C H A P T E R 4 8

43.1K 2.8K 577
                                    

BUNGA QAISARAH terbangun apabila dirinya terasa basah dengan air

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNGA QAISARAH terbangun apabila dirinya terasa basah dengan air. Tercungap-cungap dia mencari nafas kerana air itu masuk kedalam hidungnya. Terbatuk-batuk Bunga menahan rasa sesak didada.

Dia mengerdipkan matanya beberapa. Oleh kerana dia merasakan, hidungnya tersumbat dia cuba bernafas dari mulut. Perlahan-lahan Bunga membuka matanya. Dirinya pula sudah basah kuyup dengan air.

“Dah bangun?” Suara garau itu menyapa gegendang sistem pendengaran Bunga. Buka-buka sahaja matanya, pandangannya disajikan dengan wajah seorang lelaki tua memegang tongkat ditangan.

“K—kenapa saya... Saya kat mana ni?” Soal Bunga. Tempat ini terasa asing baginya. Bangun-bangun sahaja dia berada ditempat lain. Dia cuba mengingat semula apa yang terjadi. Waktu itu dia berada dihalaman rumah.

Oleh kerana kebosanan yang melanda, Bunga cuba menanam bunga-bunga segar dihalaman itu. Tiba-tiba pula mulutnya ditekup dari belakang sehinggakan dia pengsan kerana pukulan keras dibahagian lehernya.

Selepas itu sahaja dia terus tidak sedarkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya.

Bunga terjerit kecil apabila lelaki tua itu mencengkam dagunya dengan erat dan kasar.

“L—lepaslah!” Pinta Bunga. Dia merayu supaya lelaki itu melepaskan cengkamannya.

“Aku tak tahu apa yang Luth nampak kat diri kau sampai dia tak nak kahwin dengan pilihan aku sendiri. Sepatutnya dia dengar cakap aku. Bukannya bantah. Tengok? Sekarang dia sendiri yang terseksa atas pilihan dia!” Pekik lelaki tua itu dengan nada kasar.

Dia menunjal dahi Bunga hinggakan kepala Bunga terteleng ke tepi.

“Semua tu takdir. Maknanya jodoh dia dengan saya!” Balas Bunga. Nada suaranya ditinggikan. Bunga pasti lelaki tua itu ialah Dato Hezri. Datuk kepada suaminya.

Dato Hezri ketawa kuat. Mengejek kata-kata Bunga. Dia tergeleng perlahan.

“Jodoh? Jangan nak bawa pandai sangatlah perempuan.”

“Saya cakap betul, Dato. Kenapa Dato nak menidakkan perkara yang betul?” Ujar Bunga lagi. Cuba menyedarkan Dato Hezri yang tindakan lelaki tua itu selama ini hanyalah sia-sia sahaja. Sejauh mana pun, lelaki tua itu cuba memisahkan mereka kalau Allah sudah takdirkan bahawa Luth Arreyan adalah jodohnya. Sejauh manapun mereka pasti akan tetap bersama.

Kerana itu sudah tertulis dia lauhul mahfuz.

Pang!

Sekali lagi, kepala Bunga terteleng kerana tamparan kuat dari Dato Hezri.

Air mata mula bertakung ditubir mata Bunga. Ada sedikit darah yang mengalir keluar dihujung bibir Bunga.

“Kau sepatutnya layak jadi pelampiasan je. Takkan kau tak nampak lagi yang Luth tu tak cintakan kau. Dia cuma gunakan kau je?” Provok Dato Hezri.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now