C H A P T E R 3 7

39.1K 2.6K 489
                                    

BUNGA QAISARAH memandang sayu kearah cermin yang memantulkan bayangan wajahnya. Wajah itu kelihatan sembab kerana sudah banyak mengalirkan air mata.

Dia pejamkan mata. Sekali lagi, air matanya turun meluncur laju menuruni lekuk dagu. Bibirnya digigit kuat sehinggakan mengalirkan sedikit darah.

Dia benci tengok diri dia yang sekarang. Dari dulu sampai sekarang dia hanyalah perempuan yang lemah. Yang senang ditipu dengan kata-kata manis seorang Luth Arreyan.

Dia lemah dalam menepis segala-galanya tentang Luth. Bunga melihat parut panjang dipipinya. Hodoh, dia memang bukan perempuan yang sesuai berdamping dengan Luth. Benar kata mereka, dia dan Luth bagaikan langit dan bumi.

Bagi enggang dan pipit.

Yang selamanya takkan mampu bersama.

Dari dulu...

...Sampai sekarang

Dia hanya simpanan untuk Luth Arreyan. Tidak lebih. Hanya itu. Walaupun mereka mempunyai ikatan suami isteri.

“Apa salah saya? Kenapa awak buat saya macam ni? Why? Why? Why?” Berkali-kali dia menanyakan itu kepada dirinya. Bunga merasakan dialah paling bodoh kerana senang tertipu dengan semua perlakuan dan kata-kata dari suaminya.

“Damn, its hurts. Lima tahun ni awak tak cari saya? Saya ni siapa sebenarnya bagi awak, Luth? Saya terseksa awak tahu tak? Luar dalam saya terluka. Kenapa bukan awak yang datang untuk sembuhkan luka ni malah awak yang toreh luka ni berkali-kali. Why?” Esakan kuat terluah dari bibir mungil itu. Rasa sesak mencengkam didadanya. Tangannya naik menggengam rambut lalu ditarik. Dia seperti orangg gila.

Untuk apa dia hidup kalau hanya untuk disakiti. Untuk apa dia hidup kalau tidak merasakan bahagia.

Sakit. Dia juga mahu bahagia seperti wanita-wanita diluar sana. Tetapi mengapa yang dia peroleh hanyalah sebuah kedustaan?

“Saya hilang anak saya. Buka mata je  saya hilang semuanya. Tapi awak? Sampai hati awak. Awak tinggalkan saya menderita sedangkan awak bahagia kat sana.”

“Awak tipu tentang semuanya. Saya benci. Benci. Benci!” Bunga gertakkan giginya. Pandangannya penuh kebencian memandang cermin yang memantulkan bayangan wajahnya itu.

Tangan diangkat tinggi lalu Bunga menumbuk kuat cermin kaca itu. Retak. Separuh daripada serpihan kaca itu jatuh kelantai.

Darah segar mengalir keluar dari tangan Bunga tetapi dia tidak menghiraukannya. Bunga menggengam tangannya kuat. Rasa sakit itu mula menjalar tetapi Bunga tidak peduli.

Hatinya yang terasa lagi sakit ketika ini.

Bunga melihat cermin yang sudah separa retak itu. Serpihan-serpihan kaca yang jatuh dilantai diambil. Payah juga dia nak bongkokkan diri untuk mengambil benda itu kerana dirinya yang harus duduk dikerusi roda.

Serpihan kaca ditangannya perlahan lahan diletakkan tepat diurat nadi.

Bisikan-bisikan halus mula bergema dikotak fikirannya.

Mati. Mati. Kau patut mati.

Sejenak, Bunga memejamkan matanya erat. Serpihan kaca yang tajam itu ditekan kuat. Tidak peduli jika dia akan mati. Untuk apa lagi dia hidup. Dia sudah tidak punya apa-apa untuk dipertahankan.

Kan?

Fuck! Kau buat apa ni Bunga!”

HEH?! What the hell is this. Ingat ni drama pukul tujuh ke? Nak kahwin paksa bagai. Medina taknak lah.” Bentak Hairin Medina. Hidungnga kembang kempis menahan rasa marah. Tiba-tiba je nak aturkan pertunangan untuk dia. Lagi dia tak boleh terima, dua hari dari sekarang.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now