C H A P T E R 3 5

41K 2.7K 505
                                    

KENAPA ayah tiba-tiba je datang? Ada apa-apa ke?” Puan Sri Hasnah meletakkan jag yang berisi air oren dimeja kaca itu. Air oren turut dituang dan dihidangkan kepada Dato Hezri.

“Mana Luth?” Tanya Dato Hezri. Matanya dililaukan disekeliling. Mencari keberadaan cucu kesayangannya.

Puan Sri Hasnah tersenyum nipis. Anak-anak tirinya jarang sekali untuk menjenguk dia dan suaminya disini. Itupun kalau dia dah mengadu rindu mereka barulah nampak batang hidung.

Nasib dia mengugut nak merajuk kalau mereka tak tengok dan jenguk dia sini lama sikit. Barulah ketiga-tiga anak tirinya kalut nak tinggal sini selama seminggu. Tapi bagi dia seminggu pun sekejap je.

“Masing-masing dah pergi kerja. Menantu ayah pun kerja, tinggal cicit ayah je. Tapi dah tidur dah. Biasalah budak-budak kan.” Beritahu Puan Sri Hasnah.

Dato Hezri menggangguk perlahan. Air oren itu diminum bagi membasahkan tekaknya.

“Aku nak bagitahu sesuatu.”

“Apa dia ayah? Macam benda penting je?”

“Aku nak Luth kahwin dengan gadis yang aku dah aturkan untuk dia.”

Puan Sri Hasnah terdiam. Matanya terkedip-kedip. Kahwin? Nak ke Luth kahwin dengan gadis pilihan Dato Hezri lagi?

“T-tapi Ayah—” Belum sempat Puan Sri Hasnah membantah kata-kata Dato Hezri, Lelaki separuh abad itu terlebih dahulu mencelah.

“Ini keputusan muktamad aku. Aku nak dia kahwin dengan gadis tu. Cukuplah 5 tahun ni aku bagi dia masa. Dia asyik mengelak. Kenapa? Dia tak dapat lagi nak lupakan perempuan yang dah mati tu?” Ujar Dato Hezri kasar.

Puan Sri Hasnah cuba membuka mulut tetapi terasa berat. Dia menghela nafasnya.

“Tak cukup lagi ke hidup aku yang kau dah hancurkan? Sekarang ni kau nak hancurkan hidup anak aku lagi?!”

Dato Hezri dan Puan Sri Hasnah tersentak mendengar jerkahan suara garau itu. Mereka berdua menoleh kearah Tan Sri Hanzel yang berjalan dengan wajah seriusnya. Giginya diketap geram.

“Aku buat yang terbaik untuk dia. Apa yang aku putuskan adalah yang terbaik dan dia akan bahagia dengan gadis tu.” Dato Hezri tidak mengalah. Masih tetap dengan pendiriannya.

“Itu anak aku. Dia berhak nak tentukan hidup dia sendiri. Bukan kau, bukan sesiapa.” Tan Sri Hanzel sama tidak mengalah.

Iyalah, dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Tan Sri Hanzel juga mempunyai sifat panas baran dan keras kepala sama seperti Dato Hezri. Cumanya Tan Sri Hanzel akan berlembut dengan orang yang dia sayang.

Dato Hezri ketawa sinis. Dia memandang anaknya dengan pandangan mengejek.

“Aku datuk dia. Aku berhak.” Ujar Dato Hezri dengan angkuh. Dia turut berdiri dan berhadapan dengan Tan Sri Hanzel.

“Tapi aku ayah dia. Dia darah daging aku. Kau tak berhak! Tak ada hak sekalipun.” Tan Sri Hanzel tekankan perkataan hak itu. Biar orang tua ini sedar dirinya.

Biarpun dia ayah kepada Luth tetapi dia tidaklah mengokong anaknya sebegitu rupa. Dia tahu Luth sudah cukup terseksa kerana dia juga pernah merasakannya.

Dia tahu yang Luth lebih terseksa dari dirinya kerana Luth kehilangan isteri dan bakal anaknya.

Wajah Dato Hezri dan juga Tan Sri Hanzel sama-sama tegang. Tidak kalah, Tan Sri Hanzel membalas pandangan tajam dari ayahnya.

“Ingat, Jangan ganggu hidup anak aku lagi. Dia akan hidup dengan cara dia sendiri asalkan dia bahagia. Kalau aku pun tak pernah nak atur hidup dia. Ingatlah, kau tu bukan sesiapa. Aku sebagai anak kau pun rasa malu— nak mengaku kau ni sebagai ayah. Ingat, aku takkan pernah lupa apa yang kau pernah buat dengan aku dan Shofia.” Tutur Tan Sri Hanzel penuh dendam. Dia berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Dato Hezri yang terkaku ditempatnya.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now