C H A P T E R 3 8

40.9K 2.7K 174
                                    

6 Tahun Lepas.

Hospital Queen Xxx.

KECEDERAAN?”

Seorang doktor lelaki mula masuk keruang pembedahan. Lengkap dengan pakaian khas yang digunakan semasa pembedahan. Sarung tangan dipakai sedia dengan mask yang tersarung dimuka menutupi area hidung hingga dagu.

“Pesakit dilanggar oleh sebuah kenderaan, doktor. Kecederaan yang dialami pesakit sangat teruk dan pesakit merupakan ibu mengandung.”  Beritahu jururawat itu. Dia memandang Adrian Arreyan yang turut terkedu melihat pesakit perempuan.

“B-Bunga?” Suara Adrian hampir tidak terkeluar dari kotak suara. Terkejut bila pesakitnya ialah Bunga Qaisarah.

Isteri kepada adik kembarnya, Luth Arreyan.

“Apa yang dah jadi? K-kenapa macam ni?”

“Doktor! Tekanan nadi pesakit semakin lemah!” Ujar jururawat itu dengan nada cemas apabila tekanan nadi pesakit semakin menurun pada mesin monitor holter.

Adrian tersentak. Otak masih lagi belum dapat mencerna apa yang terjadi dan masih tertanya-tanya.

“Tolong ambilkan Kardioversi dan pasangkan Implantable Cardioverter Defibrillator kebadan pesakit. Now!”
Arah Adrian. Dia perlu bersikap rasional ketika ini. Dia perlu ingatkan dirinya yang dia adalah doktor yang akan menyelamatkan pesakitnya. Dan Bunga adalah pesakit dibawah tanggungjawabnya. Tugas dia adalah menyelamatkan mereka.

No, Bunga. Kau tak boleh mati.” Adrian mula melakukan tugasnya. Electrode pad dioleskan pada kedua paddle. Dia mula meletakkan paddle dengan posisi paddle apex diletakkan pada apeks jantung dan paddle sternum diletakkan pada garis sternal kanan dibawah klavikula.

Bunyi dari defibrillator menandakan cas sudah penuh membuatkan Adrian bersedia menekan alat itu didada Bunga.

Tindakan itu diulang beberapa kali sehingga salah satu dari jururawat itu memberitahu tekanan nadi Bunga sudah semakin menurun.

No, naikkan 100 joule.”

“200 joule!”

“300 joule!”

Bunga! Kau kena bangun! Kuatkan semangat. Jangan mengalah macam ni!”

“Doktor? Kita kena berhenti. Rasanya tak ada tanda-tanda perubahan dengan pesakit.”

“Bukan sekarang! Tak boleh berputus asa lagi!” Tegas Adrian. Dia masih lagi sedaya upaya menyelamatkan Bunga. Butir-butir peluh mula mengalir didahi.

“Saya perlukan dua orang doktor untuk membantu saya. Doktor Hanis dan Hanan. Panggil mereka sekarang!” Arah Adrian. Tangannya tidak berhenti dari menekan alat Kardioversi itu pada dada Bunga. Masih ada harapan. Denyutan jantung Bunga masih lagi berdenyut biarpun lemah.

“Baik doktor!” Akur jururawat perempuan itu. Dia mula berlari keluar memanggil Doktor Hanis dan juga Doktor Hanan seperti yang diarahkan oleh Adrian.

Tidak menunggu lama, Doktor Hanis dan Hanan datang bersama jururawat tadi dengan baju persalinan khas pembedahan.

“Ad— Oh my god–,” Membuntang mata Hanis melihat sekujur tubuh Bunga terkaku diatas katil pembedahan. Darah disana sini.

What happened?” Soal Hanan keliru.

Not now, Hanan. Tolong aku.” Adrian ketap bibirnya. Nafas Bunga semakin lemah. Bunyi mesin daripada monitor holter menyentakkan mereka.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now