya. Kedua-dua anak Luthfirash dan Rachel memang rapat dengan Luth dan Adrian. Kalau Hezad rapat dengan Adrian, Mawar pula rapat dengan Luth.

Nak berkepit je keduanya.

"Halah, siapa suruh kau kerja tak ingat dunia. Tidur pun lewat sangat." Perli Luthfirash. Sejak kematian Bunga, Luth telah menjadi seorang yang workcaholic. 24 jam dengan hal kerja dia. Pula tu, kerja kat pejabat pun kena bawa kat rumah.

Tapi dia rasa bersyukur kerana akhirnya sekarang Luth sudah boleh menerima takdir dan ketentuan dariNya. Kematian Bunga memang membawa kesan yang buruk dan teramat dalam kepada Luth sehinggakan abang kembarnya itu kembali kepada perangai yang asalnya.

Minum arak , dan main perempuan.

Mujurlah dia ceramahkan Luth tetapi itupun makan masa juga. Jenuh dia nak nasihat. Bukan Luth dengar pun. Tetapi Alhamdulillah, sekarang Luth sudah mula berubah. Tapi itulah , dia takut abang kembarnya itu hanya berpura-pura sahaja. Depan macam dah baik tapi kat belakang buat perangai syaitan dia.

Luth menjeling tajam. Suka hati dialah. Tu je cara dia untuk mengurangkan kerinduan dia kat Bunga walaupun sedikit. Dia sibukkan diri sebab tak nak terbawa dengan emosi sedih dia.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now