C H A P T E R 2 3

53.8K 3.1K 403
                                    

BUNGA QAISARAH mencelikkan mata beberapa kali sebelum membuka dengan luas. Dia menguap beberapa kali. Mata pula masih terasa berat. Lain macam pula rasa badan dia. Macam nak tidur je sepanjang masa.

Bunga memandang tangan yang terletak elok diperutnya. Eh? Tangan siapa pula ni? Dia lantas menoleh kesebelah. Wajah polos Luth Arreyan yang sedang tidur menarik perhatiannya.

Dahi Bunga berkerut pelik. Eh, dia kat mana ni? Dia memandang sekeliling. Semuanya berwarna kelabu. Tiba-tiba je tekak dia nak mengeluarkan sesuatu. Bunga tekup mulut.

Dia menggoyang tangan Luth beberapa kali. Ah, dia tak tahan. Rasa macam nak muntah sekarang!

"A-awak..." Rasa loyanya semakin menjadi-jadi.

"Kau kenapa ni?" Suara serak Luth menyapa gegendang telinga Bunga. Luth terpisat-pisat memandang Bunga yang menekup mulutnya. Dah kenapa budak ni?

Bunga yang tak tahan terus mengalihkan tangan sasa Luth dari perutnya dan terus berdiri. Baru sahaja dia ingin berlari, kakinya terasa seperti terkunci. Bunga menundukkan kepala. Melihat apakah yang menghalang dirinya. Satu besi rantai dililit dikeliling pergelangan kakinya.

Kenapa benda ni tetiba pula ada? Dia terasa nak muntah tahu tak?! Oleh kerana tidak dapat menahan rasa loya, Bunga terus memuntahkan muntahnya dilantai.

"Tak apa, kau keluarkan semua." Terasa satu usapan lembut diperutnya. Tubuh Bunga ditarik didalam pelukan. Wajahnya didongakkan. Kedua-dua pipi Bunga dipegang oleh Luth hinggakan memuncung bibirnya.

"Maaf sebab rantai kau." Sisa muntah dimulutnya dilap dengan gerakan perlahan oleh Luth dengan tangan sendiri. Luth terus duduk mencangkung ingin membuka kunci rantai itu. Tubuh Bunga terus dicempungnya.

Bunga terkebil-kebil memandang kelakuan Luth. Selalu tak macam ni. Mungkin sebab rasa bersalah? Bunga membuat andaian sendiri.

Sampai sahaja dikamar mandi. Bunga diletakkan dihadapan sinki.

"Kau nak muntah lagi?" Tanya Luth dengan prihatin. Dia tahu rasa loya itu memang morning sickness yang dirasai oleh ibu-ibu mengandung.

Bunga masih kaku. Pelik dengan suaminya. Erk, macam pelik je. Kena rasuk ke? Astaghfirullah Bunga, kau cakap apa ni? Hilang sekejap rasa loya.

Bunga terus membongkok apabila rasa loya tiba-tiba datang lagi. Ah, dia benci bila nak muntah.

Luth menggosok belakang badan Bunga. Dia menyisir rambut Bunga menggunakan jari-jemarinya lalu diikat dengan sanggul rambut yang berwarna hitam.

"Dah keluarkan semua?" Luth memandang Bunga dari tepi. Melihat Bunga yang menganggukkan kepala, Luth terus sahaja membuka paip air dan membasuh muka Bunga. Terpejam mata Bunga apabila Luth mengusap wajahnya.

"Aku nak mandikan kau. Tunggu kejap." Kata-kata dari suaminya membuatkan Bunga kalut. Eh , dia boleh mandi sendirilah. Ingat dia tak pandai mandi ke? Baru sahaja Bunga ingin menegah, Luth terlebih dahulu memandangnya tajam.

"No objection, kau taknak aku gomol kau kat sini juga."

Haih~ reda jelah.

TAN SRI HANZEL tersenyum memandang frame gambar arwah isterinya. Rindunya dia terhadap arwah isterinya hanya dia yang tahu. Senyuman, tawa dan segala-galanya.

"Abang nak makan? Saya dah masak" Puan Sri Hasnah muncul dipintu bilik kerja suaminya.

Tan Sri Hanzel menggeleng perlahan. Dia tak rasa nak makan sekarang. Sejak kematian isterinya, jarang sekali dia makan dirumah. Dia terlalu rindu dengan air tangan Puan Shofia.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now