C H A P T E R 5 0

51.8K 2.8K 681
                                    

"UMI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"UMI..."

Bunga Qaisarah tergelak kecil memandang anak gadisnya. Anak perempuannya itu masih lagi tidak memakai baju setelah dimandikan oleh suaminya.

Qeiza Orchid Qaseh. Anak perempuan dia dan Luth Arreyan.

"Kenapa tak pakai baju ni sayang?" Soal Bunga lembut. Tubuh anaknya diambil lalu diangkat ke atas katil. Bunga mencucuk pusat anaknya yang terdedah. Ketawa mengekek Qaseh dengan tindakan uminya itu.

"Aceh nak umi yang pakaikan." Ujar anak kecil itu dengan bahasanya sendiri.

Bunga senyum nipis. Dia bergerak membawa perutnya yang sudah besar memboyot untuk mencari baju untuk puterinya. Selalunya anak perempuan manja dengan ayah tapi ini terbalik pula. Qaseh manja dengannya manakala anak lelakinya manja dengan Luth.

"Umi... Adik mana?" Suara anak lelakinya menyapa gegendang telinga Bunga. Bunga mengalihkan pandangan melihat anak lelakinya yang sudah siap dengan baju melayu berwarna coklat.

Amboi, segak. Sama macam ayah dia.

"Adik dengan umi. Qays dah siap ke?" Soal Bunga. Nafasnya sedikit tercungap kerana membawa kandungan yang sudah terlalu sarat. Kakinya juga bengkak dan pinggang yang terasa sakit. Maklumlah, dah trimester akhir ni memang macam ni.

Qays Gabriel Hanz. Anak keduanya setelah dia keguguran dahulu. Mengenangkan itu Bunga tersenyum hambar. Tak apalah itu mungkin memang bukan rezeki mereka. Sudah berlalu pun. Sekarang Allah menggantikan dengan kehadiran tiga malaikat kecil dalam hidupnya.

"Dah, Umi tolong butangkan baju Qays." Pinta Qays manja. Dia menghampiri Bunga. Bunga tersenyum nipis lalu membutangkan baju melayu anak lelakinya.

"Adik, abang pakaikan adik eh?" Setelah selesai, dia bergerak menghampiri Qaseh. Adiknya ini memang tak cukup tangan kalau nak melayan, kesian uminya yang sudah sarat mengandung. Jadi sebagai anak yang baik dia haruslah membantu Bunga.

"Thank you, umi." Satu kucupan ringkas dilabuhkan dipipi Bunga. Tanda ucapan terima kasih.

"Tanak... Aceh nak umi!" Bentak Qaseh. Dia sudah berguling diatas katil. Mahukan Bunga juga yang mengurus dirinya tidak mahu orang lain.

"Adik tak kesian kat umi ke? Tu umi kan penat bawa baby kat perut. Mana boleh susahkan umi." Qays cuba memujuk Qaseh. Adiknya ni memang manja sangat dengan uminya.

"Baby?" Matanya terkebil-kebil memandang Qays. Lalu dia memandang perut ibunya yang besar seperti belon.

"Ya... Baby."

Lama Qaseh berdiam diri sebelum dia mendepakan tangan supaya Qays mendukung dirinya. Qays senyum apabila pujukannya termakan.

"Good girl." Dia mengusutkan rambut Qaseh yang sudah sedia kusut itu. Menjeritlah jawabnya budak kecil itu.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now